Anda di halaman 1dari 41

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

SUKU KAUM IBAN SARAWAK


HISHAMUDDIN BIN NURUN HIDAYAT NOR FAEZAH ABDULLAH ENCIK HAFITZ BIN KHAMIS

Tontonan umum
Klik di sini

bac k

Iban
1
sejarah

kepercayaan

Lokasi petempatan

kebudayaan

Adat resam

Sumbangan

Pantang larang

Kesan&pengaruh
bac k

Sejarah
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak. Menurut perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau 603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban. Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut Istilah Dayak Laut diterima dan dianggap masyarakat Mendiami Bahagian Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, oleh Sarikei, Sri Barat yang paling sesuai untuk orang Iban Aman, sebagai Kuching, istilah dll. kerana kebetulan pada awal kedatangan James Brooke, orang Iban telah mula melakukan ekspedisi melalui laut Peringkat awal istilah Iban bukan digunakan untuk merujuk kepada etnik tersebut tetapi bermaksud orang atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu suku, iaitu kaum Iban sahaja.

Sejarah
Sejarah awal menyatakan kaum Iban berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di negeri Sarawak. Penghujung abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak.

Sejarah
Salah satu aspek penting tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang. Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama.

Lokasi petempatan
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kaum Iban tinggal di sekitar 5,000 rumah panjang kebanyakannya di pedalaman Sri Aman, Betong, Miri, Kapit, Song, Bintulu dan Sibu, hampir sepanjang Sungai Rajang dan menyumbang sekitar 29 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak.

Lokasi petempatan

UPACARA MIRING
Masyarakat ini terkenal dengan upacara miring di mana upacara miring ini dijalankan bertujuan persembahan atau berdoa kepada tuhan atau petara bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sesuatu ancaman. Erti kata lain, miring diadakan bagi memberkati penduduk, melindungi dan memberi mereka, kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa. Contohnya: Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru. Terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu : i) Tiga : miring biasa untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau hendak bersawah ii) Lima : Untuk mendirikan rumah panjang.

UPACARA PERTANIAN
Adat kaum iban ini sering dikaitkan dengan sistem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan. Gawai dijalankan mengikut tujuan. Contoh : upacara pertanian. i. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh Tuai Burung yang melihat gerak-geri dan bunyi burung. Diketuai oleh Tuai Rumah sebagai ketua dalam rumah panjang.

ii. Apabila sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka Lemambang akan melakukannya dengan melagukan pengap.

ADAT PERKAHWINAN

Tontonan umum
Klik di sini

ADAT KELAHIRAN
Adat selepas bersalin : i. Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong/senapang (zaman moden) sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. ii. Bayi dibersihkan dan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas (kain pua kumbu atau kain sulam). iii. Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api yang menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. iv. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penanda hari. Adat pemilihan nama bayi : v. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. vi. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. vii. Nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.

ADAT KEMATIAN
Semasa kematian :
i. ii. Sanak-saudara (kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah panjang(ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. iii. Semua barang-barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. iv. Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah doa yang Pengebumian menghantar simayat: mati ke dunya sebayan. i. Dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi. ii. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya. iii. Mayat juga dibuatkan rumah.

Selepas kematian :
i. ii.

Upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas,pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. iii. Tidak lama kemudian,upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup. iv. Setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Selepas itu,gawai antu atau perayaan untuk meraikan

PANTANG LARANG
PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG i. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. ii. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. iii. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. iv. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. v. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

PANTANG LARANG Pantang larang


Pantang larang umum: Tidak boleh turun ke sungai jika kempunan makanan Lelaki tak boleh sentuh pakaian wanita, takut jadi lembap. Piring pecah mesti diselitkan tepi dinding, takut ada makhluk jahat ganggu. Tak boleh sebut nak makan nasi pulut sembarangan, nanti ada benda buruk terjadi. Mimpi perahu karam tak boleh keluar rumah takut ditimpa kemalangan. Mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN
Tapak ruamah panjang Apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka. Mimpi Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

KEPERCAYAAN KEPERCAYAAN
Gangguan roh atau semangat Seterusnya, masyarakat Iban yang masih berpegang teguh dengan kepercayaan lama atau 'pengarap lama', mereka sentiasa mengaitkan penyakit yang tidak diketahui puncanya dengan gangguan roh atau semangat. Upacara balian kini bukan sekadar untuk mengubati penyakit, malah ia dipelbagaikan mengikut jenis penyakit dan situasi yang dihadapi. Antaranya, balian beruwa dan kerembai bungai untuk mengubati kanak-kanak yang lambat membesar dan sering sakit atau balian mimpi bagi mereka yang mendapat mimpi buruk. Agama Kristian Masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan hidup.

KEBUDAYAAN SUKU KAUM IBAN

Kraf tangan Alat muzik

Pakaian Makanan

Perayaan Bahasa

Tarian Sistem tulisan

KRAF TANGAN
KRAFTANGAN PUA KUMBU: Tenunan kain pua atau dikenali tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu

PAKAIAN LELAKI
Pakaian lelaki: Kain sirat i. Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. ii. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. iii. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah serta manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan. iv. Sirat dipakai dengan caramelilitnya dipinggang dan celah kang kang. v. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias.

Dandong Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.Panjang Dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barangbarang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

PAKAIAN WANITA
Bidang
Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanyabidangdiperbuat daripada sebidang kain yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya manakala yang dipakai untuk perayaan dihiasi oleh Kalambireka corak geometric dan diwarnakan dengan warna pelbagai Baju Kaum Ibankekuning-kuningan. yang dipanggil kalambi pula ada du jenis iaitu merah bata dan kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua.Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga kelutut.Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah.

PAKAIAN WANITA
Bedong Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit.Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

LELAKI

wANITA

PERAYAAN GAWAI DAYAK


Sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

TARIAN NGAJAT
i. Kepelbagai tarian merupakan salah satu kebudayaan kaum iban yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat Malaysia. Antaranya ialah tarian ngajat, ngayau dan ngayap. Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut.

ii.

iii. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Di tubuhnya dipakaikan sejenis

ALAT MUZIK
Engkerurai
Kaum iban ini memiliki alat muzik yang tersendiri bagi mengiringi persembahan yang mereka lakukan. Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkan dalam bahan cetak.

ALAT MUZIK
Sape
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Diperbuat daripada kayu jakuvang. Dipermukaansape ini kebiasaannya, diukir dengan ukiran yang bermotifkan orang Iban, Kayan, Kenyah serta diwarnakan dengan warna merah atau hitam. Ia akan dimainkan sebagai muzik untuk mengiringi penaripenari atau semasa perayaan besar. Pada zaman dahulu,kaum

ALAT MUZIK
Gong
Gong merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat di Sarawak. Gong ini diperbuat daripada tembaga. Antara keunikan gong bagi suku kaum Iban ialah ia bukan sahaja merupakan alat muzik namun juga sebagai hantaran perkahwinan daripada pengantin lelaki kepada bapa pengantin perempuan. Bagi masyarakat Kayan,pemberian gong tersebut merupakan satu simbolik bahawa pengantin lelaki sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga pasangannya dengan baik. Pengantin juga akan duduk di

MAKANAN
Etnik Iban ini terkenal dengan tuak beras. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil Beras Pulut. Selain itu, Tuak juga akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung dan sebagainya. Antara makanan kaum Iban ialah : Antara makanan etnik Iban yang sering mendapat perhatian daripada pelancong asing ialah : 1. hinava : Hinava merupakan salah satu makanan kaum Iban. Makanan ini selalu
disajikan semasa Hari Gawai

2. 3. 4. 5. 6.

umai, ayam pansuh, cakar ayam, midin belacan, pekasam.

MAKANAN

Hinava

umai

Ayam pansuh

Cakar ayam

Pekasam

KEBUDAYAAN BAHASA
Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban berbeza di setiap tempat bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah dan Semenanjung.Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous).
Bahasa Melayu makan sana kalau saya kamu nanti jalan tak nak Bahasa Iban makai din enti aku nuan/dik legi jalai enggai

SISTEM TULISAN
Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' di mana mereka mematahkan kemaraan penjajah dengan

SUMBANGAN
Menjana pendapatan ekonomi negara melalui sektor pelancongan. Kementerian pelancongan Sarawak amat mementingkan kebudayaan setiap etnik yang menapak dalam wilayah Sarawak dan kaum Iban tidak terkecuali. Banyak kebudayaan etnik Iban yang dapat dipromosikan antaranya ialah : i. Tarian ngajat yang sememangnya unik dengan muziknya yang tersendiri. ii. Aspek pemakaian etnik Iban yang unik. iii. Kepelbagaian makanan iv. Mempelajari seni sumpit kaum Iban juga banyak menyumbang kepada pembangunan industri kraftangan seperti kain pua kumbu, pasu, dan sebagainya. Namun begitu, pasu iban paling mendapat nama dalam pasaran domestik. Pasu iban ini telah diusahakan sejak turun temurun oleh kaum iban di sarawak.

SUMBANGAN [tokoh]
i. Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Anak Barieng dikenali Tun Jugah atau Apai (Ayah dalam Bahasa Iban). ii. Dilahirkan di Ulu Kapit, Sarawak pada tahun 1903. iii. Beliau pernah menjadi Ketua Orang Iban dan menubuhkan Parti Pesaka pada tahun 1962 serta menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Beliau menganggotai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Beliau adalah pemimpin Sarawak yang pertama dilantik menjadi Menteri dalam Kerajaan Malaysia,dengan memegang jawatan Menteri yang menguruskan hal ehwal Sarawak. Beliau kemudiannya menjadi Presiden pertama bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB),sehingga beliau meninggal dunia pada 1981.

i. ii. iii. iv. v.

Pegawai Waran I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau. Dilahirkan di Julau, Sarawak. Merupakan pahlawan dan askar Malaysia yang terkenal. Beliau adalah daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam Angkatan Tentera Malaysia. Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat

SUMBANGAN [tokoh]
Tra Zehnder @ Philomena Tra Jemat dilahirkan pada 25 Oktober 1926 di Miri merupakan seorang yang serba boleh iaitu sebagai seorang peneroka dan pengasas, pemimpin dalam bidang politik dan kerja amal dan seorang penegak hak kemanusiaan. Beliau juga merupakan seorang daripada pengasas Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pada Mei 1957 dan juga wanita pertama dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Sarawak dari tahun 1960 hingga 1963. Tra Zehnder semasa menjadi ahli Dewan Undangan Negeri telah menyumbang kepada pembentukan Malaysia melalui peranan beliau sebagai wakil Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang dipandang sebagai pejuang kebebasan yang berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman penjajah

KESAN & PENGARUH


ASPEK EKONOMI 1. Pertanian sara diri padi, lada, gambir 2. Beraktiviti secara gotong-royong 3. Orientasi ekonomi kebanyakan bumiputra seperti Melayu

KESAN & PENGARUH


ASPEK SOSIAL 1. Amalan rumah panjang 2. Kerjasama/gotong-royong 3. Amalan berjiran 4. Amalan ngayap (berkenalan antara teruna & gadis) dalam keadaan sopan 5. Menitikberatkan hubungan persaudaraan dan silaturrahim

KESAN & PENGARUH


ASPEK POLITIK(PENTADBIRAN DALAM RUMAH PANJANG)
1. mementingkan ketaatan kepada Tuai rumah atau ketua kampung dalam sesuatu organisasi dalam sesebuah rumah panjang. 2. Peranan ketua rumah panjang bukan sahaja dalam birokrasi mahupun pentadbiran sahaja,bahkan ketua rumah panjang juga berperanan dalam mengendalikan urusan adat dan juga undang-undang rumah panjang tersebut. 3. Masyarakat Iban juga tidak mengenepikan hak kaum wanita dalam membela nasib kaum/ etnik mereka. Tra Zehnder @ Philomena Tra Jemat dilahirkan pada 25 Oktober 1926 di Miri merupakan seorang yang serba boleh iaitu sebagai seorang peneroka dan pengasas, pemimpin dalam bidang politik dan kerja amal dan seorang penegak hak kemanusiaan.Beliau juga merupakan seorang daripada pengasas Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) pada Mei 1957 dan juga wanita pertama dilantik menganggotai Dewan Undangan Negeri Sarawak dari tahun 1960 hingga 1963. 4. Banyak kebudayaan etnik Iban yang dapat dipromosikan antaranya ialah tarian ngajat yang sememangnya unik dengan muziknya yang tersendiri. Selain itu, aspek pemakaian etnik Iban yang unik juga dapat dijadikan salah satu daya tarikan pelancong dalam mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai