Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN MENULIS

TUJUAN MENULIS

Tujuan Umum Menulis:


Melatih murid-murid melahirkan idea. Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerangganan yang betul. Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.

Sambungan tujuan umum menulis:


Melatih murid-murid menggunakan formal karangan yang betul. Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat. Meluaskan kosa kata Memberi kepuasan jiwa.

TUJUAN KHUSUS

Tujuan semerta :

mendirikan asas menulis yang kukuh;

mengeja perkataan dengan pantas;


menyusun ayat dengan betul; memperkukuh kemahiran membaca dengan membaca tulisantulisan; melahirkan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan; menyuburkan minat suka menulis dan mengarang; menambah dan memperluas pengetahuan tentang kosa kata, perkembangan bahasa dan tulisan; menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan.

TUJUAN

Tujuan lanjut :

memperkasa pengetahuan, pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan;


memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan; dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai, umumnya.

KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN


Konsep Tujuan Penulisan Karangan adalah satu bentuk penulisan yang bertema dan bertajuk. Bentuk-bentuk penulisan berdasarkan tujuan penulisan untuk komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. penulisan berbentuk komunikasi peribadi ii. penulisan berbentuk komunikasi bukan peribadi.

PENULISAN BERBENTUK PERIBADI


Penulisan berbentuk peribadi perlu menggunakan formatformat tertentu supaya penulisannya sampai kepada pembaca yang tertentu. Contoh-contoh penulisan berbentuk peribadi adalah: i. Menulis nama dan alamat sendiri ii. Menulis surat tidak rasmi kepada keluarga dan kawan,\surat memohon kerja, surat rayuan, surat jual beli rumah,surat ucapan terima kasih, surat takziah, surat tahniah, surat pengaduan dan lain-lain. iii.Membentuk kad jemputan, kad hari raya dan lain-lain iv.Menulis senarai pesanan, pengumuman, kenyataan, notis bertulis, arahan, petua dan lain-lain.

PENULISAN BERBENTUK KOMUNIKASI BUKAN PERIBADI


Pembaca sesuatu penulisan itu lebih umum- penulis bertujuan menyampaikan maklumat kepada pembacanya yang dianggap kurang berpengetahuan tentang apa yang dibicarakan. Maklumat yang disampaikan itu tertulis mengikut urutan yang logis dan huraian-huraiannya mudah difahami. Jenis-jenis penulisan berbentuk komunikasi bukan peribadi adalah karangan: -Gambaran -Penerangan -Perbincangan -Pendedahan atau pendapat -Peribahasa -Penulisan kreatif