Anda di halaman 1dari 33

SISTEM LIMFATIK

DISEDIAKAN OLEH :
SUHAIMI BIN SAHAT IPGK THO

SISTEM LIMFATIK

sistem pengangkutan yang membantu sistem pengaliran darah sebahagian daripada sistem pengaliran darah - membawa cecair yang telah keluar dari salur darah kembali semula ke dalam salur darah. terbina daripada salur limfatik dan kilangnya.

Jalinan tisu dalam nodus limfa manusia

NODUS LIMFA

Berfungsi sebagai penuras limfa memindah dan memusnahkan mikroorganisma yang masuk ke dalam limfa. Membantu mengaktifkan sistem imun.

Gambaran mikro sebahagian daripada nodus limfa

Bendalir limfatik : - plasma darah (suatu cecair yang jernih dan kandungannya hampir serupa dengan kandungan plasma darah) Cecair yang keluar dari dinding rerambut darah membawa oksigen, zat makanan dan lain-lain benda ke tisu tubuh dan sebaliknya mengangkat keluar kumuh dari tisu ini. Kebanyakan cecair ini kembali ke rerambut darah yang tinggal, diubahkan melalui sistem limfatik.

Rerambut limfatik bermula di lapangan di antara sel tubuh sebagai salur terbuka. Rerambut ini terbina daripada satu lapisan tisu sahaja iaitu tisu epitelium leper biasa. Cecair tisu di lapangan antara sel tubuh mengalir ke dalam rerambut limfatik.

Terdapat berjuta-juta sel limfatik di dalam kilang limfatik akan menapiskan bendalir limfatik dan menahan kumankuman di dalamnya. Kilang ini boleh disifatkan sebagai benteng penahan kuman

CONTOH :

Apabila kita mengidap radang tonsil, kilang limfatik di bawah leher menjadi bengkak Luka yang berjangkit di jari tangan menyebabkan kilang limfatik di bawah ketiak menjadi bengkak Luka di kaki membengkakkan kilang limfatik di lipatan peha. Semua ini adalah akibat pertentangan yang berlaku di antara kuman dengan sel limfatik. Kilang-kilang limfatik ini menghasilkan sel limfatik dan juga antibodi.

Setelah mengalir ke dalam kilang limfatik, bendalir limfatik akan keluar melalui permukaan cekungnya, kemudian bersatu dengan salah satu dari dua salur limfatik umum yang terdapat di dalam tubuh. Salur umum ini ialah salur limfatik toraks dan salur limfatik kanan.

Kedua-dua salur bersatu dengan pembuluh di bahagian leher, iaitu salur limfatik toraks bersatu di bahagian pertemuan pembuluh jugular dalam dengan pembuluh selangka di sebelah kiri leher dan salur limfatik kanan di bahagian pertemuan kedua-duanya di sebelah kanan leher.

SALUR LIMFATIK UMUM


Salur Limfatik Kanan Salur Limfatik Toraks

SALUR LIMFATIK KANAN

Tidak begitu besar. Mengalirkan bendalir limfatik dari bahagian kanan kepala dan leher, anggota atas kanan dan bahagian kanan dada. Bendalir limfatik dari tempat-tempat ini dikembalikan ke dalam pembuluh leher di pertemuan antara pembuluh jugular dalam kanan dengan pembuluh selangka kanan.

SALUR LIMFATIK TORAKS

Merupakan salur yang besar, 15 inci panjangnya bagi orang dewasa. Bermula sebagai corong Chyli (penakung lemak hadam) yang terletak di hadapan vertebrata pinggang kedua ; dari sini salurannya naik ke atas menerusi salur aorta di belakang otot diafram.

Di bahagian leher salur limfatik toreks bersatu dengan pembuluh leher di sebelah kiri, iaitu di pertemuan antara pembuluh jugular dalam kiri dengan pembuluh selangka kiri. Salur limfatik toraks menerima bendalir limfatik dari anggota bawah, abdomen, bahagian kiri dada, anggota atas kiri, dan sebelah kiri leher dan kepala.

TISU LIMFATIK KHAS

Tonsil Tisu Adenoid (tisu limfatik FaringHidung) Tompok Peyer Umbai Usus / Apendiks Limpa

TONSIL

Berada di sisi ruang mulut, sebiji tonsil di sebelah kiri dan sebiji lagi di sebelah kanan. Tiap-tiap biji tonsil terletak di antara selaput mulut depan dengan selaput mulut belakang. Oleh sebab tonsil itu terbina daripada tisu limfatik ia bertugas sebagai pengawal di ruang mulut dan memusnahkan kuman yang masuk ke dalam ruang ini.

Tisu Adenoid

Terletak di permukaan belakang di bahagian faring hidung. Seperti tonsil, ia mengawal pintu masuk ke dalam saluran penghadaman dan saluran pernafasan. Kadang-kadang radang adenoid timbul akibat jangkitan ia akan membengkakkan tisu itu dan menyumbatkan saluran pernafasan. Pesakit tersebut akan menggunakan mulutnya untuk bernafas.

TOMPOK PEYER

Merupakan kumpulan tisu limfatik di bahagian ileum usus kecil. Tersusun dalam kawasan yang berbentuk bujur dalam usus. Ketika seseorang menghidap penyakit demam kepialu, tompok- tompok peyer akan menjadi radang.

UMBAI USUS / APENDIKS

Merupakan satu cuaran yang terhulur dari usus buntu (caecum).


Ia mengandungi banyak tisu limfatik di dalamnya.

LIMPA

POSISI BIASA LIMPA

GAMBARAJAH MIKRO TISU LIMPA


kapsul

pulpa putih pulpa merah

LIMPA

Berwarna ungu tua Terletak di bahagian kiri abdomen, di bawah otot diaferum dan terlindung di bawah tulung rusuk yang di bahagian bawah. Berat limpa, lebih kurang 7 aun. Mempunyai empat permukaan, iaitu depan, belakang, sisi dalam dan sisi luar.

TUGAS LIMPA

Sewaktu janin, limpa menghasilkan sel darah merah dan putih. Tugas ini tamat setelah bayi itu dilahirkan. Menjadi satu pusat pemecahan sel darah merah yang tua. Bahan pewarna bilirubin yang terdapat daripada proses pemecahan diguna untuk penghasilan hempedu dalam hati. Limpa juga memusnahkan sel-sel darah putih yang tua dan sel-sel pembeku darah.

Zat besi yang terhasil dari pemusnahan sel darah merah digunakan semula untuk pembinaan sel darah merah yang baru. Menghasilkan antibodi dan sel darah putih jenis limfosit dan menentang sesetengah kuman yang menyerang tubuh. Contohnya, dalam penyakit malaria dan kepialu di mana limpa menjadi bengkak akibat proses penentangan. Limpa menjadi alat penakung darah dan boleh mengeluarkan darah simpanan itu apabila diperlukan.

SISTEM LIMFATIK

PENGANGKUTAN LIMFATIK

TUGAS SISTEM LIMFATIK

Membawa zat makanan dan oksigen dari sistem pengaliran darah ke sel-sel tubuh dan mengangkut kumuh dari sel-sel ini ke dalam sistem pengaliran darah. Lemak yang telah dihadamkan di dalam usus kecil menyerap ke dalam laktik dan dari sini, melalui salur-salur limfatik mengalir ke corong Chyli, salur limfatik toreks dan sampai ke dalam pembuluh di leher.

TUGAS SISTEM LIMFATIK

Kilang limfatik menapiskan bendalir dan menyekat kuman-kuman di dalamnya. Tisu limfatik di seluruh tubuh menghasilkan sel darah putih jenis limfatik, juga antibodi. Kumpulan tisu limfatik khas membentuk limpa, tonsil, tisu adenoid, tompok Peyer dan apendiks.

RUMUSAN

Jalinan tisu limfatik membantu dalam mengekalkan isipadu darah. Organ-organ limfoid akan memindah dan memusnahkan benda asing dalam limfa dan darah. Organ-organ limfoid juga menyediakan tapak tisu bagi menggerakkan sistem imun.

BIBLIOGRAFI
http://www.medicalengineer.co.uk http://pkukmweb.ukm.my/~dania/IMUN3. html http://id.wikipedia.org/wiki/sistemlimfatik E.N. Marieb, Katja Hoehn.(2007). Human anatomy & physiology. San Francisco: Pearson Education Inc.

SEKIAN SAHAJA..