Anda di halaman 1dari 16

UNIT 4 BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KESIHATAN DIRI

BERTANGGUNGJAWAB

Definisi Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Cara Menjaga Kebersihan Persekitaran

Menyapu sampah sarap Membuang sampah ke dalam tong sampah Mengumpul dan menanam daun-daun kering Membersihkan longkang yang tersumbat Menebang pokok-pokok yang telah mati.

Cara Menjaga Kebersihan Diri

Keseluruhan tubuh badan


Mandi dengan menggunakan air yang bersih Sabun badan ketika mandi Hilangkan daki Pakai bauan yang mengharumkan

Kaki dan kuku


Basuh kaki dengan sabun Bersihkan celahan kuku Potong kuku sehingga pendek


Tangan dan kuku
Basuh tangan dengan sabun Bersihkan celahan kuku Potong kuku sehingga pendek

Ketiak
Cuci ketiak dengan sabun Cuci dengan bersih sehingga hilang daki Sapukan deodoran untuk meningkatkan haruman


Gigi
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan ubat gigi Dapatkan bantuan doktor untuk mengikis karang gigi

Mulut
Bersihkan mulut dengan berkumur-kumur selepas makan

Hidung
Bersihkan lubang hidung dengan menggunakan kain yang lembut

Telinga

Mata

Bersihkan kawasan pada telinga dengan menggunakan putik kapas Lakukan dengan berhati-hati Bersihkan kotoran yang ada di tepi mata Cuci menggunakan air yang bersih Rambut hendaklah dicuci dengan syampu 2 hingga 3 kali seminggu. Kemudian sapu minyak pada rambut supaya kelihatan kemas

Rambut

Kepentingan Menjaga Kebersihan Persekitaran

Dapat mengelakkan berlaku pembiakan nyamuk aedes dan haiwan berbisa. Dapat mengelakkan penyakit. Supaya kawasan persekitaran nampak kemas dan bersih.

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

Menjamin kesihatan diri kita. Menjamin penampilan diri yang menarik.

Cara Menjaga Kebersihan Sekolah

Tidak membuang sampah di merata-rata tempat Sentiasa menyapu sampah di dalam kelas atau di sekitar kawasan sekolah Menarik pam tandas apabila selesai menggunakannya Selalu menegur orang yang membuang sampah di merata-rata tempat Setiap orang mestilah menjalankan tugas yang diamanahkan oleh cikgu kita

Cara Menjaga Kebersihan Rumah

Membersihkan kawasan halaman rumah daripada semak samun dan sampah sarap. Memastikan longkang mengalirkan air yang baik dan tidak bertakung. Mengemaskan bilik dan ruang dalam rumah dengan kemas dan tersusun. Menyapu atau mop lantai dan perabot rumah supaya tiada pasir atau habuk. Mencuci bilik air dan tandas.

Cara Menjaga Kesihatan Diri Di Rumah

Berehat secukupnya. Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi. Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi). Mengamalkan tatacara menjaga kebersihan diri yang betul seperti membasuh tangan dengan tertib.

Cara Menjaga Kesihatan Di Sekolah


Sekiranya mengalami demam atau tidak sihat hendaklah berjumpa guru kelas atau guru bertugas untuk mendapatkan rawatan. Tidak membeli makanan di luar sekolah. Hanya makan makanan yang dijual di kantin sahaja. Makan makanan yang seimbang dan tidak berlebihan. Membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan.

Ciri-Ciri Makanan Yang Sihat

Makanan yang tidak tercemar dengan racun serangga Makanan yang mempunyai vitamin Makanan yang segar dan bersih Makanan yang kaya dengan serat Makanan yang mengandungi protein Makanan yang kurang kandungan gula Makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi Makanan yang kurang kandungan lemak

Amalan Gaya Hidup Sihat

Menjaga kebersihan persekitaran Pemakanan seimbang Senaman Membuat pemeriksaan kesihatan Tidak menghisap rokok Tidak menagih dadah Tidak minum arak Berfikiran positif

Rujukan
Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 2002 Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Moral Tingkatan 1, 2 & 3, Ismail Mohamad Zain, Anand Kumar, PNI Neuron (M) Sdn. Bhd., Cetakan 2007

Anda mungkin juga menyukai