Anda di halaman 1dari 23

Konsep Pensejarahan Barat dengan Alam Melayu dalam pelbagai aspek.

SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA


Disediakan Oleh: PISMP Ambilan Jan 2013 Mahirah Waily Muhammad Aizat

Maksud Pensejarahan
Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya Pendapat ini adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan merujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah yang dihasilkan oleh sejarawan.

Memahami Erti Pensejarahan


Walaupun pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk menulis seberapa yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan merupakan tafsiran seseorang ahli sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah keseluruhan masa yang telah berlalu adalah bersifat objektif, manakala pensejarahan pula bersifat subjektif. Justeru apabila dikatakan sejarah ditulis kembali bukanlah bermakna sejarah itu diubah, yang diubah ialah pensejarahan iaitu tafsiran ahli sejarah tentang satu-satu peristiwa atau perkembangan yang berlaku dahulu.

Pensejarahan Barat
Pensejarahan Barat adalah lebih kepada pensejarahan moden. Semua teori dan kaedah diaplikasikan dalam bidang pensejarahan bertujuan memastikan sejarah yang ditulis itu benar-benar objektif dan berdasarkan konsep saintifik.

Ciri-Ciri Pensejarahan Barat


Leopold von Ranke ( Bapa Pensejarahan Moden abad ke-19) Konsep yang berbunyi Saya hanyalah berhajat sematamata untuk memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar (wie es eigentlich gewesen). Menurut Profesor Leonard Krieger, Ranke merupakan seorang yang memulakan sains tentang sejarah yang berdasarkan kajian yang lebih kritikal terhadap sumbersumber. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa lagi konsep pengkajian sejarah. Antaranya ialah konsep Historicism dan Quellinkritik (sumber kritikan)

Ciri-Ciri Pensejarahan Barat


R.G.Collingwood Sejarah sebagai suatu displin ilmu yang ilmiah mempunyai 4 ciri.
1 Sejarah yang bersifat ilmiah ialah sejarah yang bersifat saintifik iaitu bermula dengan mengemukakan pelbagai persoalan. Persoalanpersoalan yang dikemukakan oleh ahli sejarah adalah bertujuan mencari jawapan terhadap setiap perkara yang dikaji oleh mereka. Ke-2 Sejarah juga perlulah merupakan suatu bidang tentang kemanusiaan iaitu mengemukakan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada waktu-waktu tertentu pada masa lalu.

Ciri-Ciri Pensejarahan Barat


Ke-3 Sejarah perlulah merupakan suatu bidang kajian yang rasional dan memerlukan bukti-bukti tertentu dalam penyelidikannya. Akhirnya, sejarah juga perlulah bersifat menjelaskan diri iaitu dapat memberi pengetauhan dan penerangan tentang sesuatu perkara yang telah berlaku dan mungkin berlaku. Ke-4 Sejarah perlu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran, membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat objektif. Selain itu juga, isu pengadilan moral juga ditekankan. *Pengadilan Moral* Menurut Kasim Ahmad, pengadilan moral ialah perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada peristiwa sejarah atau kepada seorang pelaku dalam sejarah

Pensejarahan di Alam Melayu


Pensejarahan di Alam Melayu adalah lebih kepada pensejarahan tradisional Terdapat beberapa ciri khusus dalam karya pensejarahan tradisional. Kebanyakan ciri yang terkandung dalam karya pensejarahan di alam Melayu kelihatannya begitu bertentangan dengan ciri-ciri pensejarahan moden.
Menurut Ismail Hussein, pensejarahan tradisional ialah sejarah atau historiografi yang berdasarkan dakyah politik untuk diperturunkan kepada generasi akan datang dan mengandungi unsur-unsur kesusasteraan.

Ciri-Ciri Pensejarahan di Alam Melayu


1. Unsur-unsur kesusasteraan. Unsur-unsur sasteranya dilihat dalam bentuk puisi, syair, mitos, lagenda dan sebagainya. 2. Dipengaruhi oleh unsur penaungan iaitu kebanyakan penulisnya menulis dalam keadaan yang tidak bebas kerana dikongkong oleh kuasa pemerintah. Selain itu ia, ditulis untuk mengagungkan atau memuji sesuatu pihak. 3. Tarikh dan masa penceritaan tidak dinyatakan secara jelas. Terdapatnya unsur anakronistik iaitu kesilapan atau percanggahan untuk menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh dan tempat pada zaman yang sebenarnya.

4. Penulisan yang dihasilkan kebanyakan adalah berkisar kepada golongan pemerintah. Ini mungkin disebabkan golongan kelas atasan ini sahaja yang mengetahui baca tulis pada ketika itu. Mungkin ada kebenarannya pendapat tersebut kerana apabila ditelusuri kembali perkembangan persuratan dalam masyarakat Melayu hampir dapat disahkan bahawa konsep sejarah sebagai bidang ilmu berasingan tidak wujud pada zaman dahulukala.

Contoh : Salatus Salatin


Pengarangnya menulis bukan atas maksud untuk menghasilkan karya yang bersifat ilmiah bahkan hanya untuk menyukakan kuasa sang pemerintah. Hal ini dapat difahami berdasarkan petikan ini:
Setelah fakir allazi murakabun ala jahili (mendengar titah yang Maha Mulia itu), maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia, syahdan memohonkan taufik ke hadrat Allah, Tuhan saniil alam, dan minta huruf kepada Nabi sayyidil-anam, dan minta ampun kepada sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini, kama samituhu min jaadi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni pertuturan segala raja-raja, hazihi durratul-akhbar wal-amsal, inilah mutiara segala ceritera dan cahaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan dibicarakan dengan sempurna bicara.

Contoh : Salatus Salatin


Tiada konsep pentarikhan yang tepat dalam teks Salalatus Salatin. Ada yang berpendapat bahawa Salalatus Salatin dikarang pada hari Khamis iaitu yang terdapat dalam pendahuluan hikayat yang berbunyi
seribu dua puluh satu tahun kepada tahun Dal, pada dua belas haribulan Rabiul Awal kepada hari Khamis

iaitu bersamaan 13hb Mei 1612 Tetapi ada juga tokoh yang mengatakan Salalatus Salatin dikarang pada hari Ahad. Selain itu juga, sesuatu peristiwa yang berlaku mestilah mengikut kronologi. Namun begitu, dalam teks ini, masa dan juga tahun sesuatu peristiwa yang berlaku tidak dapat diperoleh

Kepentingan & Peranan Karya Tradisional


Antara peranan penting yang dimainkan oleh karya tradisional ini adalah bertindak sebagai salah satu rujukan penting dalam mengkaji perihal suasana kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu terutamanya pada abad ke-14 dan ke-15. Hal ini kerana, jika menulis berkaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu berdasarkan sumber barat terutamanya sumber yang dihasilkan oleh sarjana kolonial seperti R.O.Winstedt, Frank Swettenhem dan lainlain lagi sepastinya akan menimbulkan masalah. Hal ini kerana, kebanyakan tafsiran ataupun interpretasi yang dikemukakan oleh sarjana ini lazimnya berdasarkan kaca mata barat. Kebanyakan mereka dilihat memanipulasikan soal entosentrisme.

Kepentingan & Peranan Karya Tradisional


Entnosentrisme secara mudahnya ialah kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri lebih unggul, tinggi nilainya dari kebudayaan lain. Konsep ini juga mendorong kepada menilai kebudayaan lain berdasarkan kepada standard kebudayaan sendiri. Contohnya, seperti orang Eropah yang melihat masyarakat Asia dengan persepsi yang ganjil apabila masyarakat Asia makan dengan menggunakan tangan dan memasuki rumah mereka tanpa alas kaki sedangkan kebanyakan masyarakat Eropah makan dengan menggunakan sudu dan garpu serta memasuki rumah mereka dengan menggunakan alas kaki.

Kepentingan & Peranan Karya Tradisional


Oleh sebab itulah, terdapat sarjana seperti Zainal Abidin Wahid yang menekankan pensejarahan peribumi ditulis oleh penulis peribuminya kerana hanya masyarakat peribumi itu sahaja yang dapat memahami suasana kehidupan masyarakatnya. Hal inilah yang membawa kepada kemunculan konsep Malaysia-sentrik iaitu karya sejarah atau apa-apa karya yang mempunyai nilai sejarah tentang negara ini atau satu bahagian yang dahulunya terangkum dalam entiti Melayu.

Kepentingan & Peranan Karya Tradisional


Berdasarkan konsep ini, hanya sarjana tempatan sahaja dilihat lebih layak menulis tentang sejarah Malaysia. Menurut Zainal Abidin Wahid lagi :
Sejarah Melayu benar-benar merupakan satu sumber terpenting bagi pengkajian Sejarah Alam Melayu umumnya dan Melaka khususnya pada zaman sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Tidak ada buku atau manuskrip lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka dengan cara yang lebih baik dan jelas dari Sejarah Melayu

Kelebihan Mengkaji Penulisan Tradisional


Keunikan teks boleh dilihat berdasarkan penggunaan bahasa dalam penghasilannya. Kita dapat melihat bagaimana bangsa Melayu dahulukala dapat berfikir secara kreatif, bijaksana dan mendalam dalam bahasanya sendiri. Dapat melihat bahawa lokasi-lokasi yang dinyatakan, contohnya dalam teks Sulalatus Salatin seperti Temasik atau Singapura, Palembang, Pulau Bentan, Tanjung Bemban, Minangkabau, Tanjung Pura, Srivijaya, Majapahit, Siam dan lain-lain lagi masih wujud sehingga kini.

Adakah Relevan Menggunakan Karya Pensejarahan Barat, Menolak Tradisional


Ternyata menilai karya pensejarahan tradisional Melayu berdasarkan kaca mata barat adalah suatu kesilapan. Hal ini didorong oleh beberapa faktor seperti faktor perbezaan budaya, tujuan penulisan teks dan kaedah penulisan. Pensejarahan moden yang menggunakan rujukan atau sumber barat tidak sesuai untuk menilai karya pensejarahan tradisional. Hal ini hanya mendorong kepada isu berat sebelah dan akhirnya pensejarahan baratlah yang akan mendominasi pensejarahan tradisional.

Adakah Relevan Menggunakan Karya Pensejarahan Barat, Menolak Tradisional


Karya pensejarahan tradisional lazimnya bertujuan memaparkan sejarah keagungan negara, pemerintah dan bangsanya sedangkan pensejarahan moden ditulis dengan tujuan untuk memaparkan penulisan sejarah yang bersifat saintifik.

KESIMPULAN
Jelasnya, untuk mengenepikan karya pensejarahan tradisional sebagai rujukan sejarah adalah suatu perkara yang tidak relevan walaupun kebanyakannya isi kandungannya bercanggah dengan konsep dan teori pensejarahan moden.

RUJUKAN
Muhd Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya.(1988). Sejarahwan dan Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ishak Saat. (2007). Ilmu Sejarah antara Tradisi & Moden. Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

RUJUKAN
Azman Sharif. (2012). Latar Belakang Pensejarahan di Malaysia. Menerusi laman web http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/latarbelakang-pensejarahan-di-malaysia_07.html Azman Sharif. (2012). Tahap-Tahap Pensejarahan di Malaysia. Menerusi laman web http://azmansharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahappensejarahan-di-malaysia.html

RUJUKAN
______ (2007). Relevankah Sulalatus Salatin Dinilai Berdasarkan Ciri Pensejarahan Moden. Bincangkan. Menerusi Laman Web: http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/r elevankah-sulalatus-salatin-dinilai.html

Anda mungkin juga menyukai