Anda di halaman 1dari 16

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

KONSEP
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak
Kefahaman asas terhadap kanak-kanak adalah perlu diketahui oleh pendidik yang inginmenceburi dalam bidang awal usia ini. Kefahaman dan kesedaran tentang pendidikan awal kanak-kanak akan meningkatkan kualiti pengajaran

Antara konsep-konsep penting dalam pendidikan prasekolah dalam mendidik kanakkanak adalah:
Belajar melalui bermain

Naluri ingin tahu


Kreativiti

BELAJAR MELALUI BERMAIN


Dalam pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal Aktiviti-aktiviti perlu dirancang supaya kanak-kanak dapatmerangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus,menggunakan daya kreatif,memupuk semangat bergaul, sifat hormat menghormati danberdisiplin.

Belajar melalui bermain ini meninggalkan beberapa faedah: menggalakkan perkembangan kognitif menggalakkan perkembangan fizikal menggalakkan kestabilan emosi

PERKEMBANGAN KOGNITIF
Menurut Jean Piaget,perkembangan kognitif merupakan satu proses kanak-kanak secara aktif memahami sesuatu melalui interaksi dan pengalaman. Melalui set induksi

Sebagai contoh untuk pengajaran matematik,guru menggunakan bahan persekitaran kanak-kanak bagi mengajar mereka
Hal ini secara langsung kanak-kanak dapat memahami pengajaran matematik yang diajar melalui permainan.

PERKEMBANGAN FIZIKAL
Menurut Robert Havighurst, perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya.

KESTABILAN EMOSI

NALURI INGIN TAHU


Guru dapat merangsang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan menarik perhatian mereka sebelum memulakan sesuatu pelajaran. Kanak-kanak tidak dapat berfikir secara abstrak. Mereka perlukan bahan konkrit dan pengalaman sebenar bagi memahami sesuatu perkara. Kanak-kanak belajar melalui pelbagai deria seperti melihat,mendengar, menyentuh merasa dan bau

KREATIVITI
Perkembangan dan pembesaran kanak-kanak pada peringkat umur bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sangat sempurna dan teratur.
Kanak-kanak mula berkembang dan perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti agar menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif.
.

Kanak-kanak sememangnya berminat dengan aktiviti seni dan kreatif terutama bagi peringkat 4 hingga 6tahun.

Menurut Isernberg (2001) menyatakan seni adalah suatu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat pembelajaran.
Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan, cara berkomunikasi dengan atau tanpa bahasa, serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka.

Aktiviti kreativiti dan estetika sememangnya berperanan penting dalam perkembangan kanak-kanak.

Guru memainkan peranan penting dalam membina kreativiti kanak-kanak. Guru memainkan peranan penting bagi membuna kreativiti kanak-kanak. Memberimotivasi dan mencipta suasana tidak memadai tanpa disertai sikap guru. Sikap guru adalah salah satu faktor yang amat diperlukan bagi merangsangkan kreativiti. Oleh itu guru perlulah bersikap positif seperti: Menghargai idea dan soalan kanak-kanak. Menggalakkan kanak-kanak bercakap dan bercerita. Memberikan komen yang ikhlas. Memahami kanak-kanak.

Memberikan pandangan yang menggembirakan kepada hasil kerja mereka.


Mewujudkan suasana menggalakkan

VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

CABARAN

Antara cabaran yang dihadapi adalah :

PENGGUNAAN IT

Arus penggunaan IT berkembang pesat dalam sistem pendidikan sekarang.


Penggunaannya semakin menular sehingga peringkat prasekolah Kanak-kanak perlu diberi pendedahan dalam cara yang betul. Kanak-kanak harus diberi tunjuk ajar dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang sistematik Guru perlu bersedia dan peka mencari ilmu IT bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah.

PERKEMBANGAN MEDIA MASSA DAN MEDIA ELEKTRONIK

Kanak- kanak turut dipengaruhi oleh media massa dan media elektronik
Kanak-kanak mudah terikut dengan aksi-aksi yang dilakukan oleh kartun kegemaran mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak meniru aksi memukul orang yang dilihatnya dalam kehidupan sebenar mereka Hal ini menyebabkan gejala sosial akan kian merebak di kalangan kanak-kanak. Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak Guru harus mendidik kanak-kanak agar kanak-kanak dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk

PENUTUP