Anda di halaman 1dari 18

POLITIK DAN SAINS POLITIK

Dalam kehidupan, ada banyak pilihan:


-patutkah senjata nuklear diharamkan?
-patutkah AS keluar dari Iraq?
-patutkah kuasa veto 5 anggota tetap Majlis
Keselamatan PBB dihapuskan?
• -patutkah hukuman mati dihapuskan?
• -patutkah penganggur diberi bantuan kewangan?
• -patutkah kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi?

Dalam negara:

- Patutkah pembinaan Jambatan Indah dihentikan?


-patutkah AUKU dipinda?
-patutkah kelab malam dibuka hingga jam 5 pagi?
-patutkah kemasukan buruh asing dihentikan?
Sama ada patut atau tidak, maknanya ada pilihan

• Proses membuat pilihan inilah politik


• -Dalam konteks negara, yang boleh membuat pilihan itu ialah pihak
yang mempunyai kuasa iaitu kerajaan/pemerintah

• -politik berasal dari istilah Yunani “polis” iaitu negara-kota, berkaitan


dengan pentadbiran dan pemerintahan serta hubungan sesama
manusia
• Aristotle – manusia adalah haiwan politik (political animal) – perlu
hidup bermasyarakat, oleh itu perlu peraturan
Definisi politik

• Harold Lasswell dlm. Politics: who gets what, when and how
-politik adalah proses menentukan siapa mendapat apa, bila dan
bagaimana

David Easton dlm The political system


-politik adalah pengagihan nilai yang terhad oleh pihak yang
mempunyai autoriti

Austin Ranney dlm. Governing: an introduction to political science


-politik adalah proses membuat dasar kerajaan
Ada perbezaan tetapi ada persamaan

• Politik berkaitan dengan hubungan


sesama manusia atau kumpulan manusia
• Politik berkaitan dengan kepentingan dan
kuasa
• Politik itu dinamik- sentiasa berubah
mengikut masa, trend dan kehendak
masyarakat
Oleh itu politik melibatkan banyak pihak dan elemen

• Pihak yang mempunyai kuasa – kerajaan. pemimpin, agensi dan


institusi, dasar

• Rakyat-hak, peranan dan tanggunjawab


• Juga libatkan hubungan dengan negara lain
RUMUSAN:
Politik adalah aktiviti yang tujuan utamanya seperti berikut:
-membentuk atau mempengaruhi struktur atau proses kerajaan
-mempengaruhi atau menggantikan penjawat jawatan awam
-mempengaruhi pembentukan dan pelaksanaan dasar awam
-meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap dasar kerajaan
-mendapatkan tempat yang berkuasa dalam kerajaan
Oleh itu suka atau tidak suka semua orang akan menerima kesan
daripada keputusan dan tindakan politik

• Politik itu kotor? Atau aktornya?


• -kajian – ahli politik adalah kumpulan yang paling tidak dipercayai
• -secara individu ramai yang berjasa besar –Mandela,
Gandhi, Abraham Lincoln, Ho Chi Minh, Tunku, Tun Razak,
Mahathir

• Lord Acton – power corrupts, absolutely power corrupts absolutely

• -ada yang ikut saranan Machiavelli dlm. The Prince yang terkenal
dengan diktum “the ends justify the means” iaitu matlamat
menghalalkan cara
• Lord Palmerston – tiada sahabat kekal dan tiada musuh kekal
dalam politik. Hanya kepentingan yang kekal abadi

• -betulkah ahli politik “the necessary evils?”


Manifestasi politik

• Politik ada dalam semua masyarakat dalam berbagai cara.


Tindakan politik anggota msyarakat gambarkan nilai, kepercayaan
dan sikap. Semua ini dimanifestasikan melalui:
• 1. tingkah laku(poltical behavior)
• 2. budaya politik (political culture)
• 3. nilai politik (political values
• 4. kumpulan pendesak dan kumpulan sekepentingan
• 5. tahap pemerintahan dan pentadbiran
Tingkah laku politik

• 2 dimensi

• 1. Psikologi
• - dalam bentuk persepsi, sikap, pandangan, pemikiran

• 2. Sosial
• -dalam bentuk kempen, demonstrasi, asertif, kerjasama
Budaya politik

• Ialah corak atau bentuk kepercayaan atau sikap individu yang


berkaitan dengan sistem dan isu politik.

• Sidney Verba – BP ialah satu sistem kepercayaan tentang corak


atau bentuk interaksi dan institusi politik

• BP dapat dilihat atau terselah dalam bentuk sikap, lambang, tradisi,


harapan, kepercayaan dan kebiasaan politik
Nilai politik

• apa yang dipentingkan atau diutamakan dlam masyarkat

• Ada yang beri nilai tinggi kepada kebebasan


• Ada yang beri nilai tinggi kepada autoriti atau yang berkuasa
• Ada yang beri nilai tinggi kepada kestabilan, tidak mengapa
kebebasan terhad
Kumpulan pendesak dan sekepentingan

• Dalam sistem demokrasi, kumpulan ini penting untuk menjaga dan


memperjuangkan kepentingan ahli dlm berbagai aspek – agama,
sosial, ekonomi, minat, budaya
Tahap pemerintahan dan pentadbiran

• Tahap atau peringkat tempatan, negeri atau nasional

• -isu dan tingkah laku berbeza mengikut peringkat

dan aktiviti politik sering berkisar kepada isu yang timbul


Sains politik

• Sains drp perkataan Latin scientia ( pengetahuan) iaitu semua


bentuk ilmu pengetahuan yang telah dilahirkan melalui pentaakulan
(membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal),
pemerhatian, pengumpulan data (atau maklumat) tentang sesuatu
fenomena dan menghasilkan prinsip yang mantap untuk
menerangkan fenomena tersebut dengan menyatakan sebab
akibatnya
Sains politik
• A. Ranney- sains politik ialah ilmu tentang
proses membuat dasar awam serta individu dan
institusi yang terlibat dalam proses tersebut
Subbidang Sains Politik

• Falsafah politik
• Politik perbandingan
• Pentadbiran awam
• Hubungan antarabangsa
• Sosiologi politik
• Ekonomi politik
Hubungan dengan disiplin lain

• Hubungan yang rapat dengan banyak disiplin lain


• Untuk fahami fenomena politik, kena lihat aspek sosial, ekonomi,
sejarah, psikologi iaitu pendekatan rentas disiplin (interdiscipline)
• Hubungan dengan Sejarah
• -untuk fahami keadaan sekarang, lihat lampau
• John Seeley –politics without history has no root
• history without politics has no fruit
• Ekonomi
• -saling berkaitan
• -ada ekonomi politik
sambungan

• Sosiologi
• Pentingnya aspek sosial untuk memahami politik
• Ada sosiologi politik

• Psikologi
• Dalam kajian tingkah laku politik
• Penggunaan kaedah kuantitatif dalam politik
• Kajian tentang kepimpinan politik