Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Bimbingan Menjangka

Merupakan bimbingan oleh guru kepada anak murid secara khususnya untuk menolong murid membaca dan juga memahami. Menurut Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong (1992:86), mereka mentafsirkan bimbingan menjangka sebagai satu aktiviti membaca yang terarah. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera. Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas. Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan menjangka.

Mengetahui pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid tentang petikan yang akan digunakan di dalam kelas amat penting bagi seseorang guru. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu : (i) membaca petikan sepintas lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan maknanya dan (i) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem

LANGKAH 1

LANGKAH 2
Guru menjelaskan tentang tujuan sesuatu pembacaan sebelum ianya dijalankan. Tujuan pembacaan dapat ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu : (i) mendapatkan isi-isi utama petikan (ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk (iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.

LANGKAH 3
Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap.
Pembacaan kuat pula dijalankan hanya interpretasi terhadap sesuatu persoalan penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. untuk atau

Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4
Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh murid.
Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.

LANGKAH 5
Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu :
(i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan, (ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan (iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

Teater Pembaca

Secara amnya, teknik ini melibatkan murid untuk membaca secara individu bagi menggambarkan sesuatu situasi penceritaan berdasarkan intonasi, nada, sebutan yang betul dan tepat. Gerak tubuh juga disesuaikan dengan jalan penceritaan sesebuah cerita. Mimik muka juga penting semasa melakukan kaedah ini.

Penting bagi membantu murid/pendengar memahami dan menghayati cerita tersebut. Audiens/pendengar dibiarkan untuk membayangkan jalan cerita dan aksi berdasarkan suara dan gerak tubuh yang dilakukan oleh pembaca. Murid/pembaca membaca teks/cerita dengan lancar.

Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), terdapat dua kaedah untuk menjalankan teknik teater pembaca iaitu, (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (b) pencerita berada di luar kelompok cerita.
Pencerita berada dalam kelompok cerita
1. Membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya dibacakan. 2. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan.

Pencerita tidak berada dalam kelompok cerita


1. Membaca cerita dari suatu tempat lain.

2. Pelakon akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

Langkah pelaksanaan
Memilih cerita yang bersesuaian dengan kebolehan murid/pendengar. Plot cerita diperbanyakkan agar dapat dibahagikan kepada pelakon-pelakon. Pelakon memahami watak mereka agar dapat beraksi mengikut dialog. Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang tepat

Pelakon berbincang sesama sendiri bagi mencari penyelarasan semasa membuat persembahan. Guru memainkan peranan dengan membimbing pelakon dari aspek lakonan. Pelakon melakonkan watak berdasarkan skrip. Murid-murid lain diberikan tugas tertentu.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/ 2011/05/teknik-pengajaran-kemahiranmembaca_4608.html http://itukamibudakseni.blogspot.com/ 2011/05/teknik-pengajaran-kemahiranmembaca_5596.html

Anda mungkin juga menyukai