Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Jasmani Kesihatan (T.O.T.A.P.S.

TOTAPS adalah kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah diberi rawatan DRABC

TOTAPS Talk (Bercakap) Observe (Memerhati) Touch (Sentuh) Active (Aktif) Passive (Pasif) Skill (Kemahiran)

TALK (BERCAKAP)
Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti yang berikut. Apakah yang telah berlaku? Di bahagian manakah anda berasa sakit? Adakah anda mengambil sebarang ubat? Adakah anda menghidap sebarang alahan? Soalan-soalan ini boleh membantu kita mengetahui keadaan mangsa.

Bercakap dengan si mangsa untuk menenangnya di samping mendapatkan maklumat tentang peristiwa yang telah berlaku. Pembantu boleh juga mendapatkan maklumat daripada rakan mangsa atau penonton yang ada. Jawapan mangsa membolehkan pembantu terus fokus kepada bahagian yang cedera.

Observe (Lihat)

Beri perhatian kepada penafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yang sama perhatikan wajah mangsa. Adakah dia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau terkejut. Memerhati untuk mengesan tanda-tanda kecederaan. Pembantu hendaklah memerhati tanda-tanda luka, bengkak, atau sesuatu yang tidak normal di bahagian yang cedera.

TOUCH (SENTUH) Melalui sentuhan dapat merasa keadaan seperti bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak normal di bahagian yang cedera. Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati. Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Minimumkan pergerakan pada anggota yang cedera parah.

ACTIVE (AKTIF) Sekiranya keadaan tidak serius, minta mangsa menggerakkan anggota yang cedera untuk mengesan tahap kecederaan.

Perhatikan wajah mangsa, beri rawatan bantu mula yang sewajarnya di peringkat ini tanpa meneruskan langkah yang berikut. Pergerakan itu hendaklah dilakukan sehingga mangsa mula berasa sakit di bahagian yang cedera

PASSIVE (PASIF) Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi tidak dapat digerakkan atau pasif, ini menunjukkan kecederaanya adalah serius dan mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Jika si mangsa tidak berasa sakit ketika dia sendiri menggerakkan bahagian yang cedera, pembantu mula cuba menggerakkan bahagian tersebut melalui pergerakkan yang biasa.

SKILL (KEMAHIRAN) Lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian badan yang mengalami kecederaan. Sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan hendaklah dibawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor . Tetapi jika mangsa tidak menunjukkan tanda berasa sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan aktiviti yang dilakukan sebelum kecederaan berlaku. Ulangi pergerakan ini beberapa kali jika kecederaan tidak dapat dikenal pasti.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai