Anda di halaman 1dari 35

APRESIASI SENI

PENGENALAN
Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek

pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni. Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.

Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang

menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni. Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

DEFINISI DAN KONSEP


Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi

bermaksud menghargai dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.

Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang

untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni. Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.

Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti

kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.

KATEGORI APRESIASI
Terdapat dua pandangan berbeza mengenai

apresiasi;
Pandangan pertama merupakan pendapat Walter

dan Clive Bell yang menyatakan bahawa penghayatan dan apresiasi seni tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea, kerana kehidupan normal bagi seseorang adalah berbeza-beza. Mereka juga berpendapat bahawa membuat apresiasi itu adalah sesuatu yang berbeza daripada pengalaman biasa.

Pandangan kedua berasal daripada psikologi

eksperimental yang diutarakan oleh John Dewey dan Otto Krash. Kedua-keduanya bersetuju bahawa apa saja maklumat yang berkaitan dengan seni termasuk pengetahuan asas seni boleh membawa kepada kefahaman terhadap karya seni, seterusnya memudahkan proses ke arah apresiasi seni.

Walau bagaimanapun, menurut Ecker (1966)

kategori utama dalam apresiasi seni ialah apresiasi bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi melihat aspek penghasilan karya seni visual. Kategori apresiasi bercorak analitikal ini disusun dari konsep mudah kepada yang lebih kompleks.

1 Peringkat Analitikal
(a)

Kenal Pasti (Identification)

Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah

menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.

2 Peringkat Penerangan
Peringkat penerangan boleh diklasifikasikan kepada

tiga peringkat yang utama iaitu peringkat

a. Penerangan Literary (Literary Description)

Penerangan literari digunakan ke atas karya seperti potret, landskap, lukisan objek dan lain-lain. Contohnya, karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di bibirnya. Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu penerangan teknikal dan penerangan formal.

b. Penerangan Teknikal (Technical Description) Penerangan teknikal merujuk kepada aspek teknikal dalam penghasilan karya seni. Proses ini termasuk perkara-perkara seperti penggunaan teknikal dan bahan-bahan oleh pengkarya.

c.

Penerangan Formal (Formal Description) Penerangan formal merujuk kepada struktur fizikal karya seni iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan apa yang dilihat. Ini termasuklah aspek warna, garisan, jalinan, bentuk, rupa dan lain-lain. Organisasi rekaan seperti imbangan, susunan, ritma, dan prinsip-prinsip serta elemen seni yang lain.

3. Konteks dan Skop


Seterusnya ialah aspek konteks dan skop

sesuatu karya itu dihasilkan sama ada mempunyai kaitan dengan budaya, sumbangan karya di dalam masyarakat, peranan pengkarya dan lain-lain.

4 Aspek Assosiasi
Aspek ini bergantung kepada assosiasi

seseorang apabila menikmati sesuatu karya. Adakah karya itu mengingatkan sesuatu kepada apa yang dilihatnya? Misalnya, potret Monalisa mengingatkan kepada kekasihnya atau lukisan peperangan membayangkan kekejaman sesuatu bangsa yang sombong dan angkuh. Ringkasnya, perkaitan ini juga merupakan persoalan yang menyentuh peribadi seseorang.

5 Aspek Kritikal
Aspek kritikal merupakan

persoalan penilaian atau pertimbangan peribadi termasuklah kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada sesuatu karya itu dengan lebih menyeronokkan.

6 Aspek Hubungan Baik


Aspek hubungan baik ini amat kuat dalam

membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek fizikal, spiritual dan lebih daripada itu aspek kemanusiaan adalah menjadi keutamaan. Tetapi aspek ini boleh juga diaplikasikan kepada kesemua jenis seni rupa atau seni visual. Tambahan pula, pengalaman lampau seperti yang menyentuh persepsi diserapkan dalam membuat apresiasi kepada objek yang dilihat.

Objektif Apresiasi
Memahami dan bertindak terhadap aspek

seni. Mengetahui pentingnya aspek seni dalam kehidupan Menghasilkan karya Memahami seni dan hubungannya Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Tujuan
Membolehkan kita mehami aspek-aspek nilai

estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni.

Pendekatan
Mengikut Jhon A. Michael dalam bukunya

menyatakan bahawa terdapat dua pendekatan dalam Apresiasi Seni iaitu;


Pendekatan secara logik Pendekatan secara psykologi

a) Pendekatan secara logik


Pendekatan ini berbentuk tradisional. Memerlukan pendekatan pemahaman intelek

semata-mata. Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada aspek tersurat pada karya.

Cth;
Secara Penerangan Membaca, mengkaji bila dihasilkan, tujuan /

teknik pelukis, media dsb. Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, slaid, dsb. Secara Perbandingan Analisis, penilaian, perbandingan Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis / stail, menimbulkan kefahaman masalah nilai-nilai khas, kepuasan, gaya konsep zaman.

b) Pendekatan Secara Psikologi


Pendekatan ini lebih menjurus kepada

perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman. Meninggalkan pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Ia lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapatt orang lain.

Kaedah Melihat Seni

a) Hedonistik
Satu luahan perasaan secara spontan spt

suka, pernyataan perasaan, gemar, menarik, benci dsb. Dibuat serta merta;
Suka / Tidak Tertarik / Tidak

Kaedah ini tidak diterjemahkan ole otak, Cuma berdasarkan maklumat kendiri, serta terdapat pelbagai citarasa.

b) Kaedah kontekstualistik
Ia lebih praktikal, pemerhatian dibuat secara

ilmiah, sistematik, pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan. Lebihh merujuk kepada perincian / spesifikasi dari aspek persoalan fahaman dan rentak pengkaryaan.

c) Organistik
Satu sistem yang teratur dan terancang. Penekanan kepada kriteria tata letak /

komposisi, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Mempertimbangkan dari aspek unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan.

d) Kaedah Normistik
Merujuk kepada kriteria normasesuatu karya

dari asspek masyarakat, agama dan budaya. Menolak peradaban moden pelukis yang melampaui batas yang dibenarkan dalam agama dan budaya.

e) Kaedah Elektik
Ia lebih bersepadu dan holistik, ianya adalah

gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan (+) dan (-). Menekankan unsur seni, prinsip rekaan, struktur organisasi serta alatan dan bahan.

Proses Aprisiasi Seni


Feldman (1967) dan Smith (1967)

mencadangkan aktiviti aprisiasi seni barasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap;

a) Menggambar
Merujuk kepada asas seni reka.

b) Menganalisa
Perhubungan sifat tampak, seperti unsur,

prinsip dan struktur.


Kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Menghuraikan stail sesuatu karya.

c) Tafsiran
Mencari makna pada sifat2 tampak seperti

simbol, subjek dsb. Mencari metafora ( ibarat / kiasan) dan analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

d)

Penilaian

Keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai seni berdasarkan pengertiannya dari

segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.