Anda di halaman 1dari 9

MINGGU 2 & 3

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

TEORI MENTALIS
(PROF. MADYA DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

PENDAHULUAN

Kanak-kanak akan melalui proses pemerolehan dan penguasaan bahasa untuk memenuhi tuntutan semulajadi manusia untuk belajar, berkomunikasi, berinteraksi dan sebagainya. Proses ini sangat menyeronokkan bagi kanakkanak dan merupakan satu perkara yang menakjubkan. Kanak-kanak menguasai sistem-sistem linguistik dengan pantas walaupun tiada pengajaran formal. Hal ini didorong oleh sifat ingin tahu yang tinggi yang ada pada kanak-kanak itu sendiri. Menurut Mangantar Simanjuntak (1982) menyatakan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara tidak formal/tidak langsung dan aktif dalam lingkungan umur 2 hingga 6 tahun.walaupun tiada pengajaran formal. Proses pemerolehan dan pembelajaran ini sangat dikaitkan dengan penggunaan otak/ mental kanak-kanak yang didasarkan oleh Teori Mentalis. Maka, teori ini akan diperbincangkan dalam melihat fenomena bahasa ini.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Teori Mentalis
Ahli-ahli psikologi terkenal yang mengkaji teori ini ialah Noam Chomsky, Piaget, Lakoff dan Lenneberg. Teori ini juga dikenali sebagai biologis dan kognitif.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

Menurut teori ini:


Pemerolehan bahasa itu bukan didasarkan pada asuhan tetapi pada alamiah (nature). Kanak-kanak sejak lahir sudah dibekalkan dengan sebuah alat yang dinamakan Alat Pemerolehan Bahasa Language Acquisition Device (LAD). LAD biasanya ditemui dalam otak kanak-kanak lelaki, dan LAS (Language Acquisition System) pula dikenal pasti terdapat pada otak kanak-kanak perempuan. Namun, apa yang penting dalam teori ini adalah penggunaan otak itu sendiri atau fungsi mental dalam menjalankan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

CIRI-CIRI TEORI MENTALIS:


i.

ii.

iii.

iv.

Pemerolehan bahasa berlaku berasaskan fungsi otak dan kebolehan semulajadi alat artikulator manusia seperti bibir, lidah, lelangit lembut, lelangit keras, gusi dan rongga hidung. Manusia memiliki otak (mental) dan saraf yang tinggi yang membolehkannya mempelajari pelbagai perkara. Proses mental membolehkan kanak-kanak menyerapkan pengetahuan yang sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperolehi daripada persekitaran. Manusia sejak lahirnya sudah memiliki kemampuan untuk memperoleh sistem komunikasi, iaitu bahasa melalui Jentera Penguasaan Bahasa (Chomsky, 1965).

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

v.

vi.

Kanak-kanak yang terdedah kepada sesuatu bahasa itu memiliki keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum tatabahasa. Namun, tanpa pendedahan, penguasaan bahasa tidak akan berlaku kerana Jentera Penguasaan Bahasa tidak mendapat sebarang bahan untuk diproses.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

TAHAP KEUPAYAAN
Dalam melihat tahap keupayaan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kita boleh melihat proses tersebut mengikut peringkat usianya dari seawal kelahiran hingga 12 tahun. Hal ini dapat dikaitkan dengan pendapat tokoh Piaget, iaitu:
i.

kelahiran sehingga 2 tahun yang dinamakan sensori motor. Kanakkanak akan mendengar bunyi-bunyi disekelilingnya dan merakamkannya di dalam otak. 2 hingga 7 tahun adalah tahap pra-olahan. Kanak-kanak akan mula menyebut perkataan secara pelat dan tidak sempurna tetapi boleh difahami maksudnya. 7 hingga 12 tahun adalah tahap olahan konkrit. Kanak-kanak mula mempelajari bahasa secara formal dan menguasai sejumlah kosa kata serta berkemampuan memahami maknanya

ii.

iii.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

iv.

12 tahun dan seterusnya, dinamakan sebagai olahan formal yang memperlihatkan kemampuan bahasa secara formal. Kemampuan ini membabitkan kebolehan membina ayat secara lisan dan bertulis serta memahami pertuturan atau pembacaan yang gramatis. Contohnya: Kanak-kanak mempelajari benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baru dia mengetahui anggota-anggota atau bahagian golongan itu. Misalnya, di peringkat awal pertuturan, kanak-kanak mula memanggil semua makanan dengan panggilan ma-mam. Kemudiannya, panggilan itu menjadi lebih khusus seperti susu, ayam dan sebagainya.

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

KESIMPULAN
Kanak-kanak sangat dahagakan ilmu ketika sejak lahir hingga meningkat ke usia awal persekolahan dan proses pemerolehan dan pembelajarannya terus berlaku sehingga dewasa. Oleh itu, ibu bapa/ penjaga / pendidik perlulah peka dengan pendekatan dan amalan yang terbaik dan sesuai dengan aplikasi mental yang dibincangkan dalam memastikan proses ini dapat dilakukan dengan berkesan dan memenuhi tuntutan komunikasi lisan atau tanpa lisan manusia. Strategi dalam proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa kanakkanak juga perlu dipantau dan dinilai secara formal atau tidak formal agar kanak-kanak itu sendiri berupaya berhadapan dengan pelbagai situasi. Hal ini dapat dilihat pada perkembangan pemikirannya / mental dan tahap ia mampu merealisasikan ilmu yang diperolehnya.

Anda mungkin juga menyukai