Anda di halaman 1dari 39

Pengamatan Visual Psikomotor Pengamatan Auditori

Sosial dan emosi

Masalah dalam Matematik

Ingatan

Metakognitif Kognitif

Bahasa

PENGAMATAN VISUAL
Mohd. Salleh Lebar (1995), Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada ketidakupayaan menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan.

Sambungan... Hubungan ruang

Visual Agnosia

Kesukaran Pengamatan Visual

Diskriminasi visual

Visual Closure

Diskriminasi Visual
Arahan: Bulatkan nombot yang sama.

1 7 1 1

Visual Closure
Arahan: Gambar yang manakah mempunyai bentuk yang sama seperti gambar di sebelah kiri.

Visual Agnosia
Ketidakupayaan otak untuk mengenal pasti atau memahami rangsangan visual. Mempunyai penglihatan yang normal tetapi mengalami kesukaran untuk mentafsir apa yang mereka lihat. Mereka yang mengalami visual agnosia boleh mengingati objek, tetapi otak mereka tidak berupaya menghubungkan memori dengan apa yang dilihat.

Walau bagaimanapun, apabila mereka memegang objek tersebut, mereka boleh mengenal pasti objek tersebut.

PENGAMATAN AUDITORI
Menurut Ball & Blachman (1991), mereka berpendapat pengamatan auditori sebagai keupayaan mengesan atau mengenal pasti apa yang didengar. Masalah ini menyebabkan kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk menganalisis maklumat yang diperolehi daripada telinga. Masalah pemprosesan auditori mengganggu pertuturan dan bahasa serta bidang pembelajaran seperti bacaan dan ejaan.

Kesediaan Fonologikal

Auditori Blending KESUKARAN DALAM PEMGAMATAN AUDITORI

Diskriminasi Auditori

Auditori Sequencing

Auditori Memori

KESUKARAN YANG DIALAMI DALAM PENGAMATAN AUDITORI


1. Kesediaan Fonologikal Tidak dapat menguasai kemahiran dalam pengeluaran bunyi bahasa pertuturan. Contohnya, tidak dapat membezakan maksud perkataan sebatang pensel dan batang kayu.

Sambungan..

2. Diskriminasi Auditori Masalah untuk membezakan bunyi-bunyi. Ketidakbolehan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak, irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakbolehan mengenal arah bunyi (jauh, dekat). Ketidakbolehan mengulang corak bunyi dan turutannya.

Sambungan

3. Auditori Memori Mempunyai masalah mengingat apa yang didengar. Mengurangkan abjad/kata dalam kalimat yang baru didengar. Mengingat urutan peristiwa yang didengar.

4. Auditori Sequencing Masalah di mana murid tidak berupaya untuk menyusun semula maklumat yang didengar ke dalam ingatan dan mengeluarkan semula dalam susunan yang betul sewaktu membaca. Sebagai contoh, murid tidak dapat membina semula maklumat seperti peristiwa, arahan atau senarai.

5. Auditori Blending Masalah untuk memahami bunyi secara keseluruhan. Murid akan menghadapi ketidakupayaan untuk menggabungkan bunyi dalam bentuk perkataan. Murid boleh memahami fonem tetapi tidak boleh menggabungkan fonem secara bersama-sama. Contohnya, murid boleh membunyikan nombor 1,2,3, tetapi tidak boleh menyebut nombor tersebut sebagai seratus dua puluh tiga.

MASALAH INGATAN (MEMORY)


Ingatan memainkan peranan penting bagi murid yang mengalami masalah Matematik. Dapat diperhatikan apabila murid mempamerkan kesukaran untuk mengingat asas operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Dapat diperhatikan juga apabila murid berusaha melaksanakan penyelesaian masalah Matematik. Murid-murid ini mengalami masalah dari aspek penyimpanan maklumat.

Selain itu, terdapat murid yang boleh membuat latihan Matematik pada hari ini tapi esok dia lupa. Murid ini memerlukan kemahiran mengurus maklumat, memberi tumpuan dan kaedah mengingat. McGrath (2010), memperkenalkan dua prinsip bagi membantu murid mengingat maklumat:

Imaginasi

Assosiasi

MASALAH BAHASA
Menurut American Speech-Language-Hearing Association, masalah bahasa adalah impaired comprehension and/or use of spoken, written, and/or symbol systems. (ASHA, 1993). Murid mengalami kecelaruan dalam bentuk, kandungan atau kefungsian bahasa. Sebagai contoh, masalah bahasa dapat dilihat apabila murid bermasalah dalam menggunakan simbol Matematik, menzahirkan konsep Matematik kepada orang lain dan mendengar penjelasan tentang Matematik.

Sambungan....

Masalah bahasa juga dapat dilihat semasa murid membaca atau menulis ayat penyelesaian Matematik.

Masalah Kognitif

Murid yang bermasalah dalam kognitif kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

Masalah Metakognitif

(Goldman,1989)
Metakognitif merujuk kepada pengetahuan pelajar tentang kemahiran, strategi-strategi dan sumbersumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan dan kebolehan untuk digunakan semasa menjalankan tugas. Metakognitif adalah berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau pembelajaran mereka.

Mengikut perspektif metakognitif, antara ciri-ciri murid yang mempunyai masalah metakognitif adalah:
a)kebolehan menyelesaikan masalah b)mengenalpasti dan memilih strategi yang sesuai c)menyusun maklumat yang telah dipelajari d)menjalankan proses penyelesaian masalah e)menghuraikan masalah untuk ketepatan f)membuat kesimpulan strategi untuk situasi yang sesuai

Contoh masalah:
Dalam kajian yang dijalankan ke atas 213 pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, majoriti kesalahan yang dilakukan adalah disebabkan kesilapan pada kemahiran terdahulu yang gagal dikuasai. (prerequisite skills). (Baker & Broen,1984) Berdasarkan kajian, kesalahan kecuaian pengiraan dan kelemahan dalam mengingat kembali fakta penambahan dan pendaraban dalam semua tahap kebolehan. (Miller & Milan, 1987) Kesilapan yang biasa dilakukan termasuklah kesilapan dalam menolak, menambah dan mendarab.

Masalah Sosial dan Emosi

Masalah sosial dan emosi berbeza antara murid. Antaranya:


Sering berasa takut cemas dan benci
Konsep kendiri yang lemah Suka bergaduh Kerap berbohong

Meniru rakan

Suka termenung / berkhayal / murung Malas Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti pembelajaran

Tidak mempunyai semangat untuk membuat latihan matematik

Implikasi terhadap pembelajaran


a) Sangat mudah melakukan kesilapan b) Murid akan ketinggalan dalam kelas dalam mata pelajaran Matematik c) Murid sukar menumpukan perhatian, mengikuti dan menerima latihan yang diberi

Masalah Motor

Masalah motor dalam kalangan murid berkeperluan khas adalah melibatkan cara murid tersebut menggunakan anggota badannya bagi menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam pembelajaran, motor didefinisikan sebagai keupayaan seseorang pelajar itu mengguna dan mengkoordinasikan otot-otot badannya untuk melakukan sesuatu pergerakan atau keupayaan seseorang pelajar itu menggunakan otot-otot badannya untuk memanipulasikan objek ( Smith,1994)

Proses Mengingat

Pengawalan Tulisan

Masalah Motor

Pembentukan nombor dan simbol

Pengamatan Visual dan Pemindahan

Proses Mengingat
Keupayaan memori pelajar untuk menyimpan maklumat yang mereka terima amat penting supaya mereka dapat menggunakan maklumat itu semula apabila mereka berada di dalam situasi yang maklumat tersebut diperlukan. Memori didefinisikan sebagai keupayaan mengingati memori jangka panjang dan dapat mengaplikasikannya dalam keadaan yang berbeza (Bob & Vaughn,1994). Murid gagal untuk mengaitkan simbol berasaskan ingatan visual dan motor.

Antara masalah yang boleh dilihat dengan jelas oleh guru terhadap murid yang menghadapi masalah ingatan ini adalah seperti berikut: a) Sukar mengingati semula apa yang dilihat. b) Mempunyai masalah untuk mengingati ingatan jangka pendek. Apabila sesuatu maklumat itu diperlukan mereka mempunyai masalah untuk mengingat semula. Misalnya murid tidak dapat mengingat konsep atau rumus yang baru diajar untuk digunakan bagi menyelesaiakan masalah metematik yang diberi.

Pembentukan nombor dan simbol


Murid yang menghadapi masalah dalam ingatan seterusnya akan menghadapi masalah motor untuk membentuk nombor dan simbol. Murid akan terkeliru dan sukar mengecam dengan jelas bentuk nombor dan simbol yang berbeza seperti simbol tambah, tolak dsb. Masalah kawalan motor dan ingatan juga menyebabkan murid sering terkeliru dengan bentuk dan menulis nombor dengan terbalik.

Pengamatan Visual dan Pemindahan


Masalah dalam pengamatan visual berlaku apabila murid mempunyai ketidakupayaan dalam mendikriminasikan bentuk nombor, saiz, ruang, warna dan sebagainya. Masalah dalam motor juga lebih jelas dapat diperhatikan apabila murid gagal untuk mengait dan memindahkan segala maklumat yang diperoleh melalui pengamatan visualnya ke dalam bentuk tulisan, nombor dan sebagainya.

Misalnya ketika murid tersebut menulis huruf atau nombor, biasanya murid tersebut akan menulis dengan lambat. Perkara ini berlaku kerana murid tersebut memerlukan masa yang lama untuk menulis dari satu huruf ke satu huruf yang lain. Murid itu pula tidak dapat menulis huruf atau nombor yang dikehendaki dengan betul dan tepat. Keadaan ini menyebabkan tulisan murid tersebut sukar dibaca. Antara masalah lain adalah seperti murid tidak dapat melihat perbezaan dan persamaan saiz, bentuk, warna dan kedudukan.

Pengawalan tulisan
Kebiasanya pelajar yang mengalami masalah motor ini suka menulis nombor dalam saiz yang besar. Mereka tidak dapat menulis nombor yang diarahkan dengan tepat ke dalam kotak yang disediakan.

Selain daripada beberapa masalah di atas, masalah motor lain yang sering dihadapi adalah seperti berikut :
a) Kesukaran murid tersebut ketika menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran menggunting dan juga menampal. b) Murid juga didapati tidak mampu untuk menyalin ayat-ayat yang panjang dan tidak dapat menyalin ayat yang diberi dengan kemas ( Wood,1998 ) c) Pelajar juga didapati mudah berasa letih apabila selesai menyalin atau menulis sesuatu perkataan atau nombor yang diberi.

BIBLIOGRAFI
Agnosia. Dilayari di URL http://www.macalester.edu/psychology/whathap/UB NRP/visionwebsite04/agnosia_home.html pada 26 Jun 2012. Pengertian Assosiasi. Dilayari di URL http://tutorialkuliah.blogspot.com/2009/10/pengertian -simplikasi-klasifikasi.html pada 26 Jun 2012.