Anda di halaman 1dari 23

MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS PENGGUNAAN PERALATAN TANGAN MURID TINGKATAN DUA ALIRAN EKONOMI RUMAHTANGGA (ERT) DALAM PEMBINAAN

PROJEK KAYU KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP


Oleh: Cik Nurul Mahzahidah Binti Mazlan SMK Kelapa Sawit Kulai, Johor.

ABSTRAK Kajian ini dijalankan

dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran asas penggunaan alatan tangan murid tingkatan 2 aliran ekonomi rumahtangga (ert) dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup kerana kemahiran asas ini amat penting dan menjadi titik permulaan dalam mengetengahkan murid dengan kemahiran yang lebih mendalam kelak. Adalah menjadi satu kerugian jika murid tidak mengetahui dan menguasai asas kemahiran penggunaan alatan tangan ini. Guru menggunakan dua kaedah dalam pelaksanaan kajian iaitu kaedah tunjukcara dan pemantauan. Kaedah ini diaplikasikan supaya murid dapat melihat, memahami dan menguasai kemahiran asas penggunaan peralatan tangan. Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan kerana dalam pembinaan projek kayu, penglibatan kaedah teori amat tidak berkesan kerana pembinaan projek kayu melibatkan teknik dan proses tertentu yang harus ditunjukcara kepada murid. Guru mendapati pelaksanaan tindakan yang dijalankan selama dua minggu ini amat memuaskan dan berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam pembinaan projek kayu. Selain itu, murid juga memperolehi satu panduan atau satu garis panduan dalam penggunaan peralatan tangan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberikan pengalaman dan berkongsi keilmuan dalam meningkatkan kemahiran asas penggunaan peralatan tangan dalam kalangan murid. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Sewaktu memulakan pelaksanaan pembinaan projek kayu murid 2RK1, didapati majoriti murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran asas penggunaan peralatan tangan iaitu penggunaan Sesiku-L untuk membuat penandaan ukuran penggunaan Apit-G untuk memegang kayu penggunaan gergaji puting untuk memotong kayu penggunaan kikir dan kertas pasir untuk kemasan projek Berdasarkan pemerhatian semasa perjalanan proses pembinaan projek kayu, terdapat murid yang menggunakan Sesiku-L, Apit-G, gergaji puting, kikir dan kertas pasir dengan salah Murid-murid gagal mengikuti teknik dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.

FOKUS KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada satu kemahiran asas iaitu kemahiran penggunaan alatan tangan dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup. Fokusnya tertumpu kepada kegagalan murid menuruti teknik dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am

3.1.1 Meningkatkan kemahiran asas penggunaan peralatan tangan murid tingkatan dua aliran ekonomi rumahtangga.
Objektif Khusus

3.2.1 Murid mahir menggunakan alatan tangan dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup. 3.2.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam penggunaan alatan tangan.

KUMPULAN SASARAN
Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah

terdiri daripada murid 2RK1 aliran ekonomi rumahtangga SMK Kelapa Sawit sesi 2012 seramai 12 orang murid perempuan. terdiri daripada murid-murid yang cerdas, namun mereka kekurangan dari segi kemahiran asas penggunaan alatan tangan.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


Tinjauan Masalah Pemerhatian Majoriti murid keliru apabila diminta mengambil alatan yang disediakan untuk memulakan proses menanda, memotong dan kemasan. Menggunakan alatan tersebut dalam teknik dan cara yang salah. Guru membuat semakan penandaan ukuran dan pemotongan kayu, didapati majoriti penandaan ukuran murid pada kayu adalah tidak tepat dan ketika pemotongan, hasilnya amat tidak kemas.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


Analisa Tinjauan Masalah
Hasil daripada tinjauan masalah melalui kaedah pemerhatian, didapati murid tingkatan 2RK1 tidak menguasai kemahiran asas penggunaan alatan tangan dalam pembinaan projek kayu kerja kursus kemahiran hidup.

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 1 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses pengukuran dan penandaan pada kayu menggunakan sesiku-L

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 2 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses penggunaan dan pemasangan apit-G

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 3 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses pemotongan kayu menggunakan gergaji puting

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 4 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid ketika proses kemasan pada projek menggunakan kertas pasir

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


Pelaksanaan Tindakan
Kaedah tunjukcara Kaedah pemantauan

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEBELUM SELEPAS Rajah 5 : Teknik pengukuran dan penandaan menggunakan sesiku-L yang betul

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEBELUM

SELEPAS

Rajah 6 : Teknik pemasangan apit-G yang betul

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEBELUM

SELEPAS Rajah 7 : Teknik pemotongan menggunakan gergaji puting yang betul

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEBELUM

SELEPAS Rajah 8 : Teknik kemasan menggunakan kertas pasir yang betul

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


Kaedah yang kedua iaitu kaedah pemantauan dilakukan sepanjang proses pembinaan projek kayu oleh murid tingkatan 2RK1. Murid dipantau secara teliti dan sebarang kesilapan teknik dan cara akan ditegur secara langsung dan ditunjukcara akan teknik dan cara yang betul

PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

Rajah 9 : Murid-murid melaksanakan proses pembinaan projek kayu dengan pemantauan guru

PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN


Kelebihan
berpuas hati dari segi peningkatan kemahiran asas penggunaan alatan tangan perkembangan yang begitu positif dan memberangsangkan. murid-murid semakin berdikari dan lebih bertanggungjawab terhadap projek kayu masing-masing. Hanya sedikit arahan diberikan oleh guru dan muridmurid mampu bertindak sendiri dengan cara dan teknik penggunaan alatan tangan yang betul bertambah minat terhadap pembinaan projek Murid-murid juga mampu memberi tunjuk ajar kepada rakan sesama mereka

PENILAIAN DAN REFLEKSI KESELURUHAN


Kelemahan wujud permasalahan berkaitan cara dan teknik yang betul bagi murid yang tidak hadir ke kelas pada hari guru melakukan tunjukcara. Hal ini memberi kesan kepada penggunaan alatan tangan dan hasil kerja yang dilakukan oleh murid. Guru terpaksa menunjukcara semula bukan hanya kepada seorang murid, tetapi kepada beberapa orang murid yang tidak hadir.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Memastikan setiap murid memiliki alatan tangan sendiri untuk memudahkan proses pembinaan projek kayu agar murid lebih mengenali dan menjaga alatan tangan dengan baik. murid tidak akan tersilap langkah dalam penggunaan dan pengendalian alatan tangan.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai