Anda di halaman 1dari 26

AYAT-AYAT RUQYAH SYARIYYAH

10

11

12

13

RUQYAH & ZIKIR (tambahan)


1) Selawat Syifa - Untuk Kesihatan Rohani, Jasmani, Akal & Emosi

Ya Allah, berikanlah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w., yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan, dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

2) Selawat tafrijiyah - Untuk kemurahan rezeki, mudah faham, meleraikan simpulan hidup dan masalah, dipermudahkan urusan, pengunci hafalan, menangani gangguan jin dan syaitan

Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w., yang dengan berkatnya terbuka apa yang tersimpul, terlepas dari segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan gtercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil berkat wajahnya yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna. Engkau anugerahkan juga ya Allah ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerlipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi Mu.

14

3) Zikir 4) Surah As-Syuaraa : Ayat 130 - Untuk sakit urat/saraf/sendi & pukul jin

Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam, bengis. 5) Surah Al-Hijr : Ayat 35-36 Untuk mengusir jin / laknat jin & syaitan

Allah berfirman Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (suatu makhluk yang) diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat

bagi pesakit perempuan

bagi pesakit lelaki

6) Surah Al-Ahzab : Ayat 56 Ayat penenang, untuk mengusir jin

Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. 7) Surah Al-Waqiah : Ayat 56 Untuk sakit kepala, mengusir jin

Mereka tidak berasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. 8) Surah Al-Mukminun : Ayat 56 Untuk tembak jin

Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!

15

9) Surah Al-Anam : Ayat 45 Untuk menangani sihir & kezaliman

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga ke akar umbinya. (Dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut) : Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. 10) Surah At-Taubah : Ayat 128-129 Untuk mengusir jin / azab jin

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian, jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad) : cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dia lah yang mempunyai arasy yang besar. 11) Surah Al-Insyiqaq : Ayat 1 5 : Untuk kanser/fibroid/ketumbuhan/bengkak

16

12) Bismillah 7 Menajamkan akal, benteng diri, menunaikan hajat, menangani jin & syaitan Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat yang tidak ada sesuatupun sepertinya dan Dia amat mengetahui setiap sesuatu. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta, lagi Maha Mengetahui, yang tidak ada sesuatupun sepertinya, dan Dia Maha Mnegusaai lagi Maha Mengetahui. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatupun sepertinya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatupun sepertinya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Dengan nama Allah yang Maha Perkasa lagi Mulia yang tidak ada sesuatupun menyamai-Nya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mulia. Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Mengasihani yang tidak ada sesuatupun menyamainya, dan Dia Maha Pengampun lagi Mengasihani, Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani dari segala-galanya. Dan telah berselawatlah Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w juga ke atas kaum keluarga dan sahabat baginda dan telah selamatlah.

13) Bismillah 5 Pengubatan penyakit secara umum

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan. Dengan nama Allah Yang Mencukupi. Dengan nama Allah Yang Memberi Kesejahteraan. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatupun sepertinya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Dengan nama Allah Yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendenar lagi Maha Mengetahui

17

13) Doa Abu Darda : Untuk jauhkan dari bencana, mala petaka & sihir Talha r.a meriwayatkan bahawa seseorang telah datang kepada Abu Darda r.a yang memaklumkan bahawa rumahnya sedang terbakar. Abu Darda kemudian menjawab Tidak, rumahku tidak terbakar. Kemudian datang seorang lagi di mana Abu Darda memberi jawapan yang sama. Sehinggalah orang lain datang kali keempat dan memberitahu wahai Abu Darda! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam. Apakah amalan yang engkau selalu kerjakan? Abu Darda

menjawab Aku yakin Allah s.w.t tidak akan membakar rumahku. Rasulullah s.a.w. telah mengajarku
suatu doa yang jika dibaca di waktu siang dan malam, nescaya tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada yang patut disembah melainkan Engkau. Kepada Engkau aku bertawakkal. Engkau pemilik Arasy yang besar. Yang Engkau kehendaki tidak akan terjadi. Tidak ada yang Mulia, Tinggi dan Maha Kuat, hanya Allah yang Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Hai Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan diriku dan kejahatan Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. Kelebihan ayat ini di antaranya adalah untuk menjauhkan daripada sebarang malapetaka, gangguan jin/syaitan dan sihir. Ayat ini boleh juga digunakan untuk membakar jin. orang lain serta

kejahatan yang melata (merayap). Engkaulah yang mengambil ubun-ubunnya (melengkapkan).

18

Membaca Al-Quran setiap hari (khususnya suruh-surah pilihan seperti Al-Mulk, Al-Waqiah, Yaasin) Mengamalkan zikir sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Mengamalkan selawat ke atas nabi sekurang-kurangnhya 100 kali sehari. Beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Berwuduq sebelum tidur dan mengamalkan benteng diri sebelum tidur (Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Muawwizat, Basmalah 21 kali). Amalkan ayat Kursi setiap kali selepas solat. Membaca basmalah setiap kali melakukan sesuatu perkara. Muhasabah diri. Positifkan diri dan pemikiran. Setiap musibah dan ujian Allah penuh dengan hikmah. Jangan pandang dari sudut yang tersurat, pandanglah dari sudut tersirat. Setiap ujian Allah penuh dengan kebaikan, tiada sekelumit keburukan. Gangguan yang berlaku adalah atas keizinan Allah s.w.t. Elakkan daripada kerap bersendirian dan tidur berseorangan. Jika berseorangan, pasanglah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan sentiasa berwuduk. Pastikan sentiasa menutup aurat mengikut hukum syarak serana syaitan suka menghampiri orang yang berhias-hias dan bersolek untuk membangga dan menampilkan diri. Banyakkan bersedekah. Sedekah akan membuka 70 pintu kebaikan. Sentiasa berpuasa pada hari-hari yang disunatkan berpuasa. Perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti qiamulail, solat Dhuha. Bagi pesakit yang melakukan perkara yang menyalahi hukum syariat, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Bagi yang merokok, hentikanlah amalan merokok. Bagi kaum lelaki yang memakai rantai leher, gelang tangan, emas dll, hentikanlah amalan tersebut.

19

KAEDAH & PROSEDUR RAWATAN SEBELUM RAWATAN Pastikan tempat rawatan yang sesuai bagi tujuan rawatan. Pastikan tiada perkara-perkara yang melanggar syariat seperti gambar-gambar bernyawa dan patung. Sekiranya ada, keluarkan dari tempat rawatan. Pastikan juga tiada gangguan persekitaran seperti televisyen dan radio yang mengalunkan nyanyian yang melalaikan di tempat rawatan. Pastikan pesakit dalam keadaan menutup aurat dan tidak memakai sesuatu yang melanggar syariat seperti lelaki yang memakai emas. Sebaiknya bagi pesakit perempuan, pakailah seluar panjang atau pakaian yang elok dan kemas agar auratnya terpelihara. Semak pesakit dan pastikan pesakit tidak memakai atau menyimpan sebarang tangkal azimat. Sekiranya ada, tawarkannya @ buang @ bakar. Terangkan serba ringkas tentang konsep perubatan Islam. Minta pesakit betulkan iqtikad, bahawa penyembuhan hanyalah daripada Allah s.w.t. Usaha rawatan yang dilakukan hanyalah sebagai ikhtiar. Minta pesakit, bulatkan keyakinan kepada Allah s.w.t bagi memohon kesembuhan daripada-Nya. Semak simptom-simptom gangguan semasa jaga dan tidur untuk membolehkan kita membuat analisa permasalahan dan bentuk gangguan yang dialami oleh pesakit sama ada masalah saka, sihir, santau @ gangguan jin secara umum. Sebaiknya perawat dalam keadaan berwuduk dan memakai wangiwangian sebelum sesi rawatan. Elakkan situasi yang boleh menimbulkan fitnah terhadap perawat dan pesakit khususnya dalam perhubungan dengan bukan mahram. Benteng tempat rawatan untuk elakkan daripada gangguan luaran. Sediakan kelengkapan yang sesuai seperti sejadah, air penawar.

20

SEMASA RAWATAN Sebelum memulakan bacaan ruqyah, perawat perlulah melakukan perkara berikut : Benteng diri perawat dengan amalan yang sesuai. Istighfar sekurang-kurangnya 3 kali. Memperbaharui lafaz 2 kalimah syahadah untuk pastikan aqidah kita sentiasa teguh dan kukuh. Ikhlaskan hati, laksanakan rawatan sebagai memenuhi tanggungjawab yang Allah perintahkan bagi membantu umat manusia yang memerlukan bantuan. Bacalah ruqyah dengan tartil dan khusyuk serta penuh keyakinan. Ruqyah yang perlu dibaca adalah mengikut ilham perawat. Walaubagaimanapun, jangan tinggalkan Surah AlFatihah, Ayatul Kursi dan Selawat Nabi. Adakalanya jin akan cuba psiko perawat dengan mewujudkan aura (gelombang) yang kuat, seolah-olah ia hebat. Perawat jangan gentar atau takut, sebaliknya tenang dan yakin bahawa Allah Maha Besar Ruqyah yang dibaca akan memberi kesan kepada jin yang berada dalam tubuh pesakit, sama ada ia akan terus keluar ataupun gementar. Di antara tanda-tanda kehadiran jin dalam tubuh pesakit adalah seperti berikut : Mata terpejam-pejam ataupun berkelip-kelip yang keterlaluan @ tangannya menutup kedua belah mata. Badan bergetar keterlaluan @ getaran kecil sebahagian anggota. Pesakit menggelupur. Pesakit sendawa.

21

Pesakit bersuara, merintih. Yang bersuara itu kemungkinan adalah jin dalam tubuh pesakit. Tubuh badan pesakit merasa panas. Sebahagian ataupun seluruh anggota badan berasa kebas. Pesakit bernafas dengan kuat. (nafas bergolak). Pesakit tiba-tiba sakit kepala @ perut @ anggota tubuh yang lain. Pesakit menangis @ mengeluarkan air mata. Perawat juga dapat mengesan kehadiran jin melalui beberapa simptom seperti berikut : Terasa sedikit getaran apabila tangan diletakkan di atas kepala pesakit. Terasa bahang panas pada bahagian anggota pesakit. Hujung jari tangan dan kaki pesakit sejuk. Sekiranya jin tersebut berdialog, tanyakanlah beberapa soalan seperti berikut : Apakah agamanya? Jika ia mengaku Islam, suruh ia mengucap kalimah syahadah. Syaitan tidak akan mengucap lafaz 2 kalimah syahadah. Dari mana asal ia datang. Kenapa ia ganggu pesakit tersebut. Adakah ia bertuan atau bekerjasama dengan tukang sihir. Kaedah Menangani Jin Islam. Tarbiah jin bahawa apa yang dilakukan olehnya menyalahi syariat Allah. Ingatkan ia tentang janji baik dan janji buruk oleh Allah (syurga dan neraka). Jika ia beragama Islam, namun pegangannya telah jauh menyimpang, minta ia kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan perbaharui ucapan lafaz 2 kalimah syahadah.
22

Terangkan kepadanya berkenaan sebab kemasukannya ke dalam tubuh pesakit. Jika disebabkan kezaliman manusia mengganggu merekan atau kediaman mereka, minta dimaafkan. Jika disebabkan cinta, katakanlah bahawa itu adalah aharam dan akan diberi balasan oleh Allah s.w.t. Jika ia sengaja ingin menzalimi manusia, terangkan balasan orang yang zalim. Sekiranya ia ingin setuju keluar, buatlah perjanjian dengannya atas Nama Allah Aku bersumpah atas nama Allah akan keluar dari jasad ini dan tidak akan kembali lagi dan tidak akan masuk ke dalam tubuh orang Islam. Sekiranya aku menyalahi sumpah ini, layaklah aku dilaknat oleh Allah dan akan binasa. Sekiranya aku benar-benar berpegang (pada sumpah), permudahkan aku keluar. Sekiranya kau berdusta, terserahlah kepada tindakan orang-orang mukmin selanjutnya. Tanyalah dari mana ia akan keluar. Laluan yang dibenarkan adalah mulut, hidung, telinga, jari tangan dan kaki. Selain dari itu (spt mata, kerongkong, perut) tidak dibenarkan. Sebelum keluar ucapkanlah salam. Setelah ia keluar, bacakan kemabali ruqyah untuk memastikan ia telah keluar sepenuhnya. Adakalanya jin berdusta @ mungkin ia terikat/tersimpul @ ia tidak nampak jalan keluar. Kaedah Menangani Jin Kafir.

23

Terangkan tentang keindahan Islam kepadanya dan ajaklah ia kepada Islam tanpa memaksanya. Jika ia setuju untuk berpegang kepada Islam, suruhlah ia bertaubat dengan cara berhenti dari melakukan kezaliman dan keluar dari jasad pesakit. Ajarkan ia lafaz 2 kalimah syahadah. Dengar pengakuannya dengan teliti dan jelas. Jika ia menugucap 2 kalimah syahadah, ucapkan Alhamdulillah, tanda kesyukuran atas hidayah yang Allah berikan kepadanya. Sekiranya jin tersebut terus dalam kekufuran, tiada paksaan dalam agama, maka perintahkanlah ia keluar dari jasad pesakit. Jika ia enggan keluar, siksalah ia dengan dua cara iaitu menggunakan ayat @ ditekan pada tempat duduknya jin tersebut. Walaubagaimanapun, elakkan daripada mendera pesakit secara fizikal. Sekiranya jin tersebut setuju keluar, buatlah perjanjian sumpah dengannya dan hentikan bacaan @ azab kepadanya. Peringatan : Peringkat rawatan bermula secara diplomasi. Jangan terus berkeras seperti membakar @ sembelih jin. Jika jin masih berdegil barulah diazabnya dengan ayat-ayat yang menyakitkannya atau teknik-teknik yang sesuai. Sekiranya jin tidak mampu keluar, disebabkan ia masih kecil atau tiada pengalaman seperti katanya bantulah aku keluar maka bantulah ia keluar dengan mendorongnya ke laluan keluar paling hampir dengan kedudukannya. Bacalah sebarang zikir, ruqyah, selawat dan niat, mohon Allah s.w.t permudahkan ia untuk keluar.
24

Sekiranya jin tesebut terikat, leraikan simpulannya dengan bacaan selawat tafrijiyyah @ ayat seribu dinar @ Al-Fathi : 1 3 Sekiranya laluan keluarnya tertutup, maka bukalah laluan keluarnya dengan bacaan selawat tafrijiyyah @ ayat seribu dinar @ Al-Fathi : 1 3 @ Al-Fath : 29
SELEPAS RAWATAN Pesakit masih terdedah kepada serangan jin sama ada daripada sumber yang sama ataupun daripada persekitaran. Bagi pesakit yang mengalami masalah sihir, ada kemungkinan sihir tersebut akan dihantar semula kerana mereka yang bersekongkol dengan syaitan dalam konteks sihir ini, jauh dari hidayah Allah dan hati serta fikiran mereka telah dikuasai oleh syaitan. Bagi mereka yang mengalami masalah saka, ada kemungkinan berlaku serangan oleh saka dari kaum kerabat yang lain. Sebab itulah, seringkali berlaku, individu yang mengalami gangguan jin ini berhadapan dengan serangan jin disebabkan oleh laluan masuk ke dalam tubuh yang sedia ada. Justeru, selepas sesi rawatan, pesakit perlu melakukan perkaraperkara berikut : Melaksanakan segala amalan yang dianjurkan oleh perawat secara istiqamah. Jangan ambil lewa, kerana setiap amalan yang diberikan oleh perawat adalah berdasarkan ilham yang diperolehi. Menjaga solat berjemaah (khususnya kaum lelaki) di masjid @ surau. Elakkan daripada perkara yang melalaikan seperti menonton rancangan tv yang tidak berfaedah, mendengar muzik yang melalaikan. Sekiranya pernah terlibat dengan kaedah perubatan yang bercanggah, buatlah solat sunat taubat dan bertaubatlah. Mengamalkan mathurat (zikir-zikir harian Rasulullah s.a.w) pada setiap pagi dan petang.
25

Anda mungkin juga menyukai