Anda di halaman 1dari 38

KONSEP-KONSEP

MORAL

AHMAD TAJIDIN HJ. ARIFFIN


JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
IP TUN ABDUL RAZAK
KOTA SAMARAHAN
014-8842737
ISTILAH ASAS MORAL
KONSEP MORAL
MORAL

( Peter Baelz: Ethics and Belief : 1)

Membicarakan persoalan betul atau salah,


benar atau tidak dan apakah yang perlu
dibuat atau yang harus ditinggalkan
terhadap sesuatu perkara dalam satu-
satu keadaan.
Contoh:
Salahkah seseorang perempuan
menumpang kereta seorang lelaki

• Beberapa pertimbangan moral


( moral judgement ) oleh gadis itu akan
melahirkan keputusan dan tindakannya.
• Dia perlu menyoal diri sendiri?
Masyarakatnya? Persoalan lain ?
( Peter Baelz: hal 6-8 )

Pertimbangan moral seseorang adalah


bergantung kepada suasana atau keadaan:

Di mana ia berada dan dibesarkan?


Apakah sistem sosial atau kelas dianauti?
Apakah agama yang dianuti?
Contoh:
• Kanak-kanak kampung membuang
sampah di tepi jalan mungkin dianggap
tidak salah jika di bandingkan dengan
kanak-kanak yang dibesarkan di bandar
atau dari keluarga yang bersih dan
berdisiplin.
• Persoalan minum minuman keras dari
sudut agama, Islam? Kristian? Atau
agama lain?
Peter Baelz ( Ethics and Belief )
“ Moral dan etika selalunya mempunyai
makna yang sama. Walau bagaimanapun,
adalah berfaedah jika dapat dibezakan
antara keduanya, sekalipun kita selalu
tidak berjaya membezakannya”.
J.L. Mackie: Ethics: Inventing Right and Wrong
tidak membezakan term-term moral dan etika:

“ Kenyataan moral dan etika akan dapat


menerangkan sesuatu perbuatan itu betul atau
salah; atau perbuatan yang sejenis dengannya
betul atau salah; ia mampu menyediakan garis
perbezaan antara kebaikan dan keburukan
mengenai perbuatan atau kecenderungan
seseorang; atau sekurang-kurangnya ia dapat
memajukan garis panduan yang dengannya
boleh dibuat berbagai-bagai pertimbangan
moral”
( G.J. Warnock: The Object of Morality:hal 1-10 )

“Moral secara mudah boleh dikatakan


sebagai cara atau berbagai-bagai
cara untuk melihat dan
mempersoalkan berbagai-bagai isu
berhubung dengan perbuatan atau
tingkah laku”.
Prof. N. Capaldi, Prof.E. Kelly dan
Prof.L.E.Navia dalam kajian mereka: An
Invitation to Philosophy

Menyamaertikan istilah moral dan etika:


“Dari segi etemologi , perkataan Inggeris
‘ethical’ dan ‘moral’ adalah sama, dan
kerana itulah, maka pengajian etika dan
moral sebenarnya satu dan sama sahaja”.
A.R. Lacey: A Dictionary of Philosophy dan
W.L. Reese: A Dictionary of Philosophy and
Religon

Menyamakan istilah ‘moral’ dalam bahasa Latin


dan ‘etika’ dalam bahasa Greek. Kedua-dua
istilah itu bersangkutan dengan kegiatan-
kegiatan praktikal yang berhubung dengan
tingkah laku, adat dan cara hidup: serta aspek-
aspek niat dan kecenderungan seseorang atau
masyarakat dalam melakukan satu-satu aktiviti.
“Moralis” (Latin):

Tingkah laku yang sejajar dengan


tatasusila atau
merangkumi nilai-nilai murni:

Baik hati, berdikari, berhemah


tinggi, kebersihan fizikal dan mental,
kejujuran, kerajinan, bekerjasama,
kesyukuran, berfikiran secara
rasional
Amalan bermoral dilihat dalam situasi berikut:
•Pengawalan diri terhadap sesuatu kehendak
nafsu atau dapat menahan diri dari melakukan
sesuatu tingkah laku yang dianggap salah.
•Kawalan ke atas keperluan fizikal yang
berdasarkan kepada peraturan-peraturan
masyarakat yang telah diterima secara rasional.
•Bertindak secara rasional terhadap sesuatu
keputusan moral yang melibatkan pentafsiran
tindakan ‘betul’ melalui maklumat atau
pengetahuan yang cukup dan dihuraikan
dengan pemikiran secara objektif dan kritis.
•Sentiasa menjaga dan bertindak dalam
keadaan yang berdisiplin serta menghayati
sesuatu standard hidup yang dicapai oleh sosio-
ekonomi masyarakat
AKHLAK
AKHLAK
( Dr. Miqdad YalJin )

Meringkaskan akhlak kepada 3 aspek:

• Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang


secara fitrah;
• Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan
atau sebagainya yang akhirnya diterima
sebagai adat atau tabiat; dan
• Akhlak meliputi dua demensi, batin iaitu
kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan
( Jamil Saliba: al-Mu’jam al-Falsafi )

• Dari segi istilah: Akhlak bermaksud


kejiwaan yang darinya akan terbit
tingkah laku dan perbuatan manusia
( Ibn Athir dan al-Ghazali )

• Khuluq merupakan gambaran batin


seseorang termasuk –jiwa, inspirasi,
kehendak dsb;
• Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau
bentuk luaran seseorang.
• Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu
baik khuluq dan khalqunya maka – baik
sifat batiniah dan lahiriahnya.
( al-Ghazali )

“Akhlak adalah sifat yang tertanam


dalam jiwa seseorang, darinyalah
terbentuknya perbuatan dengan
mudah, dengan tidak
berkehendakkan pertimbangan fikiran
terlebih dahulu.”
Menurut al-Ghazali;

• Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang


baik ( akal dan syarak)  dinamakan akhlak
yang baik, jika sebaliknya akhlak yang buruk.

• Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan


untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan
juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak
sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan
punca kepada wujudnya tingkah laku.
( Ibn Miskawayh )
“Keadaan jiwa yang menggerakkan
seseorang untuk melakukan sesuatu
perbuatan tanpa pertimbangan fikiran
(terlebih dahulu)”

• Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2


bahagian:
Tabii (natural)
Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan
• Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi
seseorang - umpamanya cepat marah terhadap
perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan
berita yang didengar; cepat ketawa; cepat
berputus asa dsb.

• Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan


kebiasaan melalui dua peringkat:
Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang
teliti
Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan
sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan
hidup seseorang
Ahmad Amin:

“Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah


(luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan
‘kelakuan’ atau ‘mu’amalat’, dimana ianya merupakan
gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak”.

Akhlak mempunyai ciri-ciri:


• Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang
merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan
tingkah laku
• Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang
dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-
desakan dari luar seperti paksaan dsb.
• Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan
secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah
daging kepada seseorang.
RUMUSAN

AKHLAK – Keadaan yang lahir daripada


jiwa seseorang sebagai daya penggerak
kepada wujudnya satu-satu perbuatan,
dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan
dengan motif yang baik, berterusan dan
bukan disebabkan oleh desakan atau
dorongan emosi. Ia merupakan gabungan
moral dan etika. Akhlak lebih menekankan
autoriti wahyu di samping tidak menolak
akal, sedangkan moral dan etika lebih
memberatkan taakulan manusia.
ETIKA
ETIKA
• “Perkataan etika juga mempunyai berbagai-bagai
pengertian. Pengertian biasa digunakan sebagai satu
peraturan yang menjadi panduan hidup manusia.
Contoh: ‘etika perubatan’ (medical ethics) – bermaksud
suatu kod (susunan undang-undang) yang dapat
mengatur dan memberikan panduan tingkah laku
kepada para doktor dalam perubatan antara mereka
dan juga dengan para pesakit. ‘Etika perniagaan’
(bisuness ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur
tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan,
pekerja dan rakan-rakan seperniagaan mereka”.

( Stroll & R.H. Popkin: Introduction to Philosophy:


hal 249-251)
“Moral dan etika memberi pengertian yang serupa, dan
juga mempunyai metod kajian yang hampir sama, maka
moral boleh diertikan sebagai satu disiplin yang akan
dapat memberitahu kita apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu kelompok manusia tertentu;
sementara etika pula mengkaji, menganalisis dan
mengkritik sistem moral tersebut”.
( Peter Baelz: hal 2 )

“Etika bersifat reflektif dan teoritikal, sementara moral


pula bersifat praktikal – etika adalah penyelidik atau
pengkaji, sementara moral merupakan bahan yang di
selidik atau dikaji oleh etika”.
( R.H. Popkin & A. Stroll: Philosophy Made Simple:
hal 1-2 )
• Contoh:

Seseorang yang percaya membunuh adalah


salah dalam masa yang sama ia wajib
mempertahankan tanah air jika dicerobohi.
Apakah yang perlu dilakukan jika negara
diancam? Jika enggan berjuang untuk negara
bermakna tidak menjalankan kewajipan kepada
negara, jika sebaliknya dia akan melakukan
pembunuhan. Dalam keadaan seperti ini
kemampuan sesuatu teori etika akan teruji
keutuhannya dan akan terletak sejauh mana ia
dapat menolong menyelesaikan situasi
berkenaan.
Peter Baelz:

Etika terbahagi kepada 2 bahagian:

Etika Deskriptif
Etika Normatif
Etika Deskriptif:

• Satu disiplin yang membicarakan sejarah sistem moral.


Ia menyatakan kepada kita apakah sistem moral yang
dianuti oleh seseorang individu atau oleh segolongan
tertentu.
• Menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat pelbagai
sistem moral yang relatif. Seperti sistem moral kepada
orang-orang Kristian, Buddha, Yahudi, Islam; moral pada
abad pertengahan, moden dsb; apa yang dianggap tidak
bermoral oleh golongan yang lain; dan kadang-kadang
pula penilaian moral berbeza mengikut perbezaan
individu, masa, tempat dan keadaan.
• Menyatakan apakah bentuk atau karekteristik
sebenarnya satu-satu sistem moral yang ada. Ia tidak
akan membuat penilaian, pengadilan, atau keputusan
terhadap sistem–sistem moral tersebut.

( Peter Baelz: hal 3)


Etika Normatif:

• Menilai, mengkritik dan membuat keputusan


terhadap sistem moral yang ada. Ia juga akan
mencadangkan suatu undang-undang moral
yang dianggap terbaik atau sepatutnya, bukan
undang-undang moral yang telah sedia ada
dan sedia diterima. Ia akan mengemukakan
suatu sistem yang standard dengan
berpandukan sistem yang sedia ada, seperti
membentuk ‘etika perubatan’ yang berfungsi
bagi menentukan suatu bentuk perlakuan yang
sesuai untuk sesiapa sahaja yang terlibat
dengan profesyen perubatan.
(Peter Baelz: hal 3)
• Adanya nilai-nilai mutlak (ethical
absolutism) yang sesuai mengikut
perubahan, yang dihubungkan dengan
ajaran-ajaran agama dan bukannya
bersifat relatif ( ikut perubahan budaya ).
Contoh;
Berjudi, arak, zina, pembunuhan,
penipuan adalah dianggap buruk oleh
manusia sejagat dan sesuai dengan
perubahan budaya, masa, tempat dan
keadaan.
TEORI ETIKA

3 jenis ( menurut ahli falsafah ):

Metaetika:

• Meta  "di sebalik apa yang dilihat secara kasar"


• Mengkaji asal-usul serta maksud konsep etika
( ciptaan @ luahan emosi manusia )
  Persoalan isu kebenaran ( sejagat, kuasa Tuhan,
peranan akal )
  Melibatkan isu-isu metafizik, psikologi, linguistik
( abstrak )
Etika Normatif ( Normative Ethics ):

• Membuat kritikan dan penilaian ke atas sistem moral


• Cadang sistem yang standard ( ukuran unggul ) 
tentu kelakuan bauk buruk
Contoh :
• Jika saya mahu orang lain menghulurkan makanan
ketika saya kebuluran, maka saya patut ( baik )
menghulurkan makanan kepada orang lain
• Jika saya tidak mahu jiran mencuri kereta saya, maka
saya tidak boleh ( salah ) mencuri kereta
• Adakah boleh ( betul ) saya " meminjam " daripada
rakan tanpa memberitahunya terlebih dahulu?
Persoalan:
• Adakah nilai moral itu hakiki atau ciptaan
manusia?
• Nilai  berbentuk metafizik
• Apakah sebab manusia perlu bermoral?
• Sebab psikologikal
• Apakah maksud baik?
• Baik  linguistik
Etika Gunaan ( Applied Ethics ):

• Analisis ke atas isu-isu dalam pelbagai


bidang  khusus, kontroversi
Contoh  etika sosial:
  etika alam sekitar
  etika perubatan
  etika perguruan
  etika perniagaan
Etika moden
• Boleh ditentukan secara teori tindakan itu
betul atau salah melalui tindakan;
Pendekatan
• Teori teolologikal  berdasarkan kesan
tindakan
• Teori deontologikal  berdasarkan
tindakan
Etika dalam konteks Moral / Akhlak

• Tatacara perlakuan:
 betul - salah
 baik -buruk
 benar - palsu
 boleh - tidak mudarat

Menurut kamus Cambridge


• Etika  kajian baik buruk perlakuan
• Sistem kepercayaan  diterima mengawal t/laku
manusia ( khusus moral )
• Ilmu etika  kajian tentang betul - salah dari sudut moral

Anda mungkin juga menyukai