Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

PEMANASAN GLOBAL

Keadaan panas yang berterusan yang menyebabkan suhu di permukaan bumi meningkat.

FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL

1) Perindustrian
Pembakaran bahan api fosil untuk menggerakkan jentera-jentera perindustrian. Akibatnya, jentera-jentera ini mengeluarkan gasgas rumah hijau. Contohnya karbon dioksida, karbon monoksida dan kloroflorokarbon (CFC). Semakin banyak gas ini, suhu akan meningkat kerana gas-gas ini akan memerangkap haba.

2) Bilangan Kenderaan Meningkat


Merupakan pengankutan utama untuk manusia untuk bergerak. Penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan bakar fosil untuk menggerakkan kenderaan. Hasilnya, gas karbon dioksida dan karbon monoksida dilepaskan.

3) Pembakaran Hutan
Kegiatan ini dilakukan untuk membersihkan hutan untuk pertanian , pertempatan untuk manusia dan lain-lain. Akan menyebabkan imbangan oksigen dan karbon dioksida tidak seimbang. Kesannya lebih banyak karbon dioksida pemanasan global akan berlaku lebih cepat

4) Pertanian dan Penternakan


Aktiviti pertanian yang menggunakan racun dan bahan kimia yang berlebihan. Akan mengeluarkan gas-gas rumah hijau. Terutamanya ialah Metana. Hasil pembuangan najis-najis haiwan ternakan banyak mengeluarkan gas-gas rumah hijau. Kesannya gas-gas Metana akan dibebaskan ke angkasa dan suhu bumi akan meningkat.

KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL

1) Penyakit berbahaya
Kebocoran lapisan ozon menyebabkan pancaran ultra ungu terus sampai ke bumi. Gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi. Pembahagian sel-sel manusia tidak teratur. Contoh: penyakit barah kulit, penyakit katarak Radiasi ultra ungu juga merosakkan sistem imunisasi manusia. Akibatnya, tidak mampu menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.

2) Glasier mencair
Pancaran matahari ke permukaan laut menghasilkan pantulan ke arah glasier (ketulan ais) Suhu yang tinggi menyebabkan glasier di kawasan Artik dan Antartika mencair.

3) Paras air laut meningkat


Apabila suhu meningkat, pengembangan isi padu air laut berlaku. Hal ini mengakibatkan paras air laut meningkat. Saintis meramalkan paras air laut akan naik sebanyak 5 7 meter menjelang tahun 2020 dan keadaan ini akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah. Persisiran pantai Malaysia dijangka tenggelam jika paras air laut meningkat pada kadar 0.9cm setiap tahun akibat fenomena pemanasan global.

4) Aktiviti pertanian terjejas


Kawasan pertanian menjadi kering kontang. Kandungan air dalam tumbuhan kurang dan menjejaskan proses fotosintesis. Tumbesaran tanaman mengambil masa yang panjang untuk matang. Kualiti dan hasil tanaman terjejas.

KESIMPULAN
Pemanasan global mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar. Oleh itu, kita perlu berganding bahu dalam usaha mengatasi masalah ini.