Anda di halaman 1dari 26

TAJUK 8 : FAKTOR LUARAN :

1. PEMEROLEHAN BAHASA DAN CIRI-CIRI ASOSIASI 2. PSIKOLINGUISTIK 3. LINGUISTIK KLINIKAL


DISEDIAKAN OLEH : NOR AMALIENA BINTI MOHD FAUDZI NOOR HIDAYAH BINTI HASSAN NOR HIDAYAH BINTI ZAINI SAFAREN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA

FAKTOR VARIASI INDIVIDU

Jakobovits (1980) menyatakan beliau menerima perkembangan semulajadi membantu pemerolehan bahasa seseorang. Setiap individu mempunyai kelainan dalam mempelajari bahasa.Kita hanya boleh mempengaruhi faktor luaran sahaja.Perubahan yang berlaku dalam pemikiran individu di luar jangkaan kita.

FAKTOR BAKAT BAHASA

Setiap individu memiliki kebolehan bahasa yang tersendiri.Manusia tidak mempunyai kebolehan yang sama dalammempelajari bahasa.Ia diperolehi melalui hubungan dalam keluarga, pengalaman di sekolah,berinteraksi dengan masyarakat, hubungan dengan rakan sebaya dan sebagainya.

FAKTOR BIMBINGAN DAN MOTIVASI


Apabila menghadapi masalah atau ada sesuatu keperluan, kanak-kanak memerlukan bimbingan dan motivasi daripada keluarganya atau guru. Contohnya guru di sekolah tadikanya.Bahasa akan digunakan untuk keperluan ini. Oleh itu akan muncul satu tahap di mana kanak-kanak menggunakanmasa yang banyak bercakap pada diri sendiri atau kepada siapa sahajayang sedia mendengar masalahnya dalam usaha pertama

FAKTOR JANTINA
Menurut kajian,kanak-kanak perempuan mempunyai kelebihan dalampenguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki. Disokong Atan Long,iaitu kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakapdaripada kanak-kanak lelaki kerana pergerakan jasmani (alat saraf) kanak-kanak perempuan lebih cepat

FAKTOR KESIHATAN

Mengikut hipotesis LADPada waktu ini (umur 2-6 tahun) kanak2 mempelajari bahasa secara tidak sedar. Bebelan (vokalisasi),holotrasa, telegratik, ayat kompleksJika dijangkiti penyakit peringkat ini, ia akan mengganggu alat artikulasi(mengganggu kesihatan)

FAKTOR PERSEKITARAN

1. KEHIDUPAN DALAM RUMAH TANGGA


Tidak

jauh bezanya dengan kehidupan keluarga. Ibu bapa orang paling akrab nak-anak, pengaruhnya tentu mendalam. Berlakunya komunikasi atau perhubungan bahas a Selalunya orang dewasa yang hadir akan memberi contoh membetulkan sebutan kanakkanak. Sebutan yang didengar oleh kanak-kanak ini akan menjadi tiruan

RAKAN SEBAYA Berlaku secara formal seperti di tadika atau semasa bermain sesama mereka.Komunikasi yang berlaku sewaktu bermain itulah yang menyebabkan berlakunyaproses pengambilan perkataan, sesama rakan sebaya.2.5.3
PERHUBUNGAN DALAM KELUARGA Ia bermaksud perhubungan di antara individu di dalam sesuatu keluarga.Apakah mereka mempunyai hubungan yang mesra, kurang mesra atau tidak adakemesraan langsung.Menurut Prof. Atan Long kanak-kanak daripada kelas atas dan menengahmendapat perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada orang dewasa. Inipenting bagi kanak-kanak. Berlaku contohnya pada waktu makan bersama.Anak tunggal selalunya mempunyai penguasaan bahasa yang lebih baik

KEDUDUKAN SOSIO EKONOMI


Ia

berkait rapat dengan taraf pendidikan dan kelas masyarakat sesebuahkeluarga.Menurut Prof.Atan Long, kanak-kanak di dalam keluarga atasan danpertengahan didapati bercakap lebih awal.Mereka lebih cepat berkebolehanuntuk membentuk ayat dan mempunyai struktur ayat yang lebih matang,berbanding kanak sebaya mereka daripada kelas rendah.

KAWASAN TEMPAT TINGGAL


Yang

ditekankan ialah dari segi geografinya,iaitu kaw. pinggir bandar,bandar, kampung, desa atau pedalaman.Kanak-kanak tinggal di kaw. bandar mengetahui lebih banyak kata namacontohnya berkaitan dengan alat-alat elektrik, jenis-jenis kenderaan, pakaiandan peralatan moden.Kanakkanak yang tinggal di kampung berpengetahuan terhadap jenis-jenis binatang, nama pokok, nama serangga dan sebagainya.

MEDIA MASSA

Yang banyak televisyen. Digemari oleh kanak-kanak kerana ia merangsangdua indera,iaitu pendengaran dan penglihatan,yang berlaku serentak.Kanak-kanak meminati siaran kartun dan iklan. Ia ringkas dan bersesuiandengan kebolehan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang aktif pemerolehan bahasanya, biasanya banyak menerima ransangan dan pendedahan melalui pergaulannya.Maksudnya kanak-kanak banyak memperoleh dorongan untuk berbahasadan bersedia pula bekerjasama untuk menjayakan komunikasi tersebut.Sekiranya tiada pendedahan, sukarlah bagi seseorang kanakkanak itumenguasai bahasa. Kalau tiada pendedahan, maka penguasaan bahasa jugatidak akan berlaku. (Abdullah Hassan, 1980:261)

PENDEDAHAN DAN RANSANGAN

PSIKOLINGUISTIK

PSIKOLINGUISTIK

Psikolinguistik adalah sebuah istilah ilmu bahasa yang terdiri atas gabungan dua buah kata, yaitu kata psikologi dan linguistik yang masing-masing merupakan ilmu yang berdiri sendiri.

Psikologi sering didefinisikan sebagai ilmu yang memerhati perilaku manusia dengan cara mengkaji hakikat stimulus, hakikat respon, dan hakikat proses-proses pemikiran sebelum stimulus atau respon itu terjadi. Tujuan mengkaji proses berfikir itu ialah untuk memahami, menjelaskan, dan meramalkan perilaku manusia.

Linguistik

secara umum dan luas merupakan satu ilmu yang mengkaji bahasa (Bloomfield, 1928:1). Bahasa dalam konteks linguistik dipandang sebagai sebuah sistem bunyi yang arbitrari, konvensional, dan digunakan oleh manusia sebagai alat komunikasi.

PENGERTIAN PSIKOLINGUISTIK

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), psikolinguistik merupakan satu ilmu yang cuba menghuraikan prosesproses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengar pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia. Kamarudin Hj. Husin (1988), mengatakan bahawa psikolinguistik adalah sains interdisiplin yang lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains : psikologi dan linguistik. Istilah ini telah dicipta setelah adanya pertemuan-pertemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungan di antara kedua-dua sains ini.

Garnham (1985:1) menyatakan bahwa psikolinguistik adalah kajian tentang mekanismemekanisme mental yang menjadikan manusia menggunakan bahasa. Aitchison(1998:1) berpendapat psikolinguistik adalah studi tentang bahasa dan minda. Harley (2001:1) menyebut psikolinguistik sebagai suatu studi tentang proses-proses mental dalam pemakaian bahasa. Kridalaksana (1982:140) menyatakan bahawa psikolinguistik adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal budi manusia serta kemampuan berbahasa dapat diperoleh.

Psikolinguistik adalah kajian ilmu yang mencuba menhuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucakan ayat-ayat (kalimat) dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu berkomunikasi dan bagaimana bahasa itu diperoleh manusia (cf. Miller, Slobin, SlamaCazaku).

DEFINISI Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa, dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri antara psikologi dan linguistik.

TUJUAN PSIKOLINGUISTIK
Mencari suatu teori bahasa yang baik dan unggul dari segi linguistik dan psikologi yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Menerangkan hakikat struktur bahasa dan bagaimana struktur itu diperoleh dan digunakan pada waktu bertutur dan memahami ujaran-ujaran bahasa.

BIDANG KAJIAN Fonetik dan fonologi. Dalam bidang psikolinguistik, penyelidikan menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyi-bunyi itu. Morfologi. Kajian struktur-struktur kata, khususnya hubungan antara perkataanperkataan yang berkait (seperti jalan dan berjalan) dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturan-peraturan (umpamanya pembentukan kata berimbuhan).

TEORI-TEORI Menggunakan teori-teori kognitif seperti teori Noam Chomsky. PERKAEDAHAN Membuat uji kaji tingkah laku. Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya, membuat pertimbangan, menghasilkan semula rangsangan, membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi.

LINGUISTIK KLINIKAL
DEFINISI Merupakan salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. Mengintegrasikan kedua-dua bidang linguistik dan bidang patologi bahasa dan pertuturan kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada penggunaan kata, frasa, ayat, artikulasi bunyi, sistem fonologi, semantik serta pragmatik.

Melibatkan antara disiplin seperti linguistik, patologi pertuturan dan bahasa, pemerolehan bahasa normal dan pengurusan pendidikan khas bagi individu yang menghadapi masalah komunikasi dan sebagainya. Kegiatan kerja melibatkan pelajar menyelidik aspek-aspek linguistik klinikal di samping didedahkan kepada pemerhatian klinikal dalam klinik ataupun menjalankan amali dalam klinik.

BIDANG KAJIAN Fonetik dan fonologi.


Dalam

bidang linguistik klinikal, penyelidikan menumpukan kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan bunyi.

Semantik. Bagaimana kanak-kanak memahami bahasa.

TEORI-TEORI Menggunakan teori-teori behavioris seperti teori B.F Skinner. PERKAEDAHAN Melakukan pemerhatian. Terhadap kanak-kanak yang sukar membunyikan bahasa. Penyelidikan tertumpu kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan, membentuk alat-alat penilaian dan intervensi, mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan, serta aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak yang menghadapi masalah komunikasi dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai