Anda di halaman 1dari 6

Kisah dua ekor kambing

Kisah dua ekor kambing berkisar kepada cerita dua ekor kambing, Si Putih dan
Si Hitam. Si Putih tinggal di kampung Barat manakala Si Hitam tinggal di
kampung Timur. Kedua-dua kampung tersebut dipisahkan oleh sebatang
sungai. Hanya sebatang titi kecil sahaja yang menjadi alat perhubungan.
antara kedua-dua kampung tersebut.

Pada suatu hari, Si Putih yang tinggal di kampung Barat ingin mencari makan
di kampung Timur. Manakala Si Hitam pula ingin pergi ke kampung Barat
untuk tujuan yang sama. Tatkala kedua-duanya sedang melalui titi yang kecil
itu, tiba-tiba kedua-duanya bertembung di atas titi tersebut. Si Putih enggan
berundur untuk memberikan laluan kepada Si Hitam dan begitulah juga Si
Hitam. Kedua-duanya menyondol antara satu sama lain dan akhirnya kedua-
dua kambing itu jatuh ke dalam sungai. Begitulah nasib Si Putih dan Si Hitam
yang tidak ingin bertoleransi.

Secara mudahnya, toleransi boleh difahami sebagai sikap dapat menerima


atau menghormati pendapat, fikiran, dan kepercayaan orang lain. Individu
yang mengamalkan toleransi akan sanggup untuk bersabar dan bertolak
ansur, kerana dia menerima hakikat bahawa terdapat perbezaan antara
dirinya dengan orang lain.

Dalam realiti hidup bermasyarakat lebih-lebih lagi dalam masyarakat


berbilang bangsa, budaya, dan agama seperti Malaysia, nilai toleransi amat
perlu dititikberatkan. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat, terdapat
pelbagai ragam manusia yang perlu difahami dan dihormati semata-mata
untuk mewujudkan keadaan masyarakat yang harmoni.
(206 P.P.)
Kematian seorang doktor veterinar, Yogeswary Narayanasamy pada Oktober
2008 akibat dihempap dinding konkrit rumahnya ketika cuba menyelamatkan
seorang daripada tiga anaknya ialah satu tragedi yang malang. Mendiang
tersebut dikatakan selamat pada mulanya bersama suami, cuba mencari
anaknya yang terperangkap dalam keadaan gelap dan berjaya menyelamatkan
mereka, tetapi tidak sempat menyelamatkan diri sendiri.

Pada 30 November 2008,seorang ibu, Azizah Madun sanggup berlari sejauh tiga
kilometer bagi mencari bantuan apabila rumahnya tertimbus dan memerangkap
dua anak perempuannya, manakala suaminya terus berusaha menyelamatkan
mereka dalam keadaan gelap gulita.

Nilai kasih sayang terhadap keluarga telah ditonjolkan oleh kedua-dua ibu bapa
di atas,mereka sanggup berkorban apa saja demi anak tersayang walaupun
nyawa sendiri terancam.

Kita lihat hari ini, ada anak yang sanggup membelakangkan ibu bapa sendiri
hanya untuk kepuasan diri sendiri. Mereka tinggal di rumah mewah serba indah,
tetapi ibu bapa sendiri terpaksa menghuni rumah buruk yang serba daif.
Sedikitpun mereka tidak ingat bagaimana ibu bapa mereka satu ketika dulu
membesarkan mereka dalam serba kepayahan.

Orang kata, kasih ibu dan bapa mengatasi segala-galanya. Walaupun marah
melihat tingkah laku anak yang nakal atau tidak mendengar kata, dalam hati
kasih sayang itu tidak pernah berbelah bahagi. Biarpun hati pernah dilukai
dengan tindak-tanduk anak yang menyakitkan hati, mereka tetap sanggup
memaafkan mereka.
Penentangan Rentap

Rentap merupakan seorang pahlawan Iban terkenal dalam sejarah Sarawak.Beliau merupakan salah
seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke.

Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban menyerang pasukan British di Skrang
kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang
dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua
tempatan.Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan
kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan.

Berlakulah pertempuran yang sengit antara kedua-dua pihak dan ini menyebabkan Rentap semakin
dihormati oleh pengikutnya. Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap
akibat pembunuhan Alan Lee daripada menantu Rentap yang bernama Layang.

Selepas pertempuran berterusan selama 8 tahun, pihak British barulah berjaya menguasai pasukan
orang Iban yang diketuai oleh Rentap di Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam.Kubu-
kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan
Brooke. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di Bukit Sibau. Sehingga ke hari ini
makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.

Nilai sanggup berkorban untuk negara diamalkan oleh Rentap kerana beliau sanggup menyerahkan
nyawanya kepada tanah air. Rentap juga mengamalkan nilai cinta akan negara kerana perasaan sayang
kepada tanah air membolehkan beliau meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
( 205 P.P.)
Sungai Warisan yang Kian Tercemar

Dalam keghairahan mengejar kepesatan pembangunan, pengamalan nilai menyayangi dan menghargai
alam sekitar telah dilupakan oleh manusia.Sungai yang merupakan nadi kepada pembangunan negara
pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran. Air sungai semakin cetek, kotor,
penuh dengan kelodak tanah, sisa buangan.

Kualiti air sungai semakin merosot ekoran aktiviti ekonomi seperti penternakan, pertanian,
perkilangan dan pembalakan yang dijalankan tanpa perancangan yang teliti. Sebagai contoh,
pencemaran yang berlaku di Sungai Nipah, Batu Maung Pulau Pinang akibat bahan kimia daripada
kilang besi yang berdekatan, telah mengganggu lebih kurang 300 orang penduduk berhampiran.

Namun, setiap masalah ada penawarnya. Penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak mencukupi
sebalik pihak kerajaan, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), kelompok komuniti dan individu
perlu memainkan peranan yang langsung. Kempen kesedaran mungkin agak klise bagi kita tetapi
sebenarnya kempen kesedaran yang berterusan jika dihayati dan diamalkan pasti membuahkan
hasil.Bak kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”. Malah, kita juga boleh mengadakan program
pembersihan sungai yang tercemar seperti yang pernah dilakukan di Singapura dan London.

Secara tuntasnya, manusia harus mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar dari sekarang
juga kerana gaya hidup masa kini menentukan masa depan alam sekitar. Kerakusan dan kealpaan
manusia mengejar material telah mengakibatkan sungai semakin tenat. Kesedaran semua amat penting
supaya usaha-usaha ini tidak terbantut.
(199 P.P.)
MENGHORMATI HAK WANITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
        Pepatah Melayu mengatakan ‘Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia’. 
Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini wanita bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni 
tetap’ ceruk dapur semata-mata tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan 
negara.

Sumbangan wanita kepada negara dapat dilihat menerusi penglibatan mereka dalam bidang politik. 
Tokoh-tokoh politik seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz, Datuk Dr Ainum Mohd Saaid, Datuk Siti Norma 
Yaacob, dan sebagainya. Mereka inilah wanita-wanita besi yang menjadi tunjang negara dan 
membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan 
dengan sempurna.

Wanita hari ini telah menerima pendidikan yang sama dengan kaum lelaki. Oleh itu, tidak hairanlah jika 
mereka menjawat jawatan penting dalam syarikat-syarikat besar. Selain itu, sifat semula jadi wanita yang 
lemah lembut, penyayang dan penyabar menyebabkan mereka sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan 
seperti guru, jururawat dan kerja-kerja elektronik yang rumit.

Dalam bidang sukan, atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama negara 
dalam sukan renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda dan lain-lain lagi. 
Nicole David pula telah mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. 

Kesimpulannya,merekalah anak, isteri, ibu, kakak atau adik dan dalam masa sama juga bertindak 
sebagai wanita berkarier yang menyumbang kepada pembangunan negara, oleh itu, setiap individu  
mestilah menghormati  hak wanita dengan memberikan wanita untuk mendapat pendidikan dan 
pekerjaan, peluang kenaikan pangkat dan hak mendapat perlindungan daripada keganasan.
( 202 P.P.)
Peperangan merupakan hal yang tidak diinginkan oleh setiap umat. Perang
bererti perbalahan menggunakan senjata sehingga membunuh antara sesama
umat. Peperangan merupakan pertikaian yang seharusnya dapat dielakkan
kerananya memberi impak yang sangat besar kepada rakyat.

Rakyat di negara yang terlibat dalam peperangan tepaksa menanggung


penderitaan. Penularan pelbagai jenis wabak penyakit akan berlaku kerana
kemudahan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat perubatan tidak akan
berfungsi akibat mengalami kemusnahan. Penggunaan senjata canggih pada
masa kini seperti bot atom, nuklear dan kereta perisai menyebabkan
kemusnahan harta benda yang banyak. Negara tersebut akan mengalami
kerugian yang amat besar dan hal yang demikian akan memberi kesan terhadap
ekonominya. Sumber kewangan untuk membaik pulih negara yang telah
mengalami kemusnahan menjadi terhad. Justeru, pembangunan negara tersebut
akan terjejas.

Selain itu, banyak nyawa rakyat yang tidak berdosa akan terkorban. Penduduk
juga terpaksa menjadi pelarian di negara mereka sendiri. Mereka juga akan
mengalami kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan. Apabila keadaan
seperti ini berlaku, jenayah juga akan menjadi berleluasa. Rakyat tidak akan
mensia-siakan peluang mencuri barang-barang keperluan terutamanya makanan.

Konklusinya, nilai saling menghormati antara negara perlulah diamalkan


terutamanya untuk negara yang kaya, maju dan mempunyai senjata yang
berteknologi tinggi. Mereka tidak patut mengambil kesempatan untuk
melancarkan peperangan ke atas negara yang sedang bergolak.

Anda mungkin juga menyukai