Anda di halaman 1dari 10

PULAU BATU PUTIH

•Pulau Batu Putih atau Pedra Branca (bahasa Portugal


untuk “Batu Putih”) merupakan sebuah pulau tunggul
sebesar dua padang bola sepak, yang terletak di luar
pantai tenggara Pengerang, Johor, Malaysia.

•Luasnya 0.2 hektar, berbatu-batu dan kira-kira 12.8 km


dari Pengerang dan 64 km ke timur Singapura. Hanya 20
minit dengan bot laju dari Teluk Ramunia, Pengerang,
Johor
• Pulau ini merupakan satu subjek pertikaian
di antara Malaysia dan Singapura yang mana
ia membawa kepada kes tuntutan Mahkamah
Antarabangsa di Belanda.

• Nelayan Johor menjadikan pulau ini


sebagai pulau persinggahan dan
menamakannya Pulau Batu Putih kerana
berwarna putih dan banyak didiami burung
camar laut.
•Sejak tahun 1583, pelayar Belanda, Johann van
Linschoten telah mencatat akan bahayanya pulau
ini kepada kapal yang berlayar dari China dan dari
selatan Melaka.

•Antara tahun 1824 hingga 1851 berlaku 25


kemalangan kapal berhampiran pulau itu. Antara
tahun 2000 hingga 2004 berlaku 2 kemalangan
kapal
•Tuntutan ke atas Pulau Batu Putih bermula sejak 28 tahun
lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan
maritim yang meliputi Pulau Batu Putih sebagai wilayahnya
pada tahun 1979.

•Tuntutan terhadap Middle Rock yang terletak kira-kira 0.5


batu nautika dari Pulau Batu Putih dan South Ledge, yang
berada 1.7 batu nautika dari Middle Rock, dibuat Singapura
pada 1993.Secara rasminya Singapura (yang
mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu
Putih) mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia
menerusi nota bantahan yang bertarikh 14 February 1980.
•Malaysia menegaskan berikutan daripada Perjanjian
Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2
Ogos 1824, apabila Kesultanan Johor menyerahkan
Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau
serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British.

•Penyerahan ini sama sekali tidak termasuk Pulau Batu


Putih. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu
memberi kebenaran secara bertulis kepada pihak
British untuk membina rumah api di atas pulau tersebut
hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan
bahawa Kesultanan Johor sememangnya mempunyai
kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit
•Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya
diberikan kebenaran mengurus rumah api tersebut bagi
kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang
penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu.

•Ini memandangkan tiadanya pelabuhan utama di Johor


serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang
Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan
pelabuhan tukar barang Singapura untuk mengeksport
hasil perdagangan mereka.
•Singapura pula mengemukakan dakwaan bahawa
mereka telah menguasai pulau tersebut semenjak
tahun 1840-an tanpa sebarang tentangan dan halangan
oleh pihak Malaysia.

•Sikap berdiam diri serta mengelak dari menggunakan


pendekatan konfrontasi oleh Malaysia berdasarkan
semangat setiakawan dua negara yang berjiran itu
sebaliknya telah digunakan dengan sebaiknya di dalam
penggulungan hujah pihak Singapura di Mahkamah
Keadilan Antarabangsa .
•Akhirnya dengan persetujuan 12-4 memutuskan
bahawa kedaulatan Pulau Batu Putih milik Singapura
sementara 15-1 mengesahkan Batuan Tengah(Middle
Rocks) milik Malaysia

•Manakala status Tubir Selatan(South Ledge) pula


akan ditentukan kemudian berdasarkan di perairan
mana ia terletak. Merujuk kepada surat daripada
Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Johor
pada 1953 kepada Singapura, yang mengatakan
bahawa kerajaan Johor tidak menuntut hak milik ke
atas Pulau Batu Putih, menunjukkan kelemahan
pentadbiran kerajaan negeri pada masa itu.
REFLEKSI
•Menunjukkan kelemahan dan kesilapan Malaysia
sejak awal yang tidak menggunakan fakta sejarah
sebagai panduan dalam mempertahankan wilayah
negara.

•berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan oleh


pihak berwajib di pulau itu untuk tempoh hampir 100
tahun dan bukannya disebabkan hujah yang lemah di
ICJ

•Middle Rocks adalah hakmilik Malaysia yang mesti


dilihat memberikan kebebasan kepada nelayan-
nelayan di Johor yang sebelum ini dihalang dari
mendekatinya.
•Keputusan ICJ itu juga memberi impak besar
kepada persempadanan antarabangsa Malaysia
yang semakin mengecil apabila kedaulatan Pulau
Batu Putih yang terletak 7.7 batu nautika dari
pantai Tanjung Penyusuh di Johor menjadi milik
Singapura.

•Memberi kesan kepada industri maritim


Malaysia termasuk para nelayan Johor Darul
Takzim