Anda di halaman 1dari 18

OLEH : YUVANESWARY THAMBIRAJA

Merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan untuk menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf.

OBJEKTIF PRATULISAN
Melatih pergerakan tangan dan jari. Melatih pergerakan mata. Melatih koordinasi mata dan tangan. Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar. Membolehkan murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Menulis huruf dan perkataan. Menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Membolehkan penerapan nilai murni dijalankan secara berterusan dan berkesan. Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid. Mengenal bentuk huruf dalam perkataan. Meniru bentuk huruf dalam perkataan.

Kenapa Perlunya Pratulisan??


Supaya kanak-kanak kenal kesemua huruf. Supaya kanak-kanak dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar. Supaya kanak-kanak menulis dari arah yang betul. Supaya kanak-kanak menulis huruf dalam posisi dan arah yang betul. Supaya kanak-kanak dapat mengikut urutan huruf yang betul.

KAEDAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULISAN

1). Gunakan pendekatan yang mudah, menyeluruh dan menarik selaras dengan kemampuan dan perkembangan emosi serta mental murid

2). Penggunaan bahan yang tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata murid untuk mengasah kemahiran menulis

3). Carta suku kata yang pelbagai dan tersusun agar murid dapat menguasai kemahiran asas menulis dengan mudah

4). Pelaksanaan aktiviti pengayaan bagi memantapkan perkembangan intelek murid serta membantu dalam membina kemahiran menulis dengan kems dan cantik

5). Perkenalkan tulisan huruf kecil dahulu kerana penggunaannya yang lebih banyak dalam penulisan.

LATIHAN MELEMBUTKAN MOTOR HALUS


Pergerakan Tangan dan Jari

Melukis dan Mewarna secara bebas

Menyurih

Melukis

Mengoyak Kertas

Melipat

Menampal

Menggentel

Menguntai

Menggunting

Menjahit

Menganyam

2). Nyanyian dan Pergerakan Tangan

3). Menguli Doh 4). Bermain Tanah Liat (Modelling Clay)

AKTIVITI MELUKIS DI UDARA,ATAS PASIR,AIR DAN CERMIN

Menulis di atas pasir

Menulis di atas air

Menulis di udara

MELAKSANAKAN AKTIVITI MENCARI JALAN KELUAR, MEMADANKAN HURUF/BENTUK/GAMBAR, AKTIVITI MENYAMBUNG TITIK dan MEMBUAT CORAK

PETUNJUK
A B C Kelabu Putih Perang

D
E F G

Kuning
Merah Ungu Biru

SEKIAN TERIMA KASIH