Anda di halaman 1dari 33

MINGGU 3&4

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

MASALAH-MASALAH PENTERJEMAHAN
(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

MASALAH PENYAMAAN DALAM TERJEMAHAN

Di antara masalah besar yang kerap ditemui oleh penterjemah ialah untuk mencari penyamaan leksikal yang tepat dalam bahasa sasaran. Golongan perkataan yang selalu menimbulkan masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

i - Perkataan yang berhubungkait dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Contoh :
Hydra Ash Wednesday Makhluk yang punya banyak kepala Hari Rabu yang mana dipercayai Nabi Isa hidup semula oleh penganut Kristian, setelah wafat Mengikut fesyen dan fikiran yang terbaru

A la mode

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Baptism

Upacara merenjis atau menyelami seseorang ke dalam air sebagai tanda penerimaan ahli gereja.

Easter
Barbecue

Paska
Sejenis alat memanggang daging

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

ii - Terminologi Sains dan Teknologi yang tidak wujud dalam bahasa sasaran

Contoh :
Nitrogen Sejenis gas yang tidak berbau dan tidak dapat dilihat Ular bisa yang terdapat di Amerika Syarikat Burung tanpa sayap yang terdapat di New Zealand

Rattle snake

Kiwi

Carburettor

Karbureta

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Heat-wave Eau-de-cologne

keadaan panas yang luar biasa sejenis haruman yang berasal calogne yang berjaga malam dan tidur siang gigi jentera lutsinar/hening

Nocturnal

Sprocket Translucent

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

JENIS MASALAH PENYAMAAN

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

a) Masalah Penyamaan satu-lawan-kosong (one-to-nil)

Ini adalah masalah di mana dalam teks bahasa sumber perkataan itu wujud tetapi dalam bahasa sasaran tiada penyamaannya. Contoh perkataan jenis ini telah diberi dan kita akan membincangkan kaedah untuk mengatasi masalah ini kemudian.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

b) Masalah Penyamaan satu-lawan-banyak (one-to-many)

Jenis masalah ini khusus timbul pada penterjemah yang kurang cekap untuk memilih penyamaan yang diperlukan.
Walaupun penyamaan yang diberi banyak, tetapi penterjemah hendaklah memilih perkataan yang betul mengikut konteks penggunaan perkataan dalam teks sumber.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Contoh : He carries the child on his back to cross the river. Dalam bahasa melayu penyamaan to carry
to carry angkat pikul junjung encang kuak julang gonggong kendong kolom kandong jinjit bimbit tating dukung galas

Disini penterjemah hendaklah memilih perkataan yang betul-betul menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh pembuat.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

c) Masalah Penyamaan banyak-lawan-satu (many-to-one) Masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang tidak begitu mahir dengan bahasa sasaran. Mereka biasanya ragu-ragu hendak menggunakan perkataan yang sama bagi makna yang berlainan kerana kekurangan pengetahuan dalam bahasa sasaran.
Key
Answers to problems Starter of a car Fasten Lock (close) shut conclusion kunci

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang tidak begitu mahir dengan bahasa sasaran. Mereka biasanya ragu-ragu hendak menggunakan perkataan yang sama bagi makna yang berlainan kerana kekurangan pengetahuan dalam bahasa sasaran

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

d) Masalah Penyamaan satu-lawan-sebahagian (one-to-part) Masalah ini terjadi apabila terdapat perkataan penyamaan dalam bahasa sasaran tetapi perkataan ini tidak memenuhi keseluruhan makna perkataan dalam bahasa sumber. Sebahagian ciri-ciri perkataan itu sahaja yang sama.
Contoh:

Ciri -Ciri
Hag Nenek kebayan

lelaki

perempuan

tua

hodoh

baik

jahat

k.sehir

menolong

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

e) Masalah Penyamaan satu-lawan-satu (one-to-one)

Pada zahirnya ini tidak sepatutnya menjadi masalah kerana dalam bahasa sumber ada perkataan dan dalam bahasa sasaran juga ada penyamaannya. Namun begitu perkataan dalam bahasa sasaran ini tidak boleh digunakan atas sebab-sebab berikut:

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

a) Perkataan itu sudah lapuk, tidak boleh dipakai lagi (obsolete) telah dimusnahkan. Contoh : siti whistle tetuang udara radio kereta lereng bicycle pedati bullock cart patgulipat hide-and-seek b) Perkataan itu lucah (obscene) biasanya perkataan yang menyebut tentang anggota kelamin lelaki atau perempuan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

c) Perkataan yang kasar bunyinya (crude) umpamanya perkataan menyumpah atau perkataan-perkataan lain yang boleh mencerminkan orang yang menggunakannya adalah golongan yang tidak sempurna pendidikannya (bukan orang yang terpelajar) d) Perkataan itu pantang disebut (taboo) akibat kepercayaan individu atau kelompok masyarakat. Contohnya banyak terdapat pada masyarakat berbilang kaum di negara kita, pa belang ular lipan e) Perkataan ini tidak boleh digunakan kerana ia mempunyai konstasi yang lain dalam bahasa sasaran.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

KAEDAH MENGATASI MASALAH MENCARI PENYAMAAN

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Semasa melaksanakan terjemahan adakalanya penterjemah akan merasa kecewa atau buntu fikiran apabila tidak dapat mencari penyamaan, khususnya penyamaan satu-lawankosong atau satu-lawan-sebahagian.

Namun demikian, penterjemah janganlah putus asa, kerana ada cara dan jalan untuk mengatasi masalah terjemahan ini.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Apabila seseorang penterjemah menghadapi masalah mencari penyamaan satu-lawan-kosong atau satu-lawan-sebahagian ia boleh menggunakan langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan : a) Gunakan perkataan itu dalam ikatan kata tanpa sebarang perubahan dari segi ejaan dll. Ini biasanya dilakukan sekiranya perkataan itu sendiri bukan perkataan asal dalam bahasa sumber. Umpamanya perkataan Arab, Perancis atau Jerman yang dipinjam dalam teks sumber berbahasa Inggeris.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Contoh : 1. I know they have not seen the balalaika before, so I bring one to play.

Aku tahu mereka belum pernah melihat balalaika lagi jadi aku bawa satu untuk dimainkan. mala fide dengan niat jahat persona non grata lingua franca state-of-the-art (tata cara kerja) locus standi (recognize-position)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2.

The Eskimoes travel on the Oomiak when they go on fishing expendition.

Orang-orang Eskimo itu bergerak menggunakan Oomiak semasa mereka pergi menangkap ikan.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

b) Jadikan perkataan itu sebagai perkataan pinjaman (di Melayukan perkataan itu) i pinjam bulat-bulat (borrow in toto) Contoh : radio hotel April hospital

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

ii pinjam dengan menukar sedikit makna dan ejaan perkataan asal Contoh : jolly television telephone tram bus joli televesyen telefon trem bas

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

iii pinjam dengan menukar bentuk dan rupa perkataan asal Contoh : go astern go down tua ha briliant gostan gudang toha berlian

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

c)

Gunakan rangkaikata yang setanding maknanya bagi perkataan itu.

Contoh :
1.

When they know the achilles feel of the senior officer is womanising they proceed to Apabila diketahui mereka pusat kelemahan pegawai kanan itu ialah perempuan, mereka pun mula..

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2. The obeginous food should be avoided by people with the problem of high-blood pressure.
Makanan yang banyak mengeluarkan minyak patut dielakkan oleh orang yang mempunyai masalah darah tinggi.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

d) Gantikan perkataan itu dengan definisi yang jelas dan secucuk. Ini bermakna perubahan tanpa penukaran makna.

Contoh :
Nocturnal Carnovorous Herbivorious Shrewd Sabbath Berjaga malam dan tidur siang Memakan daging (maging) Memakan daun (maun) Berakal tajam/penuh dengan putar belit Hari untuk beristirehat (Sabtu-Yahudi) (Ahad-Kristian)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

e) Gunakan ulasan atau nota kaki dalam teks terjemahan. Contoh : The earliest colonies were set up in areas rich in wheat tunny fish or animal product. The colonies could thus trade with the homeland and particularly with the founding city. Tanah jajahan yang awal telah ditubuhkan dikawasan yang kaya dengan gandum,ikan tunny (sejenis ikan kembong) atau hasil dari binatang ternakan. Tanah jajahan itu dengan ini dapatlah berdagang dengan tanah besar terutamanya tanah asalnya.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

f) Jadikan perkataan itu perkataan Melayu menerusi proses TRANSLITERASI. Transliterasi ialah satu proses pembentukan perkataan melalui penukaran ejaan perkataan itu ke dalam bahasa sasaran dengan mengikut bunyi sebutan perkataan asal.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Contoh :

Bismillah Karniveres

Carnivorous

Hotel

Hotel

Falconary

Falkenari
Alhamdulillah

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

g) Mencipta atau membentuk perkataan baru menerusi cara yang telah diterimapakai.

Contoh :
Percantuman kata kugiran pawagam andartu maging maun

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Penukaran ejaan Situation Transliteration Fashion Fiction Context Text Communism Pragmatism Community University situasi transliterasi fesyen fiksyen kontek teks komunisma pragmatisma komuniti universiti

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Ini adalah di antara kaedah-kaedah yang boleh dipakai untuk mencari penyamaan dalam terjemahan. Dalam terjemahan tidak ada penyamaan yang seratus peratus tepat. Apa yang perlu kita cari seperti kata Nida, ialah the closest natural equivalents iaitu penyamaan yang paling hampir atau sejadi

Anda mungkin juga menyukai