Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK NYANYIAN

Resonan
TEKNIK NYANYIAN

Postur

Sebutan

Pernafasan

Postur

Berdiri
Duduk

Berdiri
Berdiri tegak Kaki : Diregangkan sedikit dengan satu kaki diletakkan sedikit ke hadapan. Lutut : Bengkok sedikit atau berada dalam keadaan rileks dan tidak kaku. Dada : Dinaikkan tinggi. Bahu : Ditarik ke belakang sedikit. (Elakkan daripada menaikkan bahu) Kepala : Hendaklah tinggi dan mata melihat ke hadapan. (Elakkan daripada mendongak, terlalu ke bawah atau melentokkan ke kiri atau ke kanan)

Duduk
Kaki : Kedua-dua tapak kaki hendaklah menyentuh lantai dengan satu kaki diletakkan sedikit ke hadapan. Pinggul : Terletak di separuh bahagian kerusi. Punggung ke belakang kerusi dan berat badan ke depan. Belakang badan : Tidak bersandar di kerusi. Tangan : Diletakkan di atas paha. Kedudukan bahagian lain sama seperti postur berdiri.

Pernafasan Diafragma dan Rusuk (Inter-Costal)

TEKNIK PERNAFASAN

Penyemakan Teknik Bernafas

4 Fasa dalam Pengawalan Pernafasan

PERNAFASAN DIAFRAGMA DAN RUSUK (INTER-COSTAL)


Nafas melalui mulut. Berdiri/duduk dengan postur yang betul Buka mulut pada saiz yang cukup besar. Ambil nafas dan rasakan tulang rusuk naik dan keluar. Jangan naikkan bahu Jangan tarik bahu ke belakang Jangan naikkan dagu

PENYEMAKAN TEKNIK BERNAFAS


Letakkan tangan pada pinggang badan dengan tapak tangan di belakang badan sehingga jari-jari menyentuh tulang rusuk. Ambil nafas sehingga kedua-dua tangan adalah paling jauh di antara satu sama lain. Hembus dan biarkan tangan balik ke kedudukan asal.

EMPAT FASA DALAM PENGAWALAN PERNAFASAN


Tarik nafas (Inhalation) Tahan (Suspension) Pengeluaran nafas (Exhalation)
Tarik nafas melalui mulut dan sedikit melalui hidung. Tarik nafas dengan perasaan yang longgar di kerongkong dan perasaan seperi badan sedang buka dengan dalamnya. Bayangkan seperti sebiji belon sedang mengembang.

Hal ini merupakan satu ketika (masa yang sangat singkat) di mana aliran udara diberhentikan tetapi kord-kord vokal masih terbuka sebelum menyanyi

Jangan benarkan terlalu banyak udara dilepaskan.

Pemulihan (Recovery)

Masa di mana otot rehat selepas menyanyi satu frasa.

LATIHAN-LATIHAN PERNAFASAN
Menghembus dan menarik nafas. Bernafas secara cepat
Hembuskan nafas sehingga terasa kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.

Keadaan terkejut - Ulang beberapa kali

Pernafasan staccato
Hiss/Hoo

Menyebut ts berulang-ulang sehingga otot-otot di bahagian perut terlibat.

Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi hiss

TEKNIK SEBUTAN
Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Ciri-ciri ton nyanyian meliputi: Tenaga Intensiti Kekuatan bunyi Harkat (panjang dan pendek) Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk menghasilkan ton yang lebih resonan.

RESONAN
Resonan adalah getaran udara dalam suatu rongga. Suatu rongga yang boleh menghasilkan resonan disebut resonator. Manusia memiliki 3 buah resonator.
Rongga mulut sebagai resonator pertama. Rongga dada sebagai resonator kedua. Rongga hidung dan kepala sebagai resonator ketiga.

Untuk menghasilkan pic tinggi yang baik, kita menggunakan: 60% resonator kepala. 25% resonator mulut. 15% resonator dada. Untuk menghasilkan pic rendah yang baik pula, kita menggunakan: 70% resonator dada. 20% resonator mulut. 10% resonator kepala.

Anda mungkin juga menyukai