Anda di halaman 1dari 24

TUNJANG 4 : LAKUAN MOTOR DAN BIOMEKANIK

UNIT 4: ASAS BIOMEKANIK

DEFINISI BIOMEKANIK
Watkins (1999), menyatakan biomekanik adalah kajian daya yang bertindak ke atas objek dan kesannya kepada pergerakan, bentuk, saiz dan struktur objek tersebut. Mc Ginnis (1999), biomekanik merupakan kajian daya dan kesannya pada sistem kehidupan. Hay (1985), biomekanik adalah sains yang mengkaji tindakan daya dalaman dan luaran pada tubuh badan manusia dan kesan-kesan yang dihasilkan melalui tindakan tersebut.

DEFINISI BIOMEKANIK
Biomekanik merupakan bidang yang mengkaji pertalian di antara struktur dan fungsi manusia serta interaksinya dalam konteks penghasilan pergerakan.

CIRI-CIRI SISTEM MEKANIKAL JASAD


Penyambung di antara tulang di dalam badan adalah sendi Sendi bertindak sebagai tuas yang memindah tenaga otot terhadap objek yang menghasilkan pergerakan Sistem tuas rangka penting kerana mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad manusia.

SISTEM TUAS RANGKA


Hay (1985), mendefinisikan tuas sebagai rod yang tergantung pada satu titik dan daya diaplikasikan pada dua titik yang lain. Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban.

SISTEM TUAS RANGKA


Tuas anatomi terdiri daripada 4 komponen iaitu: Sendi sebagai fulkrum Tulang sebagai rod/palang Penguncupan otot sebagai penghasilan daya Rintangan atau kerja sebagai beban Terdapat 3 kelas tuas iaitu: Tuas Kelas Pertama Tuas Kelas Kedua Tuas Kelas Ketiga

SISTEM TUAS RANGKA


Klasifikasi tuas ditentukan oleh tiga kedudukan iaitu: Kedudukan fulkrum Kedudukan beban atau rintangan Kedudukan Daya

TUAS KELAS PERTAMA


Fulkrum berada di antara daya dengan beban Kegunaan Tuas Kelas Pertama: Keseimbangan Meningkatkan kelajuan dan julat pergerakan tetapi bukan untuk meningkatkan daya. Menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan. Contoh pergerakan seperti melontar peluru. Siku sebagai fulkrum, penguncupan trisep sebagai daya dan peluru sebagai beban.

TUAS KELAS PERTAMA

TUAS KELAS KEDUA


Beban berada di antara daya dengan fulkrum. Kegunaan Tuas Kelas Kedua: Menghasilkan daya gerakan Berupaya meningkatkan daya sahaja dan mampu menggerakkan beban yang besar melalui daya yang minimum tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil. Contoh pergerakan seperti ketika membuat lonjakan kehadapan, hujung kaki sebagai fulkrum, penguncupan otot kaki sebagai daya dan tubuh sebagai beban.

TUAS KELAS KEDUA

TUAS KELAS KETIGA


Daya berada di antara beban dengan fulkrum Kegunaan Tuas Kelas Ketiga: Berupaya menambah kelajuan Menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas Contoh pergerakan seperti kemahiran menguis bola dalam sukan hoki. Pergelangan tangan kiri (diandaikan tidak kidal) sebagai fulkrum, penguncupan otot tangan kanan ke atas kayu hoki sebagai daya dan bola sebagai beban.

TUAS KELAS KETIGA

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS


Terdapat 3 satah anatomi yang digunakan untuk menerangkan dan menganalisis pergerakan iaitu: Satah sagital Contah pergerakan : fleksi, hiperfleksi, ekstensi dan hiperekstensi Satah frontal Contoh pergerakan : abduksi, adduksi dan fleksi lateral Satah horizontal atau transverse Contoh pergerakan : rotasi, pronasi, supinasi dan sirkumduksi

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS

DESKRIPSI PERGERAKAN ASAS


Gabungan beberapa pergerakan asas akan menghasilkan daya maksimum. Strategi pergerakan untuk menghasilkan daya maksimum ialah menggunakan seberapa banyak sendi yang relevan terhadap pergerakan itu. Terdapat 2 jenis pergerakan yang menghasilkan daya maksimum iaitu: Pergerakan linear Pergerakan putaran

PERGERAKAN LINEAR
Pergerakan yang melibatkan semua bahagian objek atau tubuh manusia yang bergerak secara menegak atau mendatar pada arah, jarak dan masa yang sama. Pergerakan linear juga dikenali pergerakan translasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu: Pergerakan rektilinear Pergerakan kurvelinear

PERGERAKAN REKTILINEAR
Berlaku apabila arah pergerakan subjek sentiasa selari dengan kedudukan yang asal pada satu garisan lurus. pergerakan melibatkan sesaran menegak atau mendatar. Sebagai contoh, dalam pergerakan meluncur ais.

PERGERAKAN KURVILINEAR
Jenis pergeraln linear yang arah pergerakan subjek mengikut landasan yang melengkung dengan kedudukan semua bahagian anggota ke arah yang sama. Pergerakan melibatkan sesaran melengkung. Sebagai contoh, pada fasa terjunan.

PERGERAKAN PUTARAN
Berlaku apabila bahagian badan bergerak mengikut lengkung bulatan mengelilingi satu paksi putaran. Terbahagi kepada dua jenis pergerakan iaitu: putaran paksi dalaman seperti anggota kaki dinaikkan secara menegak dengan bahagian badan bersentuhan dengan tapak sokongan putaran paksi luaran berlaku apabila tapak sokongan berada diluar anggota badan di bahagaian tengah palang.

PERGERAKAN PUTARAN