Anda di halaman 1dari 9

PSV 3105 KERJA KURSUS

KOLAJ

PROSES
Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj. Kemudian guru menunjukkan satu contoh kolaj yang telah dihasilkan. Seterusnya guru menunjukkan langkah-langkah membuat kolaj.Pertama sekali, sediakan sehelai kertas lukisan bersaiz A3. Kemudian, lukisakan gambar buah (cth: epal) diatas kertas lukisan. Koyakkan kertas warna mengikut saiz yang diingini samada kecil atau besar. Kemudian, tampal kertas warna yang telah dikoyakkan diatas gambar buah yang dilukis. Kertas hendaklah ditampal secara bertindihtindih dan memenuhi semua ruang.

CORAK LIPATAN DAN GUNTINGAN

PROSES
Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan. Kemudian, guru menunjukkan satu contoh corak lipatan dan guntingan yang telah dihasilkan. Selepas itu, guru menunjukkan cara-cara membuat corak lipatan dan guntingan. Pertama sekali, sediakan sehelai kertas lukisan. Kemudian, gariskan kotak bersaiz 6cm pada kertas lukisan dan kertas warna. Gunting kertas warna mengikut saiz yang diukur. Lipat kertas warna sebanyak tiga kali dan gunting kertas warna mengikut kreativiti. Akhir sekali, tampal corak guntingan pada kertas lukisan didalam kotak yang telah dilukiskan

BONEKA SPAN

PROSES
Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk membuat boneka. Kemudian, guru menunjukkan satu contoh boneka yang telah siap dihasilkan. Selepas itu, guru menunjukkan cara-cara membuat boneka span. Langkah pertama, ikat sebahagian dari span di bahagian atas dengan menggunakan tali untuk dijadikan sebagai kepala boneka. Kemudian, ikatkan kedua-dua hujung bahagian span untuk dijadikan sebagai telinga boneka. Setelah siap membahagikan dan mengikat bahagian badan boneka, lekatkan dua biji butang di bahagian muka boneka untuk dijadikan mata dan lekatkan satu biji butang untuk dijadikan hidung. Selepas itu, gunting riben sepanjang 2cm untuk dijadikan mulut. Gunting riben yang lain dan lekatkan pada bahagian badan boneka sebagai hiasan. Akhir sekali, lekatkan butang di bahagian badan boneka sebagai hiasan boneka.

ANYAMAN

PROSES
Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk membuat anyaman. Kemudian, guru menunjukkan satu contoh anyaman yang siap. Guru menunjukkan cara-cara membuat anyaman. Langkah pertama, lukiskan bingkai pada kertas lukisan sepanjang 2cm. Kemudian, letakkan kertas lukisan pada kedudukan potret. Setelah itu, gariskan garisan lurus berukuran 1cm panjang kebawah pada kertas lukisan dan kedua-dua kertas warna. Semua garisan dibelah sehingga tembus dengan menggunakan pisau. Kemudian, gunting kertas warna mengikut saiz yang ditetapkan. Anyam kertas lukisan dengan menggunakan kertas warna. Anyaman tikar dimula dari bawah kertas lukisan agar hujung kertas warna tidak kelihatan. Kertas warna pertama, bermula di garisan pertama dan dianyam secara berselang seli pada kertas lukisan yang dibelah. Manakala, kertas warna kedua pula bermula pada garisan kedua dan dianyam secara berselang seli. Murid boleh menganyam mengikut kreativiti masingmasing.