Anda di halaman 1dari 25

Tatacara Penyelidikan Dan Penulisan Sejarah

Kerja Kursus PraU SMKBG

Konsep Dan Teori Ilmu Sejarah

Apakah ilmu Sejarah


Sejarah merupakan suatu disiplin ilmu pengetahuan yang tersendiri. Ia adalah suatu ilmu pengetahuan yang mempunyai prinsip atau kaedahnya yang berbeza dengan disiplin ilmu lain. Secara khususnya, sejarah ialah suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui kacamata masa kini.

Makna 'Sejarah' yang dipergunakan pada hari ini menurut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Historiografi dari Majlis Kajian Sains Sosial (Social Sciences Research Council) di New York adalah sekurang-kurangnya meliputi lima pengertian, iaitu; i. Penyelidikan yang sistematik tentang gejala alam. ii. Masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya. iii. Benda peninggalan masa yang lalu (misalnya artifak) dan penulisan (rekod) baik yang sekunder mahupun primer atau sebahagian dpdnya yang telah ditinggalkan oleh manusia. iv. Penyelidikan, pengajian dan penjelasan tentang masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya mengenai benda peninggalan dan pertulisan; dan v. Cabang pengetahuan yang mencatat, menyelidik, menyajikan dan menjelaskan tentang masa lampau umat manusia atau sebahagian daripadanya.

Oleh yang demikian, penekanan utama perbincangan dalam kursus ini secara khususnya akan menumpu kepada pengertian sejarah sebagai satu disiplin ilmu pengetahuan (akademik) yang memiliki kewibawaan tatacaranya sendiri dalam proses penyelidikan dan penulisan sejarah. Pendek kata, sejarah bermaksud satu tindakan atau percubaan penyelidikan dan penulisan berbentuk ilmiah, yang tertakluk kepada peraturan tertentu dalam mengumpul dan menempatkan fakta, mentaksir bukti dan sumber dan sebagainya. Pada umumnya, pengertian tersebut juga mencakupi maksud yang telah diberi oleh bapa sejarah, Herodotus, iaitu Sejarah sebagai penyelidikan, yakni suatu usaha meneliti dan menulis sejarah secara sistematik dan saintifik.

Pengertian Sejarah
Carl L. Becker dalam karyanya Detachment and the writing of History (1958), sejarah adalah satu penyelidikan tentang masyarakat manusia pada masa lampau, dan merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang dihormati. sejarah menurut R.G. Collingwood (1985) adalah suatu penyelidikan peristiwa yang telah berlaku di zaman lepas atau sezaman dengan penulis.

Penyelidikan dalam Sejarah


Apakah itu penyelidikan dalam bidang Sejarah? Berdasarkan kepada dua pengertian tersebut, sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan dan profesyen penyelidikan mengenai masa lampau manusia dalam lingkungan persekitaran dan alam masyarakatnya.

Penyelidikan adalah satu cara berfikir, iaitu satu cara melihat fakta terkumpul supaya satu koleksi data dapat berkomunikasi dengan minda penyelidik. Menurut pandangan Paul D. Leedy (1980), penyelidikan adalah satu perbuatan menyelesai persoalan yang susah dalam percubaan kita untuk menambahkan pengetahuan manusia.

Penyediaan cadangan penyelidikan


Bahagian ini meliputi; Pemilihan Tajuk Pengenalan Objektif Kajian Permasalah Kajian Skop Kajian Sumber Kajian Lepas Kaedah Kajian Pembahagian Struktur Essei Penutup Bibliografi

Langkah-langkah Penyelidikan Sejarah


Langkah 1: Pemilihan Tajuk Berdasarkan tema yang diberi , pelajar harus mengecilkan tema kepaa tajuk yang lebih kecil. Tajuk yang dipilih hendaklah mempunyai makna yang penting dalam peristiwa sejarah. Pelajar juga perlu mengambil kira tajuk yang mempunyai sumber rujukan yang banyak. Ini akan memudahkan pelajar membuat sorotan kajian lepas.

Contoh
Tema sejarah seni dan kebudayaan "Sejarah perkembangan tarian Sumazau di daerah Penampang dari tahun 1970 hingga tahun 1980"

Langkah 2: Pengenalan Bahagian ini sangat mustahak kerana menerangkan tesis utama dalam esei. Sebaiknya anda mampu menerangkan idea awal dan matlamat tentang kajian. Kajian dibuat bukan sembarangan atau sukasuka, sebaliknya anda mampu memberi impak terhadap hasil penulisan kajian anda.

Contoh:
SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT BUGIS KE TANAH MELAYU: KAJIAN KES DI JOHOR

Langkah 3:Objektif Kajian Untuk apakah anda menulis kajian tentang tajuk itu? Ini dinamakan sebagai objektif kajian. Objektif Kajian ialah bahagian yang menjelaskan sebab kajian dijalankan. Anda harus dapat menjelaskan tujuan kajian dijalankan.

Langkah 4: Permasalah Kajian Kajian bermula dengan masalah yang ingin dikaji. Anda ingin mengetahui sesuatu untuk dikongsi bersama. Permasalahan kajian merupakan bahagian yang hendak dikupas dalam kajian. Anda harus mengemukakan persoalan kajian untuk perlu dijawab dalam kajian.

Contoh :
Sejauh manakah kedatangan masyarakat Bugis mempengaruhi sosio ekonomi, politik masyarakat Melayu di Johor.

Langkah 5: Skop Kajian Ia dipanggil juga sebagai batasan kajian, limitasi kajian supaya kajian anda tidak terlalu besar dan membingungkan. Disini anda harus membataskan kajian dari segi jangka masa, kawasan kajian, isu yang hendak dikaji. Ia berkait langsung dengan menentukan tempoh, kawasan dan isu yang dikaji. Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif dan negatif.

Langkah 6: Sorotan Kajian Lepas Bahagian ini menghendaki anda menerangkan kajian terdahulu berkenaan isu atau aspek yang sama/hampir sama. Ia juga mesti mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan. Bahagian ini memberi panduan kepada penulisan anda selanjutnya. Sebaiknya anda menggunakan sekurang-kurangnya 5 buah buku sebagai rujukan sama ada bahan tersebut bahan utama atau bahan sekunder, yang penting rujukan hendaklah dinyatakan sebagai sumber rujukan.

Langkah 7:Kaedah Kajian Bahagian ini menjelaskan bagaimana anda memperoleh bahan kajian/ maklumat untuk memenuhi objektif kajian/tujuan dan permasalahan kajian. Pelajar seharusnya dapat memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan dan temu bual

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut: (A)Temu bual ~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya. (B) Penyelidikan perpustakaan ~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-adat perkahwinan melayu. (C)Pemerhatian ~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai. (E)Penyelidikan ~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.

Langkah 8:Pembahagian Struktur Essei Setelah tugasan anda menghampiri penamat, tugas seterusnya ialah mengorganisasikan pembahagian struktur essei. Ia seolah-olah anda membahagikan bab dan sub-bab supaya lebih mudah ditulis. Anda harus dapat menyusun persembahan dan penulisan kajian.

Langkah 9: Penutup Bahagian ini selalunya pelajar boleh memberi penjelasan atau membuat rumusan perbincangan dan seterusnya membuat kesimpulan dalam esei.

Langkah 10:Rujukan/Bibliografi Bahagian ini membicarakan kaedah menyenaraikan sumber rujukan dalam esei. Pelajar boleh menggunakan kaedah Chicago dalam menulis rujukan. Sila buat penyelidikan untuk format tersebut

BIBLIOGRAFI (CHICAGO) Rujukan disebut bibliografi dan disusun ikut abjad, nama keluarga, tajuk buku, tempat terbitan, penerbit dan tahun terbitan Bibliografi tidak diberi nombor dan disusun langkau sebaris Maklumat dipisahkan oleh noktah Nama keluarga pengarang ditulis lengkap (Andaya, Barbara Watson) Jika pengarang menulis dua buah buku, buku kedua dan berikutnya akan disusuli dengan garis panjang Abelard, Peter. Merit and Responsibility; A Study in Greek Values. Oxford: Clarendon Press, 1960 D.K. Bassett, European Influence in the Malay Peninsula, 1511-1786, Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), 33, 3, 1960 _________ , Thomas Forrest an Eighteenth Century Mariner, JMBRAS, 34, 2, 1961

Sumber Sejarah
Menghuraikan bahan-bahan yang digunakan dalam penulisan sejarah Sumber sejarah ini boleh diperolehi dari banyak tempat iaitu yang paling penting adalah perpustakaan, museum, arkib, dairi, saksi, surat, gambar, manuskrip peribadi dan sebagainya.

Sumber primer terdiri dari bahan seperti keterangan saksi mata sesuatu kejadian, artifak dan surat serta bahan yang boleh dibuat bukti manakala sumber sekunder pula ialah bahan rujukan yang selalunya terdapat di perpustakaan dan bahan yang ditulis oleh orang lain selepas melihat sumber yang asal.