Anda di halaman 1dari 6

Tiub Geiger-Muller(Tiub G-M)

BILTAH PISMP SAINS 2011

DISEDIAKAN OLEH:

TIUB GEIGER MULLER


Tiub Geiger-Muller adalah alat pengesan radiasi yang beroperasi atas prinsip bahawa ion terbentuk apabila radiasi melalui tiub yang diisikan dengan gas pada tekanan rendah. Dicipta oleh Hans Geiger dan Walther Muller pada tahun 1920 Mula berkembang pada 1928 dan menjadi antara alatan yang terkenal dalam kalangan masyarakat dalam industri nuklear, perubatan, geologi serta beberapa industri lain kerana kosnya yang rendah. Mengesan zarah alfa, zarah beta dan sinar gama melalui pengionan gas di dalam tube GM yang mempunyai tekanan gas yang rendah.

Apa itu Tiub Geiger- Muller (alat pengukur radiasi ionisasi)

Dalam tiub itu terdapat dua elektrod pada voltan tinggi dengan tanda bertentangan. Alat ini terdiri daripada suatu tiub logam yang diisikan dengan gas pada tekanan seperti argon. Tiub G-M mengandungi: 1 tiub silinder aluminium yang dindingnya bertindak sebagai katod Satu dawai tungsten halus di sepanjang tiub yang bertindak sebagai anod Satu tingkap mika yang nipis di hujung tiub Gas lengai pada tekanan rendah dalam tiub Output tiub G-M disambungkan kepada sebuah meter kadar atau sebuah pembilang.

Penggunaan Tiub GM

Apabila sinaran radioaktif masuk ke tiub GM ,pembilang akan merekod bacaan . Ini disebabkan sinaran radioaktif mengionkan gas argon. Pancaran radiasi masuk ke dalam tiub melalui tingkap mika dan mengion gas argon dengan mengeluarkan elektron daripada molekulnya. Pengionan radiasi membolehkan pengaliran denyut arus elektrik ringkas di antara elektrod. Ion positif akan bergerak ke katod manakala ion negatif akan bergerak ke anod dengan halaju tinggi. Suatu impuls arus elektrik yang kecil terhasil. Impuls arus ini akan diperkuatkan oleh amplifier dan dihantar ke pembilang. Pembilang merekod bil. denyutan arus dalam suatu selang masa tertentu. Bilangan yg direkodkan menunjukkan bilangan sinaran radioaktif yg memasuki tiub G-M Jika tiub G-M disambung kepada pembesar suara, satu bunyi klik akan

Cara merekod bacaan adalah seperti berikut: Bacaan sebenar = ( Bacaan apabila diletak sumber radioaktif ) - ( bacaan latar belakang ) Bacaan latar belakang = bahan radiasi semulajadi dari bumi

Kelebihan Tube GM Mudah digunakan dengan harga yang rendah Ketepatan yang baik Tahan lasak dan mudah dialih Boleh mengesan semua jenis radiasi Kekurangan Tidak dapat menentukan tenaga sebenar radiasi yang dikesan Tidak dapat menentukan jenis radiasi