Anda di halaman 1dari 14

BAB 1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM

ASMAWI BIN ABDULLAH


SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG.
www.jabatan-geografi-smkpurun.blogspot.com

KONSEP EKOLOGI
Bidang kajian mengenai ruang habitat hidupan yang di dalamnya wujud saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan saling hubungan antara organisma dalam kumpulan organisma tersebut. Ernst Haeckel ekologi adalah salah satu cabang biologi yang mengkaji benda-benda hidup dalam alam.

RUANG KAJIAN EKOLOGI AKAN MENJELASKAN:


a) Proses kehidupan dan penyesuaian dengan persekitaran. b) Sebaran dan percambahan organisma. c) Pergerakan bahan dan tenaga melalui kehidupan komuniti. d) Perkembangan sesebuah ekosistem. e) Percambahan dan sebaran biodiversiti dalam alam sekitar.

KONSEP EKOSISTEM
Satu ruang alam semula jadi yang mempunyai dua jenis komponen iaitu komponen hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) yang saling berinteraksi dan bergantung antara satu dengan lain.

CIRI-CIRI SESEBUAH EKOSISTEM


a) Tidak ada sempadan khusus untuk menentukan saiz sesebuah ekosistem. b) Mempunyai komponen biotik dan abiotik yang tersendiri dengan kuantiti tertentu. c) Ekosistem mempunyai pola hubungan yang tersendiri mengikut fungsi komponen abiotik dan biotik yang terdapat di dalamnya. d) Ekosistem juga melibatkan rangkaian interaksi antara organisma dan antara organisma dengan persekitarannya.

KOMPONEN ASAS EKOSISTEM


Abiotik
Komponen bukan hidup seperti udara, tanah, cahaya matahari, mineral dan air. Penting tempat tinggal atau habitat bagi semua komponen biotik dan mempengaruhi prosesproses geomorfologi dalam ekosistem.

KOMPONEN ABIOTIK
KOMPONEN UDARA
Mengandungi pelbagai jenis gas, cahaya dan haba matahari, wap air serta pepejal. Gas utama oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%) dan nitrogen (78%). Unsur terpenting cahaya dan haba matahari yang menjadi punca tenaga kepada ekosistem. Wap air mempengaruhi kelembapan udara dan kejadian hujan.

KOMPONEN ABIOTIK
KOMPONEN TANAH
Konsep - permukaan bumi yang terdiri daripada bahan mineral (nitrogen, fosforus, karbon, sulfur dan kalsium) dan organik (pereputan haiwan dan tumbuhan). Komposisi mineral, organik, udara dan air. Terbentuk melalui proses luluhawa batuan. Fungsi menyuburkan tumbuhan dan habitat haiwan tanih.

KOMPONEN ABIOTIK
KOMPONEN AIR
Sumber air hujan, sungai, paya, laut dan air bawah tanah. Fungsi sumber minuman kepada hidupan, sumber pencernaan makanan tumbuhan, menjadi habitat haiwan akuatik dan menentukan kadar kesuburan tanah. Bahan pelarut yang penting untuk mencairkan bahan-bahan mineral dan zait galian bagi memudahkan diserap oleh akar.

KOMPONEN ASAS EKOSISTEM


Biotik
Komponen hidupan seperti pengeluar (tumbuhan), pengguna (haiwan dan manusia) dan pengurai (bakteria dan hidupan seni). Organisma hidup dalam bentuk; Speises satu jenis hidupan yang sama sifat. Populasi beberapa spesies yang sama sifatnya. Komuniti gabungan populasi yang hidup dalam satu ekosistem.

Pengkelasan Organisma
Autotrof Organisma yang membuat makanan sendiri dengan sumber tenaga daripada bukan hidup iaitu matahari dan kimia organik. Kumpulan pengeluar yang terdiri daripada tumbuhan dan berada pada tahap pertama aras trofik. Heterotrof Organisma yang mendapat tenaga daripada sumber hidupan iaitu tumbuhan dan haiwan. Kumpulan ini berada pada tahap 2 hingga 5 aras trofik dan dinamakan kumpulan pengguna.

Fungsi Ekosistem
Mewujudkan Aliran tenaga
Berpunca daripada tenaga matahari yang dipindahkan kepada komponen biotik dan abiotik. Tenaga matahari dialirkan kepada daun tumbuhan untuk proses fotosintesis. Tenaga matahari ditukarkan menjadi teanaga kimia melalui penghasilan karbohidrat dalam daun tumbuhan. Tenaga kimia dalam tumbuhan dialirkan/dipindahkan kepada organisma lain melalui pemakanan. Tenaga matahari juga dipindahkan kepada unsur abiotik seperti batuan, air dan udara.

Fungsi Ekosistem
Mewujudkan Kitar Nutrien
Aliran yang berterusan unsur kimia seperti zat galian dan gas seperti oksigen, karbon, nitrogen, hidrogen dan air yang terdapat dalam sesuatu ekosistem. Unsur-unsur ini diperlukan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis bagi meneruskan edaran nutrien. Kitar nutrien akan menentukan keseimbangan nutrien dalam sesebuah ekosistem.

JENIS-JENIS EKOSISTEM
Ekosistem daratan
Hutan hujan tropika Hutan gunung Ekosistem akuatik Ekosistem tasik Ekosistem paya bakau

Anda mungkin juga menyukai