Anda di halaman 1dari 13

SISTEM HIDRAULIK

Objektif:
Menyatakan kepentingan dan kegunaan sistem

hidraulik. Menyatakan sifat cecair hidraulik Mengenalpasti kegunaan dan simbol komponen Menerangkan,menganalisis dan mengatasi masalah sistem hidraulik.

Pengenalan
Sistem hidraulik memainkan peranan

penting dalam industri berat. Berupaya menjana dan memindahkan kuasa tekanan cecair untuk menjalankan kerja berat. Didefinasikan sebagai kawalan dan pemindahan kuasa dengan menggunakan cecair bertekanan tinggi.

Sifat-sifat cecair Hidraulik


Tidak

mudah mampat Tidak menyerap udara Tidak mudah berubah sifatnya sekiranya peningkatan suhu berlaku Tidak mudah terbakar Mampu bertindak sebagai pencegah karat Sebagai pelincir komponen Tidak bertindak balas dengan komponen dalam sistem.

Tekanan cecair dalam bekas tertutup


Daya yang bertindak ke atas sesuatu permukaan pada bekas tertutup akan menghasilkan tekanan pada cecair dalam bekas. Tekanan berkadar terus dengan daya yang dikenakan tetapi berkadar songsang dengan luas permukaan bekas.

tekanan (P) = Daya (F) Keluasan (A)

Fungsi komponen sistem hidraulik


Terdiri daripada beberapa komponen spt: pam,tangki,penapis sehala, injap pelega, injap kawalan berarah,injap kawalan aliran dan selinder. Contoh komponen yang terdapat dalam sistem hidraulik mudah adalah seperti yang ditayangkan.( layari laman web : www.howstuffworks.com )

Rumusan
Penggunaan sistem hidraulik amat penting terutama dalam industri Sistem hidraulik menggunakan cecair hidraulik sebagai medium pemindahan kuasanya Cecair hidraulik mesti mempunyai sifat seperti tidak mudah termampat oleh daya yg dikenakan ke atasnya Komponen hidraulik boleh dikenalpasti melalui simbolnya

sambungan
Penggunaan sistem hidraulik dapat dilakukan secara efektif dengan cara mengenal pasti fungsi setiap komponen Masalah yang wujud dalam litar hidraulik mudah boleh diatasi dengan cara menganalisis perjalanan cecair dalam sistem

SISTEM PNEUMATIK
Objektif: Menyatakan kepentingan dan kegunaan sistem pneumatik dalam industri Mengenal pasti kegunaan, fungsi serta simbol komponen pneumatik Menerangkan,menganalisis perjalanan dalam litar pneumatik mudah

Pengenalan
Ialah suatu sistem yang menggunakan konsep kerja yang sama seperti sistem hidraulik Menggunakan udara termampat sebagai medium kerjanya Udara termampat digunakan sebagai sumber tenaga Dimampatkan oleh pemampat kepada tekanan yang tinggi dan disimpan dalam tangki Digunakan secara meluas dalam industri pembuatan

Fungsi komponen sistem Pneumatik


Terdiri daripada komponen spt pemampat,penerima,penapis,pengatur tekanan,pengering,penyenyap,injap kawalan berarah,injap kawalan aliran dan selinder. Komponen ini mempunyai kegunaan dan fungsi tertentu bagi memastikan sistem pneumatik dapat digunakan

Litar asas sistem Pneumatik


Jika kerja mereka bentuk sistem menggunakan gambar rajah sebenar, ia akan memakan masa yang panjang serta sukar membuat analisis perjalanan aliran udara termampat dalam sistem Adalah mudah dan menjimatkan masa dengan melukis litar sistem dalam bentuk simbol pneumatik

Contoh mengatasi masalah yang wujud


Contoh seperti dalam jadual yang ditayangkan. Contoh simbol komponen pneumatik seperti yang ditunjukkan dalam jadual Perbezaan antara sistem Pneumatik dan sistem Hidraulik seperti dalam jadual yang ditunjukkan.

Rumusan

Sistem Pneumatik menggunakan udara termampat sebagai medium pemindahan kuasanya Sistem pneumatik digunakan pada peralatan yang memerlukan daya gerakan yang kecil spt mesin canai, mesin gerudi dan sepana soket impak Komponen dalam sistem pneumatik boleh dikenal pasti melalui simbolnya Setiap komponen pneumatik mempunyai fungsinya tersendiri untuk kegunaan dalam sistem