Anda di halaman 1dari 29

CB205 PLUMBING SERVICES 1

TAJUK : PROSES RAWATAN AIR MENTAH LECT NAME : EN.HUZAIMIE B ABDUL HADI PRESENTATION DATE : 15 - 1 - 2013

KAWAN KAWANKU
MEGAT NOR ISKANDAR
03DPB11F2014

MUHAMMAD ZULFIKRI
03DPB11F2004

MUHAMMAD ANUAR
03DPB11F2021

MOHAMAD AZRAI FITRI


03DPB11F2020

PENGENALAN
Air mentah tidak sesuai untuk kegunaan seharian kerana mengandungi pelbagai bahan pencemar. Oleh itu, ia perlu dirawat terlebih dahulu. Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan manusia dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan.

KEKOTORAN DALAM AIR MENTAH


Dari segi FIZIKAL, kekotoran dapat diketahui melalui rasa, warna dan bau. Bau disebabkan oleh kedapatan gas hidrogensulfida (H2S) di dalam air atau pereputan organisma yang mati dan tumbuhan akuatik. Rasa disebabkan kepekatan ferum melebihi 0.04 mg/l dan kepekatan klorida melebihi 250 mg/l. Warna pula adalah disebabkan oleh ferum, magnesium atau bahan organik yang terdapat dalam air.

TUJUAN RAWATAN AIR


Menghapuskan pencemaran. Membunuh semua organisma yang berpotensi membawa penyakit. Menghilangkan bau, warna dan rasa yang tidak enak. Menghapusan gas terlarut yang menyebabkan air tidak segar. Mengurangkan sifat mudah karat pada air. Meningkatkan kandungan oksigen di dalam air. Melarutkan bahan galian.

PROSES RAWATAN AIR


Proses Penyaringan

Proses Pengklorinan dan Flourinan

Proses Pengudaraan

Proses Penurasan

Proses Pengentalan

Proses Pengenapan

Pengudaraan

Tiga jenis PENGUDARAAN : A. Pengudaraan terjun (Di Malaysia) B. Pengudaraan pancutan C. Pengudaraan suntikan

Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.

Penyaringan

Dua jenis PENYARINGAN : A. Penyaringan kasar B. Penyarinagn halus

Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan benda asing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.

Pengentalan

Pengentalan dan penggumpalan dalam proses pengenapan dan penapisan air asasnya adalah untuk mendapatkan kadar alir yang tinggi secara ekonomi. Pengentalan ialah proses di mana bahan-bahan kimia dicampur dan diaduk ke dalam air lalu berlaku tindak balas yang menghasilkan zarah mikroskopik dan seterusnya mendak ke bawah. Penggumpalan ialah proses zatah halus dan koloid bergabung sesama sendiri dan mendap apabila halaju air diperlahankan.

Pengenapan

Tiga jenis tangki PENGENAPAN : A. Tangki aliran mendatar B. Tangki aliran menaik C. Tangki aliran pilin

Pengenapan ialah proses pembekukan mengalami endapan dan enapan. Melalui proses ini dapat mengurangkan jumlah zarah terampai yang akan dibuang melalui proses penapisan. Selain dari itu, ia juga dapat menghapuskan bakteria di dalam air. Kajian menunjukkan 90 99% bakteria di dalam air dapat dihapuskan jika pengendalian sistem pengenapan dilakukan dengan teliti.

Penurasan

Tiga jenis PENURASAN : A. Penapis pasir perlahan B. Penapis pasir graviti deras C. Penapis tekanan

Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.

Pengklrorinan

Proses ini dilakukan jika keadaan air mentah benar-benar memerlukannya. Air yg banyak kandungan alga memerlukan pengklorinan awal bagi memusnahkannya. Mengoksida kandungan besi & mangan di dalam air.

Tangki air jernih

Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan.

Pengagihan bekalan air

Tiga bentuk PENGAGIHAN AIR : A. Takungan perkhidmatan B. Tangki Imbangan C. Stesen Pengepaman

Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.

Anda mungkin juga menyukai