Anda di halaman 1dari 20

SSKC 5303 ETIKA KAUNSELING DAN AKTA KAUNSELOR

KOD ETIKA KAUNSELOR : TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR


PENSYARAH : PROF. MADYA HJ. AZMI BIN SHAARI DISEDIAKAN OLEH : MOHAMMAD YADZNI B. MAJID FARAHIYAH BINTI JAAFAR MASHAYANI BINTI ARIF ROZALITA BINTI SAUPI NOOR BAIZURAA BINTI SAHAK TARIKH PEMBENTANGAN : 16 MAC 2013

Bahagian A1 : Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Profesion :


1. Pengetahuan Tentang Etika Memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor). Menggunakan Kod Etika sebagai panduan memberi perkhidmatan kaunseling.

Memelihara tatalaku sebagai kaunselor

SAMBUNGAN

2. Meningkatkan Kecekapan. Berusaha menilai, meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Mengemaskini kecekapan dengan latihan yang berterusan.

3. Memupuk Nilai-nilai Moral :


Empati Kebolehan menyampaikan kefahaman tentang pengalaman seseorang dari perspektif orang tersebut.

Integriti Berusaha ke arah bersikap bermoral dalam hubungan dengan orang lain dengan menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan.
Daya tahan Terus berusaha membantu klien tanpa rasa putus asa.

SAMBUNGAN

Kesedaran kendiri Keupayaan menilai secara tepat dan mengakui kekuatan dan kelemahan diri. Kebijaksanaan Mampu membuat keputusan dengan berhemah

Keberanian berupaya bertindak walaupun berada dalam keadaan berisiko dan ketidakpastian.
Spiritualiti Berusaha meningkatkan nilai dan amalan kerohanian sebagai salah satu aspek kehidupan.

SAMBUNGAN

4. Penyeliaan Kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai oleh penyelia profesional secara berterusan. Perlu mendapatkan pendidikan, latihan dan penyeliaan yang diiktiraf sebelum amalkan kepakaran.

SAMBUNGAN

5. Kecekapan Profesionalisme Memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang kepakaran. Tidak menyampaikan kaunseling, konsultasi dan sampaikan maklumat di luar bidangnya,

SAMBUNGAN

6. Kesedaran Ketidakupayaan. Sedar sekiranya terhadap sebarang ketidakupayaan fizikal, mental dan emosi. Perlu menghindarkan diri sekiranya terdapat ketidakupayaan pada diri. Jika ada ketidakupayaan, perlu merancang dan buat persediaan untuk memindahkan rekod dan kes kepada rakan profesional.

SAMBUNGAN

7. Konflik Kepentingan

Perlu mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik kepentingan dirinya dengan klien.
Sekiranya berlaku kaunselor membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan untuk mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.

Bahagian A2 : Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien :


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menjaga kepentingan klien Menghormati dunia persendirian klien Kerahsiaan Pengetahuan pelbagai budaya Kesejahteraan klien Gangguan seksual Menghormati keputusan klien Keadilan Membekalkan maklumat

SAMBUNGAN

10.Kebenaran bermaklum 11.Budibicara kaunselor 12.Larangan dalam hubungan dwi 13.Kebebasan klien menamatkan sesi 14.Rujukan 15.Kemudahan kaunseling

16.Rekod kaunseling
17.Pendaftaran dan sijil amalan.

Bahagian A3 : Tanggungjawab Terhadap Rakan Profesional


1. Kecekapan Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesional masing-masing secara berterusan. 2. Sikap hormat, adil dan terbuka

Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap hormat dan adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

SAMBUNGAN

3. Mencegah, memperbetul atau melapor perlakuan. Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetul dan melaporkan perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

4. Menyokong rakan kaunselor. kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahankan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Bahagian A4 : Tanggungjawab Terhadap


Organisasi / Majikan
1. Persetujuan / perjanjian.
Kaunselor hendaklah mematuhi perjanjian yang dipersetujui dengan organisasi tempat beliau berkhidmat 2. Mematuhi dasar dan prosedur.

Kaunselor hemdaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras dengan dasar dan prosedur organisasi.

SAMBUNGAN

3. Mencegah diskriminasi. Kaunselor hendaklah bertindak mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan pekerjaan. 4. Mengelak salahguna kemudahan. Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Kelulusan kepakaran.
Kaunselor hendaklah menyatakan bidang kepakaran dan tahap profesionalnya.

SAMBUNGAN

6. Menjalin hubungan profesional


Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia dan staf yang lain bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah memberi kefahaman kepada semua pihak dalam organisasi tentang perbezaan diantara maklumat umum dengan maklumat khusus serta aspek kebertanggungjawaban. 7. Penilaian kendiri. Kaunselor hendaklah sentiasa menilai keupayaan kendiri serta membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.

SAMBUNGAN

8. Peningkatan kerjaya. Kaunselor hendaklah bersama-sama organisasi bertanggungjawab atas peningkatan kerjaya untuk diri dan staf. 9. Advokasi. Kaunselor dikehendaki membela, menyokong dan memperjuangkan perkhidmatan kaunseling pada semua peringkat dalam organisasi tempat beliau berkhidmat dalam masyarakat

SAMBUNGAN

10.Konsultansi Kaunselor hendaklah bertanggungjawab menyediakan sumber dan kecekapan serta rujukan yang sesuai dalam meberi perkhidmatan perundingan apabila diperlukan.

Bahagian A5 : Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat


1. Menghormati perbezaan budaya. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat 2. Mematuhi undang-undang. Kaunselor hendaklah mematuhi undangundang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)

Rujukan :

Kod Etika Kaunselor, PEKAMA, semakan 2008.

Anda mungkin juga menyukai