Anda di halaman 1dari 10

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3107) : KEMAHIRAN PEMUDAHCARA DALAM KAUNSELING KELOMPOK

Fatehah bt Zulkifli Izzah Farhanah bt Zulkifli Nur Fadhilah bt Abdullah


PISMP 7A AMBILAN JANUARI 2010

PERANAN KAUNSELOR SEBAGAI PEMUDAHCARA


Dalam kaunseling kelompok, kaunselor (guru pembimbing) lebih berperanan sebagai pemudahcara. Menurut kamus Collins, memudahcara bermaksud menjadi mudah. Terdapat beberapa peranan kaunselor sebagai pemudahcara iaitu;1. Pengarah Peringkat penapisan Menentukan matlamat dan tujuan kelompok Menjalankan proses pemilihan ahli Memilih tempat & masa yang sesuai Peringkat orientasi kelompok Memerhati dan mengenal pasti apa yang sedang berlaku, tingkahlaku yang ditunjukkan dan pencapaian matlamat kelompok.

2. Sebagai Orang Berkecuali Atau Tidak Campur Tangan Bersifat objektif terhadap isu perbincangan ahli kelompok iaitu dengan berperanan sebagai orang yang berkecuali ketika ahli ahli kelompok mengemukakan idea,pandangan dan pendapat masing masing.
Hal ini agar kaunselor dapat menumpukan perhatian terhadap proses dan
dinamika kelompok. Kaunselor bersifat empati, tulen dan menerima klien secara positif tanpa syarat. Kaunselor perlu mengelak daripada melibatkan diri dalam perbincangan isu dalam kelompok. Hal ini kerana dikuatiri campur tangan tersebut akan menghalang klien daripada meluahkan permasalahan mereka secara telus.

3. Sebagai Manipulator Atau Pengurus Apabila kelompok menemui jalan buntu atau sudah jauh menyeleweng daripada matlamat, kaunselor berperanan sebagai manipulator untuk membawa ahli kelompok kembali kepada matlamat sebenar. Bertindak sebagai pengurus bagi memastikan perbincangan kelompok berjalan dengan lancar. Kaunselor boleh menghentikan perbincangan jika ia tidak memberi manfaat kepada mana mana ahli. Peranan ini hendaklah dimainkan secara diplomasi agar tidak

menyinggung hati dan perasaan.

4. Sebagai Pemangkin Berperanan sebagai pemangkin dalam memaksimumkan penyertaan ahli dan meminimumkan dominasi.

Memberi
pendapat.

peluang

kepada

semua

ahli

untuk

mengemukakan

Memperuntukkan masa dan peluang pada akhir setiap sesi untuk merumuskan apa yang telah dibincangkan di samping memberikan peneguhan positif terhadap sumbangan dan kerjasama setiap ahli.

Memastikan kelicinan perjalanan sesi kaunseling kelompok. Menarik perhatian terhadap perubahan positif yang terdapat pada

ahli kelompok.
Memberi rangsangan serta penghargaan kepada ahli yang sentiasa

mencuba serta berusaha.


Menggalakkan sebarang tanda positif yang menuju ke arah

penyembuhan.

Menggalakkan ahli menekankan kemajuan yang diperoleh oleh ahli


tertentu. Menentukan bentuk dan fokus interaksi kelompok. Pemudah cara yang bertindak balas kepada kelompok. Sebagai pakar yang mempunyai sumber ilmu dan kemahiran yang dapat digunakan oleh peserta dalam proses kaunseling.

KEMAHIRAN PEMUDAHCARA
1. Menyoal. Soalan-soalan yang digunakan untuk membantu ahli-ahli kelompok menimbangkan aspek-aspek diri. Soalan ini dapat menukarkan kesenyapan kepada perbincangan yang produktif. Jenis soalan yang dikemukakan hendaklah merupakan soalan terbuka agar dapat memperoleh banyak maklumat daripada ahli-ahli. Soalan tertutup yang memerlukan ya atau tidak hendaklah dikurangkan.

Klien Saya rasa tidak mempercayai ibu bapa saya. Ibu bapa saya selalu sibuk dengan kerja mereka yang menyebabkan saya kerap ponteng sekolah. Kaunselor Nampaknya saudara tidak mempercayai ibu bapa saudara yang selalu sibuk dengan kerja ibu bapa. Cuba ceritakan lagi tentang kepercayaan yang diharapkan oleh saudara.

2. Mencungkil / Meneroka
Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya akan membincangkan secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor hendaklah sensitif kepada perasaan dan pemikiran klien. Ia mendorong klien mengkaji masalahmasalah klien dengan lebih mendalam. Klien Saya tahu saya ada perasaan marah di dalam diri saya. Tapi saya tidak tahu puncanya. Kaunselor Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan marah tetapi tidak tahu mengapa. Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih marah daripada yang lain.

3. Menyediakan Suasana Kelompok Suasana yang sesuai adalah penting bagi menjamin keberkesanan kelompok. Kaunselor boleh menyediakan suasana yang kondusif dengan pelbagai cara termasuk susunan fizikal (kedudukan kerusi dan meja) perasaan yang ditunjukkan oleh kaunselor, jenis kepimpinan dan aktiviti yang dicadangkan bagi klien. Dengan ini, klien akan memikirkan tentang tingkahlaku , perasaan dan cara hendak bertindak balas.

Kaunselor : Setakat ini kita hanya menumpukan tentang keinginan untuk mengubah masalah diri kita. Bagaimana jika kita berkongsi maklumat tentang aspek-aspek diri kita yang hendak dikekalkan. Ali, cuba mulakan.