Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
BELAJAR
MELALUI
BERMAIN
PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting
dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat
kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup
seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di
rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu
program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4
hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara
formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah, 1998).
Prasekolah
Prasekolah dikenali juga dengan istilah pendidikan
awal kanak-kanak termasuk istilah ‘kindergarten’ serta
‘nursery’. Dalam Kamus Dewan (2002) menyatakan
prasekolah ialah situasi di mana kanak-kanak sebelum
memasuki sekolah atau tadika/tabika.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan
aktiviti yang paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-
kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan
cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan
persekitarannya. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi
permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari
peranan-peranan individu mereka.
i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil,
Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan
pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka
telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap (
McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran
divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif
(perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000;
Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran melibatkan
operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan
Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.. Namun, jika main untuk
digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran ia akan meninggalkan
kesan negatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main
Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar.
Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa
mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan
menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan
keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.
~TAMAT~
RUJUKAN
www.scribd.com
Disediakan oleh :
NOOR AZMIN BINTI ADLI
IP1E
PENGAJIAN KURIKULUM DAN
MODEL PRASEKOLAH