Anda di halaman 1dari 28

BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU TAJUK :KEMAHIRAN MEMBACA

KUMPULAN 6
NAMA :MOHD SARUDDIN B. MAT ZIN MUHAMMAD ALIFF HAIKAL B. ZAIDI KUMARAJEEVAN A/L DARMALINGAM

MATLAMAT

JENIS BACAAN

KEMAHIRAN MEMBACA

TEKNIK BACAAN

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

MATLAMAT Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid supaya mereka dapat bertindak balas tehadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

JENIS BACAAN

BACAAN MEKANIS

BACAAN MENTALIS

BACAAN INTENSIF

BACAAN EKSTENSIF

BACAAN MEKANIS

Bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bahan bacaan yang sesuai ialah bahan bacaan yang mudah difahami dan tidak membebankan.

BACAAN MENTALIS

Dikenali juga sebagai bacaan akliah Dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara Tujuannya adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran

BACAAN INTENSIF

Bacaan secara mendalam Tujuannya untuk memperkembangkan kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca. Memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

BACAAN INTENSIF

Konsep bacaan intensif : Untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid Memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata Mengkaji ciri-ciri tatabahasa Memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan Kepentingan gerak laju dan kelainan masa

BACAAN EKSTENSIF

Bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah Menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca Membolehkan pelajar mencari isi penting melalui bacaan jenis ini.

BACAAN EKSENTENSIF

Konsep bacaan ekstensif ialah : Kegiatan membaca dilakukan di luar bilik darjah Bahan bacaan perlu sesuai dengan murid Bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur

KESEDIAAN MEMBACA

BACAAN & KEFAHAMAN

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

PRABACAAN

BACAAN MEKANIS

KESEDIAAN MEMBACA

Kesediaan membaca ialah satu peringkat perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal atau bacaan asas.

KESEDIAAN MEMBACA

Antara faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca ialah : 1. 2. 3. 4. Keadaan fizikal Pengalaman dan persekitaran Emosi dan motivasi Kecerdasan dan perkembangan kognitif

PRABACAAN

Merupakan kesediaan murid untuk membaca Meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.

PRABACAAN

Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong kepada aktiviti yang boleh meningkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan. Contoh aktiviti ialah seperti bermain huruf, suku kata dan perkataan

BACAAN MEKANIS

Murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan ,frasa, dan ayat-ayat mudah. Mereka boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah bacaan yang sesuai : pandang sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

BACAAN KEFAHAMAN

Murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

BENGKEL KLINIKAL TEKNIK BACAAN INTENSIF, SKIMMING, DAN SCANNING

Satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat sepintas lalu bagi mendapat idea penting

BACAAN SKIMMING

Teknik bacaan ini sangat penting kepada pembaca yang ingin membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat

Skimming merupakan proses sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama

Langkah-langkah skimming
1. Guru perlu selidik secara keseluruhan tentang petikan yang diberikan. ( mengikut kesesuaian ) 2. Tentukan sumber pilihan supaya bersedia dengan sesuatu penulisan. 3. Guru akan meminta murid membaca perenggan pertama walaupun tidak penting kerana perenggan ini menjadi asas untuk skim. 4. Semasa murid membaca perenggan pertama, guru akan cuba kaitkan isu utama dan konteks petikan tersebut. Baca ayat pertama dan akhir bagi setiap perenggan 5. Baca perenggan akhir dengan teliti. Biasanya, di sini terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.

CONTOH AKTIVITI
Guru memberikan murid-murid berkaitan dengan tajuk Kepentingan buahbuahan terhadap kesihatan tubuh badan PETIKAN Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu, buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak. Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi. Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin A.

Konsep bacaan ini adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid, memberi penjelasan tentang struktur dan perbendaharaan kata.

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam

BACAAN INTENSIF

Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa

Bertujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkan perkara yang dibaca

KAEDAH ABJAD

Penghafalan abjad

Pembentukan suku kata

Aktiviti mengeja

CONTOH AKTIVITI
PERKENALKAN HURUF VOKAL a, e, I, o, u ; huruf kecil

CONTOH AKTIVITI
MENYEBUT SUKU KATA KV ( KONSONAN-VOKAL )

BACAAN SCANNING
Kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau mencari maklumat secara khusus. Menentukan sejauh mana kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat) Kecekapan scanning bergantung kepada keupayaan mental.

LANGKAH-LANGKAH
1. Guru menentukan perkara yang hendak dicari. 2. Guru meminta murid-murid perhatikan sepintas lalu ke atas bahan bacaan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang dicari. 3. Bagi mempercepat proses bacaan, guru boleh meminta murid menggunakan jari dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca. 4. Guru akan meminta murid membacakan teks dan menceritakan semula kepada rakan tentang isi teks yang dibaca. 5. Jika scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian di tengah-tengah kolum dan gerakan mata terus ke bawah.

CONTOH AKTIVITI
Guru memberi teks bertajuk Kepentingan Buah-buahan Tempatan

PETIKAN Buah-buahan amat penting kepada kanak-kanak. Ia kaya dengan pelbagai khasiat. Buah-buahan mengandungi komponen karbohidrat, mineral dan vitamin. Karbohidrat di dalam buah-buahan adalah dalam bentuk gula iaitu menyumbang kepada tenaga untuk tubuh badan. Selain itu, buah-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelakkan masalah sembelit yang seringkali terjadi kepada kanak-kanak. Setiap buah mengandungi kandungan vitamin yang tinggi. Buah-buahan adalah kaya dengan vitamin dan mineral. Kesemua vitamin dan mineral ini adalah sangat penting dalam membina badan yang sihat serta membantu dalam melawan jangkitan kuman. Buah pisang kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C, buah mangga kaya dengan vitamin A, E & C manakala buah betik kaya dengan Vitamin C dan provitamin A.