Anda di halaman 1dari 42

KUMPULAN 1 : hApPeNiNg BuT sUkSeS!!

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA : NUR ATIQAH, NUR HAYANINAI DAN NURLIEYANA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Sumber utama undang-undang bertulis di Malaysia. Undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan adalah tidak sah dan dibatalkan oleh parlimen. Terdiri daripada 183 perkara dan dibahagi kepada 15 bahagian seperti ditunjukan di jadual di bawah.

JADUAL PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Bahagian Bab Perkara Kandungan 1 2 3 1 2 1 2 3 1 2 3 4 5 6 1-4 5-13 14-22 23-28A 29-31 32-37 38 39-43C 44-65 66-68 69 Agama, Undang-undang Persekutuan dan Negeri Kebebasan Asasi Perolehan Kewarganegaraan Penamatan Kewarganegaraan Tambahan tentang Kewarganegaraan Ketua Negara Majlis Raja-Raja Pemerintah Badan Perundangan Persekutuan Acara Perundangan Keupayaan terhadap harta dan lain-lain

Bahagian Bab Perkara 5 1 70-72

Kandungan Negeri -negeri

1
2 3 4 5 6 7 1 2 1 1 1 1

73-79
80-81 82 83-91 92 93-95 95A-95E 96-112 112A-112E 113-120 121-131A 132-148 149-151

Hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Pembahagian Kuasa Pemerintah Pembahagian Beban Kewangan Tanah Pembangunan Negara Siasatan Persekutuan terhadap negeri Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Peruntukan-peruntukan Kewangan Sabah dan Sarawak Pilihan Raya Kehakiman Perkhidmatan awam Menentang perbuatan subversif dan kuasa darurat

7 8 9 10 11

Bahagian Bab 12 12A 13 14 1 1 1 1 1 1 1

Perkara 152-153 154-160

Kandungan Bahasa Kebangsaan Am dan Pelbagai

161-161A Sabah dan Sarawak 162-180 181 182 183 Peruntukan sementara dan peralihan Raja tidak boleh didakwa dimana-mana mahkamah, kecuali di mahkamah khas Mahkamah Khas Tiada tindakan boleh diambil ke atas raja-raja kecuali dengan izin Peguam Negara

15

Perlembagaan Negeri
Wajib mengandungi Peruntukan Persekutuan yang disenaraikan di dalam jadual kelapan Jadual Kelapan ini dibahagi kepada 2 bahagian: (a) Bahagian 1: Hal- hal berhubung dengan raja, istana, dan adat istiadat kerabat diraja. (b) Bahagian 2: Hal- hal berhubung dengan penyusunan Kerajaan Negeri dan pentadbiran. Bahagian 1 hanya diperuntukan untuk negerinegeri beraja sahaja.

Perlembagaan Negeri
Contoh-contoh perkara yang terkandung dalam perlembagaan negeri ialah: (a) Bidang kuasa dan kedudukan raja/sultan atau Yang Dipertua Negeri (b) Kuasa Esekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan (c) Kuasa dan fungsi Dewan Undangan Negeri (d) Agama Islam sebagai agama rasmi negeri (kecuali Sabah) (e) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dibatalkan oleh Parlimen.

Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan


Peruntukan Utama Perlembagaan Persekutuan

Hak istimewa Sistem Hak Asasi/ orang Melayu Kewarganegaraan Pemerintahan Kebebasan asasi Serta Bumiputera Malaysia Sabah dan Sarawak

Raja Demokrasi Berpelembagaan Berparlimen

Negara Persekutuan

Bahasa kebangsaan

Kewarganegaraan
Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan peruntukan-peruntukan pemerolehan kewarganegaraan. Perkara 23 hingga Perkara 28, Perlembagaan Persekutuan pula berkaitan dengan kehilangan kewarganegaraan.

Kewarganegaraan
Empat cara individu boleh memperoleh kewarganegaraan adalah seperti berikut: (a) Kuat kuasa undang-undang (b) Pendaftaran dan permohonan (c) Masukan atau naturalisasi (d) Pencantuman wilayah Pemerolehan dan pelucutan kewarganegaraan ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan.

(A) Kuat Kuasa UndangUndang


Golongan masyarakat yang memperoleh kewarganegaraan secara kuat kuasa undangundang ialah: (a) mereka yang lahir sebelum Hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewarganegaraan secara automatik selepas Hari Malaysia (rujuk jadual 1.1) (b) Individu yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia menjadi warganegara atas peruntukan kelayakan yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua (rujuk jadual 1.2)

Situasi (1) Warganegara sebelum Hari Merdeka (2) Lahir di Persekutuan selepas bulan Sepetember 1962 (3) Lahir di luar Persekutuan selepas Hari Merdeka

Syarat Kelayakan -memperoleh kewarganegaran secara pendaftaran - Ibu atau bapa warganegara/ permaustatin tetap serta tidak menjadi warganegara mana-mana negara lain

--Bapa warganegara yang berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan --Kelahiranya didaftar dengan Pejabat Konsul Persekutuan/didaftar dengan Kerajaan Persekutuan jika lahir di Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei

Situasi

Syarat Kelayakan

Lahir di Malaysia - Ibu atau ayahnya seorang warganegara atau permaustautin tetap

Lahir di luar Malaysia

--Bapanya seorang warganegara atau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan /Negeri --Dalam tempoh setahun selepas kelahiranya, perlu didaftar di Pejabat Konsul Persekutuan atau dengan Kerajaan Persekutuan jika dilahirkan di Brunei

(B) Pendaftaran
(1) Isteri warganegara -masih berkahwin dengan seseorang yang menjadi warganegara bermula bulan Oktober 1962. -Bermaustatin di Persekutuan selama dua tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermaustatin di Persekutuan. -Berkelakuan Baik -Perkahwinan didaftar di bawah undangundang yang berkuat kuasa di Parlimen

(2) Seseorang yang berumur kurang daripada 21 Tahun

- Didaftar oleh Ibu Bapa atau Penjaga jika salah satu pihak tersebut (atau pada masa kematianya) merupakan warganegara

(3)Seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka

-Membuktikan pemaustatin di Persekutuan selama 5 daripada 7 tahun sebelum pemohonan -Berniat menjadi pemaustatin tetap Persekutuan -Berpengetahuan asas dalam Bahasa Melayu -Berkelakuan baik

(4) Seseorang yang berumur 18 tahun bermaustatin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia

-Bermaustatin di Persekutuan sebelum dan selepas Hari Malaysia -Berpengalaman dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris -Bermaustatin di Persekutuan sekurangkurangnya 7 daripada 10 tahunsebelum tarikh pemohonan.

(C) Masukan atau Naturalisasi

Warganegara asing yang berumur 21 tahun ke atas yang ingin menjadi warganegara Malaysia boleh memohon melalui cara naturalisasi atau secara masukan. Syarat-syarat yang harus dipatuhi: (a)Seseorang telah bermaustatin selama 10 daripada 12 tahun di Persekutuan sebelum tarikh pemohonan. (b)Berniat menjadi permaustatin tetap Persekutuan (c)Berkelakuan baik (d)Pengetahuan yang mencukupi dalam Bahasa Melayu.

(D)Pencantuman Wilayah
Cara yang paling mudah untuk menjadi warganegara Persekutuan melalui gabungan wilayah dengan tempat dia bermaustatin Contohnya: (a) Penduduk Singapura (b) Penduduk United Kingdom dan tanah jajahan serta permaustatin tetap Sabah dan Sarawak (c)Penduduk Sabah dan Sarawak Perkara 2 membolehkan Parlimen menentukan kumpulan tertentu dan tarikh permulaan hak kewarganegaraan bagi rakyat yang bermaustatin di wilayah-wilayah yang bakal bercantum dengan Persekutuan Malaysia.

Penamatan

Kewarganegaraan
Kewarganegaraan seseorang boleh ditamatkan melalui 2 cara: (a) secara sukarela (seseorang menolak kewarganegaraannya) (b) kerajaan melucutkan kewarganegaraan seseorang

(A) Penolakan kewarganegaraan

Syarat-syaratnya ialah: (a)Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas menjadi warganegara negara lain. (b)Menolak kewarganegaraan dengan perakuan yang didaftar oleh Kerajaan Persekutuan. (c)Seseoang yang waras fikirannya semasa membuat pemohonan menolak kewarganegaraan. Semasa peperangan, perakuan peolakan kewarganegaraan tidak boleh didaftarkan, kecuali dengan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.

(B) Pelucutan Kewaganegaraan


Mengikut Perkara 24, seseorang boleh dilucutkan kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang sekiranya ia menggunakan hak yang hanya boleh dinikmati oleh rakyat negara asing atau memperoleh kewarganegaraan negara lain. Mengikut Perkara 25, kewarganegaraan seseorang warganegara secara pendaftaran dan naturalisasi boleh dilucutkan dalam keadaan berikut: (a)Warganegara membuktikan ia tidak setia melalui percakapan atau tindakannya, atau membuat kenyataan palsu semasa memohon.

(B) Pelucutan Kewaganegaraan


(b)Warganegara yang telah menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dengan berniaga atau berhubung atau menjalankan urusan dengan musuh negara. (c) Bagi warganegara yang memperoleh kewarganegaraan secara pendaftaran, ia telah dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan bagi kesalahanya.

(B) Pelucutan Kewaganegaraan


(d) Warganegara yang bermaustatin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftarkan diri di Pejabat Konsul Persekutuan. Notis bertulis berserta alasan yang harus diberi kepada orang yang dikenakan perintah pelucutan. Walaubagaimanapun, individu berkenaan boleh merujuk kesnya pada satu jawatankuasa siasatan kerajaan melalui laporan daripada jawatankuasa siasatan akan menentukan sama ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraannya atau sebaliknya.

Hak Asasi atau Kebebasan Asasi


Kebebasan asasi seseorang individu

diperuntukan di dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan atau hak asasi yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan ditunjukan di dalam jadual.

Perkara 5

Peruntukan Kebebasan diri dan nyawa

Penerangan -Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undangundang. -seseorang harus diberitahu sebab ia ditangkap -seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya. -Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap -Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama melalui kuasa Majistret. -Kerja Paksa dan Pengabadian dilarang - Hukuman penjara tidak ditakrif sebagai kerja paksa. - Parlimen boleh menuntut kerahan tenaga daripada rakyat demi kepentingan negara

Kerja Paksa dan Pengabadian

Perlindungan daripada undangundang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

-Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang -Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama. -Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintah perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baru tentang kes berkenaan.

Kesamarataan di sisi Undang-Undang

-Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undangundang -Tiada perbezaan terhadap warga asing dari segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan, dan taraf ekonomi kecuali jika diperuntukan oleh Perlembagaan

Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan

-Setiap warganegara boleh bergerak dan bermaustatin di mana-mana negeri dan di Wilayah Persekutuan -Namun,Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah -Setiap warganegara bebas memberi padangan , berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan. -Namun, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini demi keselamatan dan keenteraman negara

10

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

11

Kebebasan beragama

-Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri. -Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama. -Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau menubuhkan yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama. -Namun, Undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepecayaan antara penganut Islam.

12

Hak yang sama dalam pelajaran

-Setiap warganegara berhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa awam -Kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi pendidikan

13

Hak atas -Setiap warganegara berhak harta mengumpul dam mengagihkan peribadi hartanya. -Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang-undang -Namun, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya mengikut peruntukan undang-undang.

Hak Asasi atau Kebebasan Asasi


Hak dan kebebasan asasi individu boleh

dibahagikan kepada kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak = kebebasan yang tidak boleh disekat Kebebasan bersyarat = kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang atau sebagaimana diperuntukan oleh undang-undang.

Hak Istimewa Orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak

Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan hak-hak istimewa kepada orang melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Antara keistimewaan yang diberikan adalah seperti berikut: (a) Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam. (b) Kuota peluang pendidikan di peringkat Universiti (c) Pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (d) Pemberian lesen dan permit dalam perniagaan. Keistimewaan orang melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta hak-hak bagi rakyat bukan bumiputera dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kabinet.

Sistem Pemerintahan Malaysia

Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan empat perkara penting: (a) Raja Berpelembagaan (b) Demokrasi berparlimen (c) Negara Persekutuan (d) Bahasa Kebangsaan

(A) Raja Berpelembagaan


1.

2.
3.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang diPertuan Agong (YDA).Namun, Perdana Menteri dan Kabinetnya yang menjalankan kuasa esekutif atas nama YDA. YDA merupakan lambang perpaduan dan tonggak kekuasaan Malaysia. Kedaulatan, bidang kuasa dan tugas institusi raja telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

(A) Raja Berpelembagaan

Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, YDA mempunyai kuasa budi bicara untuk perkara berikut: (a) Melantik Perdana Menteri (b) Memperkenankan atau tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan Parlimen. (c) Mengeluarkan perintah supaya Mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan untuk membincangkan isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan dan kehormatan raja-raja melayu.

(A) Raja Berpelembagaan

Tanggungjawab YDA sebagai raja berpelembagaan adalah seperti berikut: (a)Melindungi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. (b) Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. (c) Memberi pengampunan terhadap kesalahan di wilayah Persekutuan atas nasihat Lembaga Pengampunan. (d) Ketua Agama Islam di negeri sendiri,Melaka, Pulau Pinang,Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan. (e) Mengisytiharkan darurat jika keselamatan negara terancam. (f) Memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah.

(B) Demokrasi Berparlimen


Demokrasi berparlimen bermaksud
pemerintahan secara perwakilan. Rakyat menentukan pemerintahan negara melalui pemilihan perwakilan dalam pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Ciri demokrasi berparlimen ialah: (a) Perdana Menteri dan Kabinetnya menjalankan kuasa politik atau esekutif atas nama Yang di-Pertua Agong

(B) Demokrasi Berparlimen


(b) Rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat) dan parti politik yang mendapat undi terbanyak dalam pilihan raya akan membentuk Kabinet. Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan ahli parti politik berkenaan. (c)Perdana Menteri melantik ahli Kabinet atau Jemaah Menteri dari kalangan ahli Dewan Parlimen. Di Malaysia, Barisan Nasional berjaya memperoleh undi majoriti dalam pilihan raya umum sejak 1957 dan diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara.

(C)Negara Persekutuan
Negara Persekutuan merupakan sistem pemerintahan yang mewujudkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan terdiri daripada gabungan negeri yang membentuk kerajaan pusat yang kuat tanpa mengetepikan hak-hak kerajaan negeri.

(C)Negara Persekutuan
Bagi menjamin kelicinan perjalanan Sistem Persekutuan dan mengelakan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

(D) Bahasa Kebangsaan

Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan memperuntukan bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Bahasa-bahasa lain dibenarkan digunakan dalam situasi-situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran. Mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan.

(D) Bahasa Kebangsaan

Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam situasi berikut: (a) Perhubungan negara dengan negara lain atau badan-badan pada peringkat antarabangsa. (b) Pengendalian dan pelaksanaan latihan oleh pakar-pakar dari luar negara.

(D) Bahasa Kebangsaan


(c)Perundangan, iaitu apabila naskah ubdang-undang sahihnya adalah dalam bahasa inggeris. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

iNi sAjA dArIpAdA kAmI.... sEmOgA kItA bErJaYa dI mAsA dEpAn

Anda mungkin juga menyukai