Anda di halaman 1dari 15

ULASAN JURNAL PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN LITERASI BAGI PENDIDIKAN PRASEKOLAH Jurnal Pendidikan Bahasa

Melayu
SAHRIFAH NOR PUTEH sharinor@ukm.my ALIZA ALI alizatra@yahoo.com

PENDAHULUAN
Bermain atau permainan ialah fitrah kanak-kanak.Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak dapat; Belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekelilingnya. Merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif,sosial,emosi dan fizikal kanak-kanak. Belajar komunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Penekanan didalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010 yang menekankan kemahiran bahasa. Didalam Kurikulum ini proses pembelajaran dan pengajaran berpusatkan kanak-kanak secara bersepadu, bertema, melalui bermain, kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Berdasarkan kurikulum ini,penulis membincangkan tentang kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi.

Menurut

Moyles (2005), bermain adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Teori perkembangan kanak-kanak Erikson(1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan kanak-kanak pada tahap yang berbeza. Menurut Ornstein dan Hunkins(2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Pembelajaran mestilah berdasarkan keperluan dan minat kanak-kanak.

NAEYC percaya bahawa kanak-kanak belajar mengikut keperluan dan perkembangan mereka. Menurut NAEYC (2008), sentiasa menekankan amalan-amalan terbaik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanakkanak seharusnya bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanakkanak (DAP) memfokuskan penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui pelbagai aktiviti bersesuai dengan umur, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak

Jenis-jenis Permainan
Permainan Motor/Fizikal Permainan sosial Permainan konstruktif Permainan fantasi Permainan mengikut peraturan

BERMAIN SEBAGAI MEDIUM PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI.

Menurut Vygotsky,proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal. Kanak-kanak menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas setelah pandai bertutur mereka menggunakan bahasa. Vygotsky juga menekankan bahawa permainan adalah pilihan kanak-kanak sendiri dan disokong oleh guru atau orang dewasa melalui perbincangan. Melalui bermain,kanak-kanak belajar berkomunikasi, menyesuaikan diri dengan persekitaran, berinteraksi dengan rakan dan mengenali benda-benda disekeliling.

Menurut teori Piaget pada peringkat praoperasional (umur 2-7 tahun),kemahiran bahasa kanak-kanak berkembang dengan cepat dan boleh diasah melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti bermain dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar literasi. Menurut Christie dan Roskos (2009),terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran bermain dalam pemupukan kemahiran literasi. Chritie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakkan kanak-kanak mampu mengenalpasti perkataan bertulis semasa mereka bermain. Persekitaran yang dimanipulasikan, permainan bertema ,permainan fantasi dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

BAHASA
Menurut Abdullah (2005), bahasa ialah perlambangan yang paling canggih, kompleks dan Luwes. Bahasa mengandungi beberapa aspek dan setiap aspek menpunyai peraturannya sendiri. Kanak-kanak berkomunikasi menggunakan bahasa dan terlibat dengan penggunaan aspek berikut; 1) Fonologi pola bunyi bahasa dan cara bunyi bahasa itu berfungsi. 2) Semantik makna perkataan dan ayat.

3) Sintaksis rumus tatabahasa yang mengabungkan dan menyusunkanperkataan menjadi ayat. 4) Pragmatik pengawalam perlakuan semasa komunikasi

KEMAHIRAN MEMBACA MELALUI AKTIVITI BERMAIN


Kemahiran membaca penting kerana menpunyai hubungan dengan penguasaan bahasa. Penguasaan bahasa adalah asas perkembangan kognitif melalui pembacaan. Menurut Tamam et al(2010),melalui pembacaan kanakkanak memperolehi maklumat yang boleh digunakan. Menurut Mercer (2005),kemahiran membaca yang lemah menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengikuti pembelajaran normal dan mendapat maklumat. Kanak-kanak yang mahir membaca juga terdedah dengan pembacaan buku yang ditentukannya sendiri.

KURIKULUM BAHASA DAN LITERASI BERASASKAN AKTIVIT BERMAIN


1) Smart Reader Menggunakan pendekatan bermain dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 2) Montenssori Maria montessori percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui lima deria.Bahan-bahan pembelajaran dihasilkan berasaskan aktiviti 3) High scope Mengalakkan kanak-kanak belajar melalui penerokaan dengan bermain melalui persekitaran dan bahan yang disediakan oleh orang dewasa.

1) Regio Emillia Menekankan kanak-kanak belajar melaui aktiviti.Kanak-kank diajar melalui satu konsep melalui aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak dan bimbingan dari guru. Hasil kerja kanak-kanak dipamerkan untuk menjadi rangsangan kepada kanak-kanak melakukan aktiviti yang lebih mencabar. 2) Waldrof dan DAP Kanak-kanak digalakkan bermain dan meneroka imaginasi mereka.Kanak-kanak dikatakan belajar kemahiran bersosial dan berinteraksi dalam kumpualn melalui bermain.

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERASASKAN BERMAIN

1) 2) 3) 4) 5)

Fail vokal Muzik suku kata Gaul dan pilih Papet bergambar Balin dan sebut

KESIMPULAN Dalam KSPK, aktiviti belajar melalui bermain amat digalakkan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru perlu menyediakan ruang bermain dengan meletakkan pelbagai bahan yang dapat merangsang kanak-kanak untuk bermain. Guru perlu merancang permainan yang boleh melibatkan kanak kanak secara aktif, berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan rakan. Selain dapat membantu kemahiran membaca ianya juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa kanak-kanak.

Beri Nilai