Anda di halaman 1dari 20

Bengkel Pelajaran Menggunakan Boneka (Puppet)

1. 2.

Boneka pelbagai jenis dan latar Melaksanakan pelaksanaan mengajar Pemulihan dengan menggunakan simulasi

Boneka adalah merupakan sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini boleh dijadikan boneka. Pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.

Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu di samping dapat melibatkan diri melalui penggunaan boneka.

Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

1.

Boneka Sarung Tangan


Semasa menggunakan boneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

2. Boneka lidi
Lidi panjang diletakkan pada boneka dan digerakkan.

3. Boneka Wayang kulit


Boneka ini menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej akan terpapar pada skrin.

4. Boneka bertali

Diperbuat daripada bahan-bahan keras. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.

5. Boneka tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu, rotan, buluh dll. Menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk 3 dimensi

Contoh: Boneka sarung tangan


1. Alat/ bahan: Kain belacu, sarung tangan, pensel, gunting, jarum, benang jahit dan benang bulu serta berus cat. 2. Cara membuat: i) Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputusputus itu, ini garisan pengguntingan.

ii) iii)

Gunting garisan pengguntingan. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

iv)

v)

Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.
Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. Boneka siap untuk dilakonkan.

vi)

vi)

1. Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Rentang kain hitam sebagai tirai. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggeraklakonkan boneka.

2.

Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding.

3. Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas.

4. Pentas pintu Kain, papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah.

5. Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.

6. Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebgai bingkainya kemudian ditutup dengan kain.

7. Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan hyang dilakukan secara berpasangan.

8. Teknik overhead projektor (OHP) Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai