Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
8)
Chong Chia Bin
Nur Fatihah Binti Adnan Tan Xue Ann
Pengenalan
Muzik dan tarian Portugis muncul di Melaka pada tahun 1952. Namun begitu, masyarakat Portugis telah wujud di Melaka sejak abad keenam belas. Pada tahun 1952, seorang paderi, Fr. Manuel Joachim Pintado telah memperkenalkan tarian dan muzik rakyat Portugis kepada sekumpulan orang Serani kelas tinggi di gerajanya di Melaka.
Tarian-tarian yang dipelajari telah dipersembahkan pada sebuah majlis untuk menyambut Commander Manuel Maria Samento Rodrigues dari Portugal yang melawat Melaka pada masa itu.
Tarian-tarian dan lagu-lagu yang diperkenalkan oleh Fr.Pintado telah diperturunkan secara lisan kepada para remaja dan kanak-kanak masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis Melaka.
Tarian dan lagu sinkretik baru yang menggabungkan ciri-ciri muzik Portugal, Melayu, Baba dan negara barat lain diciptakan.
Kebanyakan lagu baru menggunakan bahasa Kristang (bahasa Kreol orang Portugis Melaka) dan bukan bahasa Portugis moden. Tarian Branyo (bahasa Kristang untuk tarian sosial joget) diperkenalkan sebagai tarian terakhir pada setiap persembahan.
Tarian ini mempunyai empat tempo, iaitu: Serampa, Bintanya, Chikoti yang dinyanyikan dengan iringan rebana,flute gong, biola, dan Jingli Nona Yo Kere Kaza, iaitu sebuah persembahan di majlis perkahwinan, partiparti, dan konsert.
Seperti dalam sesi joget, para penonton dijemput menari dengan penari-penari branyo. Lagu-lagu popular dari Portugal dan negaranegara Barat lain juga diubahsuaikan dan dipentaskan oleh masyarakat Portugis Melaka.
Pada waktu sekarang, fungsi tarian dan lagu dipentaskan untuk menghiburkan para pelancong dan membuat persembahan bagi majlis-majlis perayaan.
Semasa Pesta San Pedro diadakan, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah. Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan. Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.
Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan, tarian akan menjadi lebih menarik'.
Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri.
Ensembel
Ensembel
Ensembel muzik Portugis Melaka terdiri daripada biola, akordion, gitar, rebana, tamborin dan kerincing (triangle).
Penyanyi akan diiringi oleh pemain biola dan akordion yang bermain secara heterofoni.
Pemain-pemain gitar menghasilkan kod-kod asas dan pemain-pemain rebana, tamburin serta kerincing bagi melengkapkan rentak lagu.
Biola
Akordion
Rebana
Tamborin
Kerincing
Persembahan yang berlainan akan menggunakan bilangan dan jenis alat muzik yang berbeza.
Contohnya beberapa gitar boleh digunakan pada waktu yang sama, sebuah sintesizer boleh digunakan untuk mengiringi seorang penyanyi khasnya untuk pertunjukan-pertunjukan malam.
Dua lagu yang biasa dipentaskan adalah Jingli Nona dan TiAnika. Kedua-dua lagu telah menjadi lambang kebudayaan masyarakat Portugis Melaka dan dikenali sebagai lagu tradisional.
Lagu TiAnika
Merupakan lagu Portugis yang diimport dari Portugal pada tahun 1950an.
Masih dinyanyikan dalam Bahasa Portugis kuno yang tidak lagi digunakan oleh masyarakat Portugis Melaka sebagai bahasa pertuturan.
Seperti dalam Dondang Sayang, suasana menarik ditimbulkan bila seorang penyanyi wanita dan seorang penyanyi lelaki jawab-menjawab puisi. Proses jawab-menjawab puisi juga didapati dalam lagu Jingli Nona.
Empat rangkap teks Jingli Nona (dinyanyikan oleh Rosil de Costa dan Stephen Theseira) m/s 431, 432
Bentuk
Melodi setiap rangkap dibahagikan kepada dua kuplet yang diulangi (AABA).
Korus dinyanyikan oleh semua orang yang hadir pada waktu persembahan (CC).
Masa kini, ramai penyanyi tidak jawab-menjawab puisi lagi tetapi menyanyi rangkap-rangkap yang dihafalkan. Akhirnya, tarian-tarian dan lagu-lagu Portugis yang telah wujud sejak 40 tahun dahulu telah diterima sebagai kebudayaan masyarakat Portugis Melaka tulen.
Persamaan (joget, dondang sayang dan branyo) menunjukkan interaksi muzikal di antara masyarakat Portugis, Melayu dan Baba Melaka. Tarian-tarian dan lagu-lagu diperturunkan kepada generasi mudah secara lisan.
Tayangan Video
Rujukan
Matusky, P. (1997). Muzik Malaysia:Tradisi Klasik, Rakyat Dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Youtube.(n.d.).Dilayari pada Januari 20, 2013 daripada http://youtu.be/19jgcJweJBU. Youtube.(n.d.).Dilayari pada Januari 20, 2013 daripada http://youtu.be/DKmrWjxeFCQ.