Anda di halaman 1dari 22

Ujian Lisan Bahasa Melayu Tingkatan 4 (2013)

CeRpen : ISRAK

Cerpen ini mengisahkan gelagat anak cucu Wah yang datang dari Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Mikraj mengajak emak dan ayahnya, iaitu Adam dan Siti Hawa pulang ke kampung Wah di Kampung Sayong berhampiran Sungai Perak.

Sinopsis

Mikraj mempunyai seorang abang yang bernama Israk. Tujuan Mikraj mengajak mereka sekeluarga ke rumah Wah adalah untuk memperkenalkan Wah kepada Israk yang menjaganya ketika kecil dahulu. Adam merupakan anak tunggal Wah.

Wah kematian suami yang bernama Firdaus Frank ketika Adam dalam kandungan lagi. Kedua-dua orang anak Adam mempunyai pemikiran dan perwatakan yang berbeza. Israk dibesarkan oleh keluarga sebelah Firdaus Frank dan belajar di luar negara, manakala Mikraj dibesarkan oleh ibu bapanya di Malaysia.

Ketika berada di rumah Wah, Israk menunjukkan perasaan bosannya kerana kehidupan Wah di situ jauh berbeza dengan kehidupannya. Apabila dihidang durian, Israk menolak dan mengejek bau durian. Adam cuba memujuk anak lelakinya itu dengan mengatakan bahawa hasil buah-buahan itulah Wah menanggung perbelanjaan pengajiannya dahulu, tetapi Israk tetap bersikap begitu.

Mikraj juga turut memarahi abangnya kerana menzahirkan kebenciannya tentang kekurangan yang terdapat di rumah Wah. Kedua-dua beradik itu sering bertengkar di rumah Wah kerana Israk terlalu angkuh disebabkan kononnya dia bakal menjadi tokoh korporat. Keadaan ini menimbulkan perasaan kurang senang Wah.

Pada suatu pagi, bekalan air di rumah Wah terputus. Israk terpaksa mandi di sungai. Israk tergelincir dan jatuh ke dalam sungai yang dalam. Wah menyelamatkan cucunya itu menggunakan sebatang kayu.

Selepas itu, hampir separuh hari Israk berkurung di dalam bilik. Keesokan harinya barulah Israk keluar dari bilik dan duduk untuk makan bersama-sama. Israk bertanya tentang jering dan tempoyak yang selama ini diperlekehkannya.

Keegoan seorang cucu yang mendapat pendidikan Inggeris. Israk yang dipelihara oleh keluarga sebelah datuknya yang berkuturunan Inggeris sering menghina neneknya Wah, tetapi diselamatkan oleh Wah daripada mati lemas.

Tema

Tiadanya perasaan hormat seorang cucu kepada nenek sendiri Eg: Israk tidak menghormati Wah dengan menzahirkan perasaan bosan ketika berada di rumah Wah Sikap sombong yang tidak membawa faedah Eg: Israk sombong kerana belajar di luar negara dalam bidang korporat Ketaatan terhadap ajaran agama Eg: Wah sentiasa bersolat pada awal waktu Pertengkaran dalam keluaraga demi kebaikan Eg: Mikraj sering bertengkar dengan Israk bertujuan untuk membetulkan sikap Israk Kemesraan dalam keluarga Eg: Hubungan Siti Hawa dengan Mikraj sangat mesra

Persoalan

Watak dan Perwatakan


Israk
Israk merupakan anak sulung Adam dan Hawa Israk merupakan cucu sulung Wah Datuknya ialah Firdaus Frank, iaitu anak Frank Swettenham Sewaktu kecil Israk dipelihara oleh Wah

Israk menyambung pengajiannya dalam bidang korporat Israk tidak suka tinggal di rumah neneknya,Wah. Dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah neneknya yang serba kekurangan Israk bersikap ego dan berlagak sombong Israk sering bertikam lidah dengan adiknya,Mikraj. Israk sering bertengkar dengan adiknya kerana berbeza pendapat

Israk sering menghina,mengeji dan menyakiti hati Wah. Israk tidak mempedulikan perasaan Wah dan selalu menganggap penduduk kampung kolot Israk insaf dan sedar akan kesalahannya. Setelah diselamatkan oleh Wah daripada lemas di Sungai Perak, Israk mula berubah sikap. Akhirnya dia memakai baju melayu

Mikraj
Mikraj merupakan anak kedua Adam dan Hawa Mikraj merupakan cucu kedua Wah Mikraj merupakan adik Israk Mikraj suka tinggal di kampung Mikraj amat menyayangi Wah Mikraj tidak suka akan layanan dan tindakan Israk terhadap Wah Mikraj sering bertikam lidah dengan Israk kerana berlainan pendapat Mikraj berbakat dalam bidang sastera

Wah
Wah merupakan ibu kepada Adam Dia merupakan nenek kepada Israk dan Mikraj Wah warak dan taat kepada agama Wah telah berkahwin dengan Firdaus Frank,anak kepada Frank Swettenham

Wah tabah menerima kenyataan. Wah tabah menerima kematian suaminya,Firdaus Frank yang meninggal dunia ketika kandungan Wah berusia sembilan bulan, tiga hari Wah memelihara cucunya,Israk sejak berusia satu hari sehinggalah dilarikan oleh atuk Perth ke Perth, Australia

Wah seorang yang amat taat akan perintah agama kerana dia lahir dalam kalangan orang alim Wah amat sayang akan anak,menantu dan cucu-cucunya. Dia sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan mereka

Wah berpegang taguh pada janji. Dia tidak mahu menjual rumahnya kepada Majlis Daerah bagi dijadikan pusat pelancongan kerana dia telah berjanji kepada ibunya untuk tidak menjual rumah tersebut Wah bersemangat kental dan berani. Wah menghulurkan sebatang kayu kepada Israk semasa Israk terjatuh ke dalam sungai. Wah telah berusaha sedaya upaya menarik Israk naik ke tebing juga.

Tempat Di rumah Wah, di Kampung Sayong dan Sungai Perak


Masa Waktu pagi, siang dan pada 4 Oktober

Latar

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan semangat kekeluargaan Masyarakat yang mementingkan amalan agama Masyarakat yang berpegang pada amanah Masyarakat yang tidak mengenang asal usul

Syukur Eg: Adam bersyukur kerana berjaya dalam kehidupan Taat Eg: Wah sentiasa mentaati perintah Allah Tanggungjawab Eg: Adam sentiasa mengambil berat tentang kehidupan Wah Insaf Eg: Israk akhirnya insaf kerana sering menghina Wah Tabah Eg: Wah tabah menghadapi kerumitan dalam kehidupannya

Nilai

Pengajaran

o Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua Eg: Mikraj sangat menghormati Wah yang jauh lebih tua daripadanya o Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat baharu Eg: Israk mengambil masa yang terlalu lama untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di rumah Wah o Kita hendaklah mantaati segala ajaran agama Eg: Wah mentaati ajaran agama dengan bersolat pada awal waktu o Kita hendaklah bersyukur dangan rezeki kurniaan Tuhan Eg: Adam bersyukur kerana dikurniakan rezeki oleh Allah o Kita hendaklah memegang amanah yang telah diberikan Eg: Wah menolak permintaan supaya rumahnya dijual kerana berpegang pada amanah emaknya

Terima Kasih
Daripada : Farah Nurlisa (Ketua) Siti Maisarah Siti Nooradibah Nur Hanis Siti Farah Izati

Anda mungkin juga menyukai