Anda di halaman 1dari 25

• Industri adalah satu segmen ekonomi yang

menghasikan barangan.
• Perkataan “industri” berasal daripada perkataan Latin
iaitu “industrius” yang bererti tekun, rajin.
• Industri adalah penghasilan barang atau perkhidmatan
dan merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan
mentah menjadi barang siap atau perkhidmatan.
• Istilah industri juga digunakan bagi suatu bahagian
pengeluaran ekonomi yang memfokuskan kepada
proses perkilangan atau pembuatan tertentu yang
memerlukan modal yang besar sebelum boleh meraih
keuntungan. Dalam hal ini lebih tepat disebut sebagai
industri besar.
• Perindustrian pula merujuk kepada aktiviti pembuatan,
penghasilan barangan untuk perdagangan dan bukannya
untuk kegunaan sendiri.
• Perindustrian biasanya dibahagikan kepada 3 jenis
menurut saiz, nilai dan bentuk industri itu sendiri.

JENIS-JENIS
PERINDUSTRIAN

BERAT PELANCONGAN

RINGAN
PERINDUSTRIAN BERAT

• Melibatkan pengeluaran jentera-jentera dan alat-alat moden


yang memerlukan kemahiran yang tinggi.
• Perlukan modal yang besar.
• Dikendalikan oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM)

 CONTOH:
g) membuat kereta proton saga (Shah Alam)
h) membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
i) Besi dan keluli (Perai dan Teluk Kalung)
j) Loji gas cecair (Bintulu Sarawak)
k) Menapis petroleum (Kerteh, Lutong & Port Dickson)
PERINDUSTRIAN RINGAN
• Terdapat 3 jenis perindustrian ringan:

Industri Memproses

Industri Pembuatan

Industri Desa
Industri Memproses
• Melibatkan pemprosesan hasil-hasil pertanian, perlombongan,
pembalakan dan perikanan.
• Industri yang maju kerana Malaysia kaya dengan pelbagai
bahan mentah.
• Bahan mentah diproses sebelum dieksport dengan tujuan
untuk meningkatkan mutunya.

 Contoh:
• Kayu balak diproses menjadi perabot, papan lapis dan papan
bergergaji.
• Kelapa sawit diproses menjadi minyak, sabun dan marjerin.
• Nanas dijadikan jus nanas dan ditinkan.
• Getah diproses menjadi getah kepingan atau getah skrap.
Industri Pembuatan

• Mengeluarkan barangan untuk keperluan penduduk tempatan


dan eksport (barangan pengguna).
• Jenis perindustrian yang penting.
• Kebanyakan industri seperti ini terdapat di kawasan pusat-
pusat bandar yang mempunyai pasaran yang luas dan
kemudahan yang lengkap.
• Contoh:
Pembuatan barangan elektrik, pakaian, tayar, kasut, barangan
plastik, alat tulis dan lain-lain.
• Industri membuat tayar celup, komponen mesin, dan bengkel
membaiki kereta juga termasuk dalam industri kejuruteraan
ringan.
• Industri ini juga merupakan industri yang terbesar dan
terpenting di Malaysia.
Industri Desa
• Dijalankan secara kecil-kecilan di kawasan luar bandar.
• Jenis perindustrian yang paling awal di Malaysia.
• Dijalankan di rumah, atau kedai oleh ahli keluarga dan
beberapa orang pekerja upahan.
• Hasilnya dijual sebagai cenderamata kepada pelancong.
• Terkenal di Kelantan dan Sabah.
 Contoh:
a) Membuat tikar / bakul dari mengkuang, rotan atau buluh.
b) Mengecap batik / tenun sutera.
c) Membuat keropok ikan / udang.
d) Barangan tembaga, tembikar, perak, dan ukiran kayu.
PERINDUSTRIAN PELANCONGAN

• Industri paling popular di negara Malaysia.


• Pelancongan membawa kemajuan kepada kawasan-kawasan
yang mundur seperti Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau
Langkawi, Rantau Abang, Desaru dan sebagainya.
• Sektor-sektor lain seperti hotel, restoran, taman rekreasi,
perkhidmatan turut berkembang.
• Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) ditubuhkan untuk
merancang dan melaksanakan program-program pelancongan
di dalam dan di luar negeri.
8 FAKTOR
1.Modal:
Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang
banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan -
dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan
modal)
2.Sumber tenaga (air sungai):
a)Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di
kilang.
b)Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan
yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah
dan mencukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)

3.Banyak kemudahan asas:


Perhubungan dan pengangkutan, kawasan dan tapak
bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta
kemudahan lain (bank dsbnya).
4.Bekalan bahan mentah:
Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

5.Pasaran:
Meluas dan permintaan yang banyak, sama ada
dalam atau luar negeri.
6.Dasar kerajaan

c) Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan


pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan
sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian
cukai ke atas barangan yang dihasilkan.

b) Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik


pengusaha dirikan kilang. Antaranya:

-Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.


-Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
-Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang

d) Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian


Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat
dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
7.Tenaga buruh
Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan
tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir
/ separuh mahir.

8.Sistem pengangkutan
Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat,
udara dan air untuk penghantaran bahan mentah,
barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan
import dan eksport barangan atau sistem
telekomunikasi yang memudahkan perhubungan
antara pembekal-pengedar.
Taburan Kawasan Perindustrian di Asia

a. Jepun
 kawasan perindustrian Keihin (Tokyo-Yokohama-Kawasaki)
 kawasan perindustrian Chukyo (Nagoya)
 kawasan perindustrian Hanshin (Kobe-Osaka-Kyoto)
b. China
 Anshan-Fushun-Fuxin, Beijing dan Tianjin
c. Korea Selatan
 Yosu - Masan, Pusan - Pohang
d. India
 Lembah Damodar- Culcutta-Hooghly, Madurai - Bangalore,
Bombay dan Poona
Perindustrian di Jepun

• Jepun merupakan negara perindustrian yang paling maju di


Asia. Jepun adalah pengeluar utama kereta, kapal
penumpang dan tangki minyak di dunia.

Faktor-faktor yang menggalakkan perindustrian di Jepun ialah :

a. sumber tenaga yang murah, iaitu tenaga hidroelektrik


b. tenaga pekerja yang ramai dan mahir
c. jaringan jalan raya dan jalan kereta api yang padat
dan lengkap
d. etika pekerja yang baik
e. pemindahan teknologi dari negara-negara barat
f. polisi kerajaan yang menggalakkan perindustrian