Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN OLAHRAGA SEJARAH ACARA LARIAN

Acara larian merupakan acara yang terawal dalam sukan olahraga. Acara larian yang paling awal dipertandingkan adalah; `Stade (acara larian pada jarak 192 meter - jarak panjang stadium ketika itu). Dialos (larian ulang alik berjarak 384 meter -192 meter x 2). Dolichos (acara jarak jauh 5000 meter) Sebelum tahun 1880an tiada cara pengukuran masa pertandingan yang standard. Ketika ini gaya permulaan menggunakan gaya berdiri. Pada tahun 1884 gaya dekam telah mula diperkenalkan di Scotland.

SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI


Acara lompat tinggi dipertandingkan bermula pada abad ke 19 dan mula di terkenal pada abad ke 20. Dalam abad ke 19, atelit lompat tinggi menggunakan teknik lompat tinggi gaya gunting. Pada sekitar tahun 1940 an gaya guling mula diperkenalkan dan diminati dalam acara lompat tinggi. Pada petengah tahun 1950 an hingga temasya Sukan Olimpik 1968 gaya pelana mula mendominasi acara lompat tinggi. Pada sukan olimpik 1968 Dick Fosbury dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan gaya baru iaitu Fosbury Flop

SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH


Berasal daripada pertandingan dalam bentuk lompat jauh berdiri (Greece). Pelompat dikehendaki memegang beban yang dikenali halteres pada kedua-dua tangan ketika melompat. Berat beban tersebut adalah di antara 1 hingga 4.5 kilogram. Pada tahun 1854 J Howard telah melompat sejauh 9.02 tanpa menggunakan beban dengan larian dan beliau hanya melompat sejauh 2.4 dalam acara lompat jauh berdiri. Peristiwa ini telah mencetus idea untuk mengadakan pertandingan lompat jauh.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA


Persatuan Olahraga pertama ditubuhkan di Ipoh pada tahun 1906. Kejohanan Olahraga yg terawal dijalankan di negara ini adalah pada tahun 1906 dan 1913 yang ditaja oleh Kelab-Kelab orang Eropah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan didominasi oleh orang-orang Eropah. Kejohanan olahraga terawal dikenali sebagai Ipoh Athletic Sports merupakan kejohanan tunggal olahraga ketika itu di Tanah Melayu dan juara kejohanan tersebut (Challenge Cups) dianggap sebagai juara Malaya. Antara tahun 1914 and 1919 kegiatan olahraga di Tanah Melayu digantung kerana Perang Dunia Pertama. Kejohanan antara negeri-negeri (Inter-State Champiornships) pada 1920 dianjurkan oleh ` Amateur Athletic Association of British Malaya dibuka kepada semua atlit daripada Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tahun 1931 menyaksikan pertukaran nama ` Amateur Athletic Association of British Malaya kepada Kesatuan Olahraga Amatur Malaya (Amateur Athletic Association of Malaya) dan kejohanan olahraga dikenali sebagai Kejohanan Olahraga SeMalaya (Championships of Malaya). Aktiviti olahraga di Tanah Melayu sekali lagi terhenti akibat Perang Dunia Kedua antara tahun 1940 and 1948.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA


Penganjuran kejohanan olahraga kemudiannya berkembang ke negeri-negeri lain seperti Singapura (1950), Ipoh (1952, 55) dan P. Pinang (1956) Selepas perang (1952) Persekutuan Persatuan Olahraga Amatur Malaya FMAAU (Federation of Malaya Amateur Athletic Union) ditubuhkan dan bergabung dengan Olympic Council. Rekod kebangsaan pertama dicatat di Kejohanan Olahraga Kebangsaan Pertama di Seremban pada tahun 1960. Kejohanan Olahraga Terbuka diadakan di P. Pinang (1960), Melaka 1961 dan Perak 1962 dengan penyertaan daripada atlit-atlit Singapura , Brunei , Sarawak, North Borneo, Ceylon, Philippines , Thailand , Indonesia , Pakistan dan Australia . 1954, FMAAU mengambil bahagian dalam Sukan Asia Kedua di Manila. Penubuhan Malaysia FMAAU ditukar kepada Kesatuan Olahrag Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Athletic Union) dgn Datuk Mohammad Ghazali bin Shafie sebagai Presiden pertama. Kejohanan Kebangsaan Pertama dianjurkan oleh KOAM di Seremban pada tahun 1964.

ACARA-ACARA OLAHRAGA
Secara amnya acara olahraga boleh bahagikan kepada tiga kategori iaitu Acara balapan Acara padang Acara khusus Acara padang melibatkan kuasa, kekuatan dan ketahanan otot. kawasan lapang dan padang menjadi medan pertandingan bagi acara padang. Acara ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu lompatan dan balingan
Bil 1. Jenis Acara LOMPATAN Acara Lompat Jauh Lompat Kijang Lompat Tinggi Lompat Bergalah BALINGAN 2. Melempar Lembing Melempar Cakera Lontar Peluru Membaling tukul besi
6. LARI BERHALANG
400 meter ( Wanita) 5 LARI BERPAGAR 4. LARI BERGANTI-GANTI Bil 1. Jenis Acara JARAK DEKAT Acara 100 meter 200 meter 400 meter JARAK SEDERHANA 2. 1500 meter 3. JARAK JAUH 3000 meter 5000 meter 4X100 meter 4X200 meter 800 meter

di

Acara balapan biasanya dikenali sebagai acara trek atau acara lumba lari. Acara balapan ini menguji kederasan, kepantasan, ketahanan dan kekuatan sesorang atelit.

4X400 meter
100 meter ( Wanita) 200 meter ( Lelaki)

3000 meter

Decathlon (lelaki sahaja), merupakan

gabungan 10 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang.


Peserta yang mengumpul mata tinggi dianggap sebagai pemenang. Acara decathlon menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi. Stamina atau daya tahan kadiovaskular peserta akan teruji dalam masa dua hari pertandingan.

ACARA-ACARA OLAHRAGA (DECATHLON)


Bil Jenis Acara Hari Acara 100 meter Lompat jauh Hari 1 Melontar peluru Lompat Tinggi 1. DECATHLON (10 Acara) LELAKI 400 meter 110 meter lari berpagar Lempar Cakera Hari 2 Lompat Bergalah Rejam Lembing 1500 meter

Acara decathlon bermula pada akhir kurun ke 19 (peringkat awal 10 acara di pertandingkan dalam masa satu hari.
Pada tahun 1912 decathlon mula di pertandingkan dalam sukan olimpik moden di Stockholm. (10 acara decathlon dalam masa tiga hari. Kini acara decathlon menjadi acara tetap dalam setiap temasya sukan olimpik dan di jalankan dalam masa dua hari

Baru

di perkenalkan pada tahun 1981 bagi mengantikan acara pentatlon. Merupakan acara yang dikhaskan untuk atlit perempuan sahaja. Heptathlon merupakan gabungan 7 acara yang terdiri daripada acara trek dan padang perlu di habiskan dalam masa 2 hari. Peserta yang mengumpul mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. Menguji kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman dan semangat kesukanan yang tinggi pesertanya di samping menguji stamina.

ACARA-ACARA OLAHRAGA (HEPTATHLON)


Bil Jenis Acara Hari Acara

100 meter lari berpagar


Lompat Tinggi Hari 1 2.

HEPTATHLON (7 Acara) PEREMPUAN


Hari 2

Melontar peluru

200 meter
Lompat jauh Rejam Lembing 800 meter

Pentathlon

terdiri daripada gabungan displin 5 acara yang di pertandingkan dalam masa satu hari. Pengiran mata sama seperti decathlon dan heptathlon. Pada peringkat awal sebelum acara heptathlon diperkenalkan acara pentathlon dikhaskan kepada kaum wanita senior. Acara ini mula diperkenalkan di sukan olimpik pada tahun 1928. Pada tahun 1981 heptathlon diperkenalkan dalam sukan olimpik mengantikan petathlon.

ACARA-ACARA OLAHRAGA (PENTATHLON)


Bil Jenis Acara Hari Acara Lompat jauh PENTATHLON (5 Acara) WANITA Rejam Lembing Hari 1

1.

200 meter
Lempar Cakera 1500 meter

Marathon

merupakan acara sukan yang telah dianjurkan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Dalam kejohanan seperti Olimpik, sukan asia dan sukan yang setaraf denganya acara maraton juga dipertandingkan. Marathon merupakan acara larian yang mempunyai jarak yang paling jauh dalam pertandingkan olahraga. Maraton dipertandingkan di jalan raya dengan jarak lebih kurang 26 batu 358 ela atau 42.195 kilometer.

ACARA-ACARA OLAHRAGA (MARATHON)


Bil 1. Jenis Acara MARATHON Acara Jarak 42.195 km

Acara

merentas desa menggunakan jalanraya atau laluan desa sebagai trek perlumbaan. Jarak trek pertandingan dalam acara merentas desa ditetapkan oleh pihak pengelola bergantung kepada umur peserta pertandingan. Jarak yang biasanya dipertandingkan ialah antara 2 hingga 14.5 km. Acara merentas desa boleh di pertandingkan dalam bentuk individu atau pasukan. Di sekolah biasanya kedua-dua pertandingan dalam bentuk individu dan pasukan dipertandingan serentak oleh itu selain daripada mendapat kemenangan individu, peserta akan menyumbangkan mata kepada pasukan yang di wakili.

ACARA-ACARA OLAHRAGA (MERENTAS DESA)

Bil 4.

Jenis Acara MERENTAS DESA

Acara Jarak bergantung kepada pengelola pertandingan

ACARA-ACARA OLAHRAGA (LUMBA JALAN KAKI)


Lumba

jalan kaki ialah aktiviti berjalan dengan pantas. Acara ini dipertandingkan untuk lelaki dan perempuan. Aspek penting untuk berjaya dalam lumba jalan kaki ialah jarak langkah dan kekerapan melangkah. Kelenturan serta gerakan badan serta gabungan ayunan tangan akan dapat meningkatkan kelajuan atlit.

Bil

Jenis Acara

Acara

5 Kilometer (Perempuan)
5. LUMBA JALAN KAKI 10 Kilometer (Lelaki/Permpuan) 20 Kilometer (Lelaki)

Anda mungkin juga menyukai