Anda di halaman 1dari 48

Asas Psikologi dalam Pendidikan muzik Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak - Piaget - Swanwick - Tillman - Edwin Gordon - MMCP

Curriculum

Asas Psikologi dalam Pendidikan Muzik


Psikologi pendidikan muzik boleh ditakrifkan sebagai satu kajian saintifik yang dibuat secara sistematik terhadap pembelajaran, tingkah laku dan interaksi manusia dengan muzik. Ia merupakan gabungan tiga disiplin ilmu iaitu psikologi, pendidikan dan muzik. Sehubungan itu psikologi pendidikan muzik mampu membekalkan para pendidik muzik dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berguna dalam mendidik para pelajar.

Jean Piaget

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak mengikut Piaget (1973)


Peringkat Perkembangan Ciri-ciri perkembangan kognitif

Peringkat Deria Motor (0-2 Tahun)

Tingkah laku kanak-kanak secara pantulan & terbatas/dapatkan objek menggunakan deria motor Berupaya mencari benda yang hilang dari pandangannya Belum belajar menggunakan simbol dan bahasa Tahun ke 2 baru mampu menggunakan bahasa Pengamatan pada perkara yang nampak dengan jelas sahaja

Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)

2-4tahun(prakonsep) & 4-7 tahun(intuitif) Perkembangan motor bertukar kepada kegiatan pengolahan mental Mampu guna simbol/bahasa kuasai pemikiran kanak-kanak/ definisi makna baru terhadap rangsangan yang diterima Bercakap dengan diri sendiri Berfikiran logik tetapi pemikiran satu arah sahaja/tidak boleh berfikiran secara keseluruhan Egocentrik/melakukan kegiatan ikut kehendakmya/tetapi bila berumur 4 tahun boleh selesai masalah secara intuintif 4-6tahun, kanak-kanak tidak dapat memahami tentang pengekalan bahan

Peringkat Membuat penyelesaian mental dari Operasi/pengolahan maklumat yang baru konkrit Berfikiran lebih luas dan logik ((7-11tahun) Berfikiran tersusun (secara pembalikan)ketika selesai masalah Egocentrik berkurangan/boleh berkongsi idea dan berinteraksi dengan orang lain Naluri ingin tahu tinggi/ingin mencapai kejayaan Penguasaan pengetahuan,ingatan dan pemikiran bertambah Berfikiran rasional

Peringkat operasi/olahan formal (11-15tahun)

Boleh berfikir perkara abstrak secara logik Mematuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah Mempunyai banyak skemata dari proses asimilasi dan akomodasi Menggunakan prinsip untuk selesaikan masalah yang kompleks Kemuncak perkembangan kognitif individ

Konsep-konsep penting
skema Potensi am yang sedia ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu Cth:sewaktu dilahirkan, bayi dilengkapkan dengan beberapa gerak balas sebagai skema seperti menghisap,memandang serta gerak tangan dan kaki. Skema adalah struktur kognitif yang dengannya seseorang beradaptasi dan terus mengalami perkembangan mental dalam interaksinya dengan lingkungan Skema juga berfungsi sebagai kategori-kategori untuk mengidentifikasi rangsangan yang datang, dan terus berkembang.

skemata

Asimilasi Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Cth: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada.

Akomodasi

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Contoh:Apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.

Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak Swanwick dan Tillman

Swanwick dan Tillman


Model spiral

Swanwick dan Tillman


empat tahap perkembangan muzikal kanakkanak iaitu:1. tahap masteri (penguasaan) 2. tahap imitasi (peniruan) 3. tahap permainan imaginatif 4. tahap metakognitif

tahap masteri (penguasaan)


Pada asas "penguasaan" tahap (0-4 tahun), kanak-kanak mula-mula mengalami "deria" mod. Ini dicirikan oleh penerokaan bunyi, tarikan warnanada dan tahap dinamik, serta membuat muzik tidak menentu. Sebagai masa berlalu, kanak-kanak memasuki "manipulasi" mod mana mereka mula menunjukkan pemahaman teknik instrumen, nadi biasa, pengulangan, dan kawalan meningkat bahan.

tahap imitasi (peniruan)


Tahap perkembangan kedua ialah "tiruan" (4-9 tahun) dan ia bermula dengan mod "peribadi". Bagi kanak-kanak dalam mod ini, ekspresi peribadi adalah pusat, dengan petunjuk frasa asas dan amnya spontan idea muzik. Peralihan kepada mod "vernakular" ditandakan oleh corak melodi dan berirama yang muncul dalam bentuk kepingan pendek, sering mempamerkan 2, 4, atau 8-bar frasa.

tahap permainan imaginatif


Pada "play imaginatif" tahap (10-15 tahun), kemudiannya dinamakan "bermain pembinaan" oleh Swanwick (Runfola & Swanwick, 2002), kanak-kanak mula-mula memasuki "spekulatif" mod. Mod ini contoh eksperimen sebagai kanak-kanak meneroka berbeza idea dan kejutan muzik, walaupun mereka tidak sentiasa dikawal. Dalam mod "simpulan bahasa" kanak-kanak terus untuk membangunkan kejutan kepada gaya muzik yang lebih dikenal pasti dan kesahihan menjadi sangat penting sebagai kanak-kanak bertujuan untuk meniru "membesar" membuat muzik.

tahap metakognitif
"Meta-kognisi (15 + tahun) adalah tahap akhir, memulakan" simbolik "mod. Swanwick dan Tillman tidak sebenarnya bekerja dengan kanak-kanak daripada kategori ini, namun mereka membuat spekulasi tentang kualiti tahap ini berdasarkan tulisan-tulisan Bunting dan Bruner (Swanwick, 1988). Pada tahap ini, orang dewasa muda mencerminkan pengalaman muzik dan mempamerkan pengenalan peribadi berkembang dengan kepingan pemuzik dan tertentu.

Ini memuncak dalam mod "sistematik" yang menggabungkan perasaan sengit dengan keupayaan untuk bercakap tentang muzik dalam cara yang akademik berstruktur. Pengalaman pelajar muzik boleh dimaklumkan oleh penyelidikan, teori muzik, dan teknologi sebagai pelajar mengarang, membincang dan mencerminkan kepada kerja mereka. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Swanwick menganggap tahap untuk menjadi bulat dan kumulatif, serta agak fleksibel mengenai umur (Swanwick, 1988).

perbezaan
Bil Piaget Kategori Swanwick/Tillman 1. Deria motor(0-2) Tahap Mastery(0-4) Pra-operasi(2-7) umur Imitation(4-9) Operasi konkrit(7-12) Imiginative play(10-15) Operasi formal(12 ke Metacognition(15 ke atas) atas) 2. Tidak menyatakan zon Tahap Setiap tahap setiap tahap zon mempunyai 2 zon 1. Kiri(pengalaman deria & simbolik personal) 2. Kanan(perkongsian sosial.

Bil 3.

Piaget Mengkategorikan fasa pada peringkat umur

Kategori Model

Swanwrik/Tillman Menggunakan model Helix dalam teorinya

4.

Deria motor Menggunakan paincedera untuk berinteraksi Melalui pengalaman sendiri

Tahap Mod sensori Pertama Eksplorasi bunyi Mod manipulatif Intrumen teknik Detik konsisten Ulangan Meningkatkan kawalan alat.
Tahap Kedua Mod personal Dapat buat frasa pendek Mod vernakular Boleh mengajuk frasa pendek

5.

Pra operasi Mengekalkan maklumat Pemikiran egosentrik

Bil 6.

Piaget Operasi konkrit Pemikiran logik terbatas kepada konkrit Memahami konsep dan kebolehan untuk pengekalan Boleh membezakan bunyi Operasi formal Dapat berfikir logik secara abstak Dapat menyelesaikan masalah menggunakan strategi

Kategori Tahap Ketiga

Swanwrik/Tillman Mod spekulatif Ekplorasi idea muzikal, bunyi dan ekspresi Mod Idiomatik Meneruskan perkembangan muzik yang sebenar untuk muzik dewasa

7.

Tahap Mod simbolik Keempat Dapat buat refleksi pengalaman muzikal Dapat tentukan individu dengan muzik Mod tematik Dapat meletakkan perasaan dalam muzik Dapat bercakap perkara muzik secara akademik

persamaan
Menyatakan kanak-kanak menggunakanderia pada tahap pertama.
Piaget : interaksi kanak-kanak dengan alam melalui pancaindera Swanwick : kanak-kanak mengekplorasi bunyi,menggunakan deria (mod sensori)

Mengkategorikan fasa perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut peringkat Setiap peringkat, kanak-kanak mengalami skema yang baru

Pada tahap kedua, kanak berkebolehanmengekalkan maklumat


Piaget : Kanak-kanak akan melakonkan semula perbuatan yang berlaku semasa di Tadika. Swanwick : Kanak-kanak boleh mengajuk satu frasa pendek.

Teori Perkembangan Kognitif kanakkanak


Edwin Gordon

Teori pembelajaran muzik adalah suatu pembelajaran yang melibatkan cara kita belajar ketika belajar muzik. Di dalam teori Edwin ini lebih memberi penekanan pembelajaran secara berperingkatperingkat. Teori ini digunakan melalui lapan peringkat kemahiran muzik dalam dua kategori asas iaitu diskriminasi dan inferens.

Diskriminasi
murid akan mempersembahkan satu tugasan muzik yang sama contohnya dengan apa yang ditunjukkan oleh guru. Proses ini dijalankan melalui lima kemahiran 1. Oral 2. Kesatuan lisan 3. Sintesis 4. Kesatuan simbol 5. Gabungan sistesis

Oral atau aural melibatkan kanak-kanak belajar untuk mendengar dan melihat corak bunyi muzik yang dinyanyikan guru dengan suku kata yang mudah. kesatuan lisan yang dapat dilihat melalui nyanyian guru dengan suku kata yang ada corak irama yang sama dengan peringkat oral.

Selepas murid mendengar nyanyian guru, mereka akan mengikut dan menyanyikan semula corak irama tersebut dalam tindak balas echo. Di dalam kemahiran sebahagian sintesis, corak bunyi dan irama muzik yang hampir sama akan dikumpulkan di dalam setiap irama.

Kemahiran seterusnya ialah kesatuan simbol yang melibatkan guru menunjukkan kepada murid tentang corak bunyi yang hampir sama dalam notasi berirama. Kemahiran yang terakhir dalam kategori ini ialah gabungan sintesis yang melatih dan mendidik murid untuk faham notasi muzik dalam menyanyikan sesebuah lagu.

Inferens
kesimpulan yang mengandungi corak yang tidak dikenali oleh murid dan akan diperkenalkan dalam kelas pengajaran melalui tiga kemahiran dalam muzik. 1. Kesimpulan umum 2. Kreativiti atau improvisasi 3. Pemahaman teori

Kemahiran yang pertama ialah kesimpulan umum yang melibatkan murid untuk membandingkan muzik yang tidak dikenali dengan muzik yang pernah murid pelajari sebelum ini melalui not. Kemahiran kedua ialah kreativiti atau improvisasi. Dalam kemahiran ini, murid akan mempersembahkan corak bunyi yang berbeza dari kelas pembelajaran tetapi berkait dengan corak yang dipersembahkan oleh guru.

Dalam pemahaman teori, murid akan menyoal dan mempertimbangkan mengapa muzik adalah muzik, tetapi aplikasi umum adalah teori muzik.

Beliau juga telah memperkenalkan dan memberikan keutamaan kepada prinsip bunyi sebelum simbol yang lebih menekankan kepada pembelajaran permainan muzik tanpa notasi dahulu sebelum simbolsimbol muzik diperkenalkan . Bagi Gordon , pembelajaran muzik yang baik akan berlaku jika setiap pelajar dapat menguasai satu kebolehan yang dikenali sebagai audiation .

Audiation merupakan satu proses mental yang membolehkan seseorang individu mendengar muzik dalam akal fikiran tanpa merujuk kepada mana-mana bunyi yang dihasilkan secara fizikal ( getaran bunyi ) .

Punca bunyi dalam audiation adalah daripada akal fikiran sendiri dan bukan daripada faktor persekitaran fizikal . Dalam pendekatan yang diperkenalkan oleh Edwin Gordon , bahan dan strategi telah diatur secara berperingkat peringkat mengikut teori teori pembelajaran kontemporari . Pendekatan ini juga memberikan penekanan kepada aspek kognitif yang boleh membantu pelajar untuk membezakan irama, meter, dan juga tonality atau kualiti nada ( major , minor , dan mode) selain bernyanyi, bermain alat-alat muzik, membaca notasi muzik, dan menghayati muzik .

Audiation merupakan satu proses kognitif yang melibatkan otak yang membantu untuk memberi maksud tentang pelbagai muzik . Selain itu , audiation juga adalah asas kepada pembelajaran muzik . Ini juga merupakan satu teknik yang mampu memotivasikan pelajar untuk belajar dengan cara mendengar dan memahami apa yang diajar oleh guru .

Dengan menggunakan proses audiation , pelajar dapat meningkatkan kemampuan dan pemahaman serta kepekaan pada melodi , interval , ritma dan irama , tona yang merupakan satu asas pengetahuan kepada pelajar untuk dapat belajar secara kreatif sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai .

Dalam proses yang diperkenalkan oleh Gordon ini , pelajar akan diperdengarkan lagu lagu yang dipasang melalui kaset atau VCD . Melalui cara ini , pelajar mampu mempertingkatkan pemahaman dan kepekaan terhadap melodi interval , ritma dan irama , tona dan rasa harmoni .

METODOLOGI
Metodologi adalah salah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Gordon dalam kurikulum bagi mencapai objektif dan matlamat secara menyeluruh . Selain itu , kaedah ini merupakan alternatif yang baik untuk memberitahu pelajar apa yang diajar , bila perkara itu diajar ,dan kenapa sesuatu perkara itu diajar kepada mereka . Teori pembelajaran muzik yang diperkenalkan oleh Edwin Gordon ini merupakan kaedah yang komprehensif kepada guru guru untuk mereka mengajar kemahiran audiation .

URUTAN
Kaedah pengajaran secara urutan juga diberi penekanan oleh Edwin dalam konsep beliau . Kaedah pengajaran muzik yang dikategorikan sama ada secara hafalan pertama ataupun nota pertama .

Melalui kaedah pembelajaran secara urutan , pelajar dapat membina asas yang kukuh pada kemahiran awal dan persembahan melalui nyanyian , pergerakan berirama , dan corak yang menggunakan gaya suara dan irama sebelum mereka diperkenalkan kepada notasi dan teori muzik . Ini adalah kerana , dalam proses kanak kanak belajar bercakap , mereka bermula dengan mendengar . Demikian juga sejak mereka lahir , mereka telah tersedia dikelilingi dengan bunyi bahasa . Bayi akan menyerap bunyi dan akan terbiasa dengan bahasa yang sering mereka dengar .

Kanak kanak mula membentuk frasa dan ayatayat disusun dengan cara mereka sendiri dan ini membolehkan mereka melibatkan diri dalam komunikasi ataupun perbualan antara satu sama lain . Apabila kanak kanak dapat berkomunikasi, langkah seterusnya mereka akan diajar untuk membaca dan menulis . Jika diperhatikan dengan teliti, teori pembelajaran muzik mempunyai persamaan dengan pembelajaran bahasa . Pelajar diajar menggunakan teori pembelajaran muzik dengan belajar membaca notasi, tetapi mereka hanya akan diajar apabila mereka mempunyai keupayaan untuk audiate atau memahami corak nota yang ditulis .

Secara kesimpulannya, teori yang diperkenalkan oleh tokoh Edwin Gordon sedikit berlainan daripada tokoh muzik yang lain kerana ianya lebih formal dan lebih kepada pengajaran dan cara murid belajar ketika belajar muzik. Di samping itu, dalam teori ini murid akan belajar secara berperingkat peringkat dan ianya memudahkan murid untuk lebih faham dan dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru. Beliau lebih menekankan dan mengutamakan konsep sound before symbol.

Ronald B. Thomas

Manhattanville Music Curriculum Program (MMCP).


Dikembangkan pada tahun 1965, dibawah pengarahan Ronald B. Thomas . merupakan metode alternatif dalam membentuk perilaku positif terhadap pendidikan musik. Pendekatan kreatif ini berpusat pada pelajar menjadi musisi dan terlibat dalam proses penemuan. Guru memberikan pelajar kebebasan untuk mencipta, mementaskan, berimprovisasi, melakukan, meneliti, dan menyelidiki berbagai faset musik dalam kurikulum spiral.

Projek ini memberi fokus kepada penemuan dan penerokaan bunyi bagi menghasilkan muzik. Manhattanville Music Curriculum Program (MMCP) telah menggunakan Lingkaran Kurikulum (Spiral Curriculum) dalam memperkenalkan konsep baru pendidikan muzik menerusi actionoriented cycles.

Dalam lingkaran kurkulum ini, konsep muzik telah diterapkan kepada para pelajar berdasarkan tahap perkembangan kognitif mereka. Para pelajar yang mengikuti program ini telah digalakkan untuk bereksperimen dengan bunyi muzikal dan persekitaran. Di waktu yang sama, mereka juga diberi kemahiran dalam aural, persembahan dan notasi muzik.

Rujukan
Teori Perkembangan Kognitif kanak-kanak Piaget Retrieved by 16 January 2013 from: http://www.slideshare.net/IzzatNajmi/teori-kognitifpiaget-11733932 Edward F. Gifford Why is pre-service training in music for general primary teachers so unsuccessful? Retrieved by 13 January 2013 from http://www.iier.org.au/qjer/qr9/gifford.html Nazzaria Group pendidikan muzik menjana pemikiran kreatif & kritisRetrieved by 17 January 2013 from http://musix4lifenazzariagroup.blogspot.com/ Miss NiaPerbangingan Teori Piaget Dan Swanwick Retrieved by 19 January 2013 from http://www.scribd.com/doc/101043093/Perbangingan -Teori-Piaget-Dan-Swanwick

Anda mungkin juga menyukai