Anda di halaman 1dari 79

PKP3103 PERKHIDMATAN KEPADA PENDIDIKAN PEMULIHAN

HJH NOOR AZZAM BT ABDUL RAHIM JABATAN ILMU PENDIDIKAN

PPG AMBILAN JUN 2011

Unit ini membincangkan tentang Teori dan Model Pengurusan Kelas Khas iaitu meliputi tajuk Teori pengurusan kelas, Model pengurusan kelas dan Pengurusan pembelajaran murid pemulihan khas.
PPG AMBILAN JUN 2011 2

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan teori pengurusan kelas khas. 2. Menganalisis Model pengurusan kelas pendidikan pemulihan.

3. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber


PPG AMBILAN JUN 2011 3

1.3 TEORI PENGURUSAN KELAS


Pengurusan kelas yang berkesan akan mewujudkan suasana yang kondusif untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
amalan rutin bilik darjah yang lancar, disiplin terkawal, penggunaan sumber p&p yang berkesan dan hubungan harmoni serta mesra antara murid dan guru dalam kelas.
PPG AMBILAN JUN 2011 4

Levin dan Nolan (2004) :menyatakan bahawa kedua-dua arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak adalah untuk memudahkan guru mengurus kelas dalam pengajarandan pembelajaran
Cegelka dan Berdine (1995) :Penyusunan fizikal bilik darjah boleh mempengaruhi tingkahlaku dan pembelajaran murid.
PPG AMBILAN JUN 2011 5

Kounin (1970) :Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelaja r di dalam kelas, dan mengawal disiplin pelajar didalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Pengurusan kelas menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara proaktif atau preventif
PPG AMBILAN JUN 2011 6

Teori Pengurusan
Teori hubungan manusia Teori sistem sosial Teori tingkah laku manusia Kurt Lewin Teori tingkah laku Abraham Maslow Teori X dan Y Douglas mcGregor Teori Z William G. Ouchi (1981)

PPG AMBILAN JUN 2011

Teori Hubungan Manusia


Diperkenalkan oleh Elton Mayo pakar psikologi dan Friz J. Roethlisberger ahli sosiologi tahun 50an. Teori ini digunakan untuk mengurangkan kebosanan pekerja dalam bidang industri. Pelbagai cara telah digunakan oleh pihak pengurusan untuk mengurangkan kebosanan pekerja yang boleh menjejaskan produktiviti. Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan antaranya ialah - menukarkan waktu bekerja - menjarakkan masa rehat - membaiki kaedah bekerja - wujud suasana kerja yang baik / kondusif - memberi kebajikan kepada pekerja supaya bermotivasi - memberi layanan yang baik kepada pekerja

PPG AMBILAN JUN 2011

Teori Sistem Sosial


Teori ini dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Mengikut teori ini sistem sosial seperti sekolah dan bilik darjah mengandungi dua dimensi iaitu institusi / normatif Dimensi ini cuba mencapai matlamat sesebuah institusi (sekolah atau bilik darjah). Semua sistem yang diujudkan adalah bertujuan mencapai misi dan visi organisasi - peribadi / idiografik Dimensi ini lebih kepada memenuhi keperluan peribadi / PPG AMBILAN JUN 2011 personaliti seseorang pemimpin atau pengurus organisasi

Pendapat Getzels terhadap teori ini adalah menjelaskan


keadaan dan bentuk hubungan antara ahli dalam institusi perlu difahami oleh pentadbir dan pekerja tingkah laku ahli dalam organisasi dikawal secara normative atau idografik konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan kehendak antara matlamat individu dengan matlamat institusi setiap individu mempunyai cara dan gaya tersendiri kedua-dua dimensi penting pentadbir perlu memahami dan sentiasa bekerja sama dengan pelbagai unit dalam sistem sosial
PPG AMBILAN JUN 2011

10

Teori Tingkah Laku Kurt Lewin


Mengikut teori ini Lewin menjelaskan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi dan dicorakkan oleh personaliti individu/kumpulan, norma dan budaya setempat , pertalian interpersonal dalam kumpulan kecil disamping kedudukan seseorang di dalam kumpulan . Oleh itu tingkah laku manusia dalam sesebuah organisasi adalah dipengaruhi oleh persekitaran
PPG AMBILAN JUN 2011 11

Teori Tingkah Laku Abraham Maslow


Mengikut teori tingkah laku Maslow kehendak/kemahuan manusia tersusun secara hierarki, jika keperluan asas telah dicapai individu akan cuba menguasai keperluan yang lebih tinggi. Biasanya manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang mereka ada/dapat

PPG AMBILAN JUN 2011

12

Keperluan Hieraki Maslow


Self-actualization -Perkembangan diri yang tertinggi dan menjadi individu sempurna

Keperluan aras asas -Kebanggaan diri / kehormatan / pengiktirafan -Keperluan sosial / kasih sayang Keperluan aras bawah -Keselamatan / kerja terjamin / melindungi ancaman bahaya / dilayan dengan baik -Fisiologi: makan, minum, rehat, udara bersih dan tidur
PPG AMBILAN JUN 2011

13

Teori X dan teori Y Douglas McGregor

McGragor dapat mengkelaskan bahawa kumpulan manusia terbahagi kepada dua kelompok

PPG AMBILAN JUN 2011

14

Teori X - manusia benci kerja dan perlu dikawal - cita-cita rendah - manusia dilahirkan jahat - kekerasan boleh gerakkan individu - mementingkan individu - naluri menggerakan manusia - kerja mendatangkan keburukan - kawalan daripada orang lain

Teori Y

- manusia suka bekerja dan tidak payah dikawal - cita-cita tinggi, bekerja satu ibadah dan menyeronokan - dilahirkan baik/mulia - tidak perlu kekerasan untuk memotivasikan mereka - mementingkan kumpulan - kerja membawa kebaikan / ibadah dan keseronokan - pengarahan sendiri/kendiri

(tiada unsur paksaan)

PPG AMBILAN JUN 2011

15

McGregor menganggap teori X sebagai teori tradisional dan kebanyakkan tingkah laku manusia malas dan perlu diberi perhatian Teori McGregor tidak boleh diterjemahkan sepenuhnya dalam pentadbiran pendidikan kerana semua guru rajin dan bertanggungjawab
PPG AMBILAN JUN 2011 16

Teori Z William G. Ouchi (1981)

Berdasarkan keadaan masyarakat dan budaya orang Jepun


Peningkatkan kecekapan dalam pengurusan berdasarkan kerjasama antara pekerja

PPG AMBILAN JUN 2011

17

Ciri teori Z
Mementingkan kerjasama antara pekerja, majikan dan subordinat Mengutamakan hubungan kekeluargaan dalam sesebuah organisasi. Ujud semangat berpasukan dan hubungan yang rapat antara pekerja dan majikan diutamakan Pekerja ada sifat amanah, disiplin yang kuat, rasa tanggungjawab, saling mempercayai dan mempunyai moral yang tinggi Utamakan semangat berpasukan Taat dan patuh kepada pihak pengurusan atasan Pentingkan perancangan jangka panjang dalam perkembangan kaki tangan Pekerja dapat kepuasan, produktiviti meningkat Setiap pekerja terlibat dalam proses perubahan dan penilaian sesuatu pencapaian Keputusan bersama dalam penyelesaian sesuatu permasalahan Organisasi sebagai suatu keseluruhan budaya
PPG AMBILAN JUN 2011 18

1.5 MODEL PENGURUSAN KELAS


Kelas yang diurus dengan berkesan akan memberi kesan yang baik kepada proses pengajaran dan pembelajaran Bilik darjah yang mengandungi murid daripada pelbagai latar belakang , dan kebolehan memerlukan satu gaya pengurusan yang cekap dan berkesan Ada tiga model yang boleh digunakan untuk mengurus sesebuah kelas pendidikan pemulihan Horse-shoe Stesen Kiosk
PPG AMBILAN JUN 2011 19

Model Horse-shoe
Biasanya murid disusun dalam barisan berbentuk ladam kuda Jika terdapat lebih dari dua barisan murid akan disusun secara berselang supaya murid dapat belajar dengan selesa Pastikan penglihatan setiap murid yang duduk di belakang tidak terhalang oleh murid yang duduk di baris hadapan Jarak murid dari peti televisyen / papan tulis / guru bersesuaian dan memudahkan pembelajaran murid Sebaiknya model ini digunakan untuk bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan satu barisan ladam kuda sahaja terbentuk
PPG AMBILAN JUN 2011

20

Kelebihan Model
Murid mudah fokus pengajaran guru, kerana dapat melihat guru, bbm yang guru gunakan dan tulisan guru di papan kapur Guru boleh memberi perhatian kepada semua murid semasa memberi arahan atau tunjuk cara Komunikasi pelbagai hala dapat dijalankan dengan berkesan

PPG AMBILAN JUN 2011

21

Model Stesyen
Dilaksanakan untuk kelas yang ramai murid dan tahap kebolehan berbeza Mengatasi masalah kekurangan alat untuk mendapatkan kemahiran yang sama Murid berpeluang belajar sendiri secara aktif melalui pembelajaran kendiri dan sambil bermain Bilik darjah disusun mengikut stesyen tertentu berdasarkan kemahiran atau aktiviti Pembelajaran lebih berpusatkan kpd murid dan bahan
PPG AMBILAN JUN 2011 22

Kelebihan Model
Pembelajaran pelbagai kemahiran dijalankan serentak memenuhi keperluan kepelbagaian kecerdasan murid Masalah kekurangan alat dapat diatasi tanpa mengurangkan peluang setiap murid belajar Disiplin kendiri murid dapat dibentuk

PPG AMBILAN JUN 2011

23

Model Kiosk
Seakan sama kaedah stesen tetapi ia agak kekal di satu-satu sudut pembelajaran dalam bilik darjah Kiosk dibina berdasarkan kepada kepelbagaian kebolehan murid dan murid perlu belajar mengikut minat dan kebolehan yang berbeza

PPG AMBILAN JUN 2011

24

1.6 PENGURUSAN PEMBELAJARAN MURID PEMULIHAN KHAS


Konsep Pengurusan Pembelajaran Pembelajaran bermaksud pemerolehan tingkah laku baru secara kekal melalui pengalaman dan latihan Pembelajaran boleh berlaku secara terancang dan tidak terancang Pembelajaran terancang memerlukan satu bentuk pengurusan yang cekap supaya pengajaran berkesan dan memberikan impak yang nyata kepada murid
PPG AMBILAN JUN 2011

25

Bentuk pengurusan murid

Secara kelas Berpasangan Individu Berkumpulan Kendiri

PPG AMBILAN JUN 2011

26

Kesimpulan
Pengurusan kelas pemulihan boleh dilaksanakan dengan menggunakan model tertentu yang bersesuaian mengikut kesesuaian saiz kelas Manakala pengurusan pembelajaran dikendalikan mengikut aktiviti tertentu dan berubah dari semasa ke semasa.

PPG AMBILAN JUN 2011

27

TOPIK 2
PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

PPG AMBILAN JUN 2011

28

Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku


Pengurusan tingkah laku bermaksud satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai.
PPG AMBILAN JUN 2011 29

Model Psikodinamik
Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh: Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang
PPG AMBILAN JUN 2011 30

Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:
1. Model Psikopendidikan 2. Teknik Kaunseling 3. Seni Ekspresif: permainan bebas, main peranan, tarian kreatif, muzik, terapi seni 4. Teknik Pengurusan Tingkah Laku:

PPG AMBILAN JUN 2011

31

Model Psikopendidikan
prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah: Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.
PPG AMBILAN JUN 2011 32

Teknik kaunseling
boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadi yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah: Life-space Interview Reality Theraphy
PPG AMBILAN JUN 2011 33

Teknik Expressive Media


menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor.

PPG AMBILAN JUN 2011

34

Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:


Permainan Bebas Permainan Puppet Main Peranan Pergerakan dan Tarian Kreatif Penulisan Perkataan Terapi Seni Muzik Fotografi dan rakaman video
PPG AMBILAN JUN 2011

35

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara Teknik yang boleh diguna ialah:

PPG AMBILAN JUN 2011

36

Planned Ignoring Tension Reduction Through Humor Interest Boosting Hurdle Helping Program Restructing Support from routine Direct appeal, Removal of Seductive Objects, Antiseptic Boucing Physical Restraint
PPG AMBILAN JUN 2011 37

Model Persekitaran
Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia.

PPG AMBILAN JUN 2011

38

Antara teknik yang boleh diguna ialah:


Intervensi berpusatkan kanak-kanak Intervensi berpusatkan persekitaran Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

PPG AMBILAN JUN 2011

39

Model Biofizikal
Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari faktor biokimia/neurologikal yang menyebabkan fungsi otak yang tidak normal, faktor persekitaran dan baka.
PPG AMBILAN JUN 2011 40

Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku akan menunjukkan ciri-ciri seperti:


Kurang keupayaan belajar pada kadar yang sejajar dengan perkembangan intelektual, sensori-motor dan fizikal Kurang keupayaan mengurus/mengekalkan hubungan sosial yang sesuai. Kurang keupayaan bertindak sesuai dengan keadaan sekitar, dan menunjukkan tingkah laku melampau : hyperaktif, impulsive, kemurungan dll
PPG AMBILAN JUN 2011 41

Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi.

PPG AMBILAN JUN 2011

42

Antara teknik teknik yang boleh digunakan ialah


Kaunseling genetic Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) Penjagaan selepas kelahiran Ujian perubatan Pemakanan dan diet Terapi Mega Vitamin Perubatan
PPG AMBILAN JUN 2011 43

Dalam mengurus tingkah laku model biofizikal, guru pendidikan pemulihan memainkan peranan seperti berikut: Mengenal pastikan aspek kelas dan ekologikal yang positif untuk menyokong tingkah laku. Mencatatkan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku. Menyediakan prasarana instruksi yang sesuai untuk pengurusan tingkah laku. Menekankan peraturan dan rutin kelas, pengulangan dan turutan tugasan pembelajaran, mengurangkan ransangan persekitaran yang kurang sesuai.
PPG AMBILAN JUN 2011 44

Model Tingkah Laku


Menurut model ini, tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara individu dengan persekitaran, ia boleh diperhatikan dan diukur. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Kaedah Model Tingkah Laku merupakan pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi, ia memfokuskan kepada perubahan faktor persekitaran untuk mewujud tingkah laku yang diingini.
PPG AMBILAN JUN 2011

45

Berasaskan 3 elemen ABC


Antecedent ------ Behavior -------Consequence Antecedent: keadaan yang menyebabkan sesuatu tingkah laku berlaku Behavior:tingkah laku akibat dari ransangan antecedent Consequence: keadaan yang berubah akibat dari berlakunya tingkah laku

PPG AMBILAN JUN 2011

46

Contoh: Antecedent- Namakan sejenis pengangkutan

Behavior - keretapi
Consequence - bagus!

PPG AMBILAN JUN 2011

47

2.3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH


tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Strategi pengurusan tingkah laku yang dipilih hendaklah sesuai dengan mengambil kira faktorfaktor murid tersebut seperti fizikal, emosi, mental, tahap keterukan, dan juga faktor pengaruh persekitaran, dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.
PPG AMBILAN JUN 2011 48

Tingkah laku bermasalah positif


Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
PPG AMBILAN JUN 2011 49

Tingkah laku bermasalah negatif


Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Terdapat tiga jenis tingkah laku bermasalah negatif: 1. bergantung 2.distruptif 3. diskruktif

PPG AMBILAN JUN 2011

50

. Bergantung
Murid-murid mempunyai masalah untuk berdikari, bimbang, menarik diri daripada aktiviti-aktiviti. Terdapat dua jenis tingkah laku bergantung, iaitu: a. Pengundur diri Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. T ingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak yang bermasalah tingkah laku pengundur diri selalu menarik diri daripad asituasi yang kurang selamat. Akibatnya kanak-kanak akan menjadi: tidak yakin diri, tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah dll. Contoh: ponteng sekolah, tidak mahu menjawab soalan, tidak melibatkan diri dalam permainan / ko-kurikulum b. Kebimbangan Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
PPG AMBILAN JUN 2011 51

2. Distruptif
Menjejaskan kelicinan proses p&p. Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah. Contoh : Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.
PPG AMBILAN JUN 2011 52

Disruktif
Menunjukkan kelakuan fizikal & lisan yang membahayakan diri sendiri, orang lain, sekolah, sosial. Contoh : merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

PPG AMBILAN JUN 2011

53

Punca salah laku


Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak. persekitaran tekanan psikologikal ketakutan dan fobia peneguhan yang kurang sesuai kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad kesukaran tugasan aktiviti dan tahap rangsangan kesihatan dan perubatan jangkaan tingkah laku
PPG AMBILAN JUN 2011 54

Faktor persekitaran Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain. Tekanan psikologi Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
PPG AMBILAN JUN 2011 55

Ketakutan dan fobia


Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

PPG AMBILAN JUN 2011

56

Peneguhan yang kurang sesuai


Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.
PPG AMBILAN JUN 2011 57

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad


Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Kesukaran tugasan Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.
PPG AMBILAN JUN 2011 58

Aktiviti dan tahap rangsangan Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut. Kesihatan dan perubatan Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.
PPG AMBILAN JUN 2011 59

Jangkaan tingkah laku Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).
PPG AMBILAN JUN 2011 60

2.4 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Rujuk ms 25

PPG AMBILAN JUN 2011

61

. Peneguhan Positif
Proses ganjaran bagi tingkah laku yang sesuai untuk meningkatkan kemungkinan tingkah laku tersebut berterusan dan berulang. Dalam mengguna teknik tersebut, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut: Peneguhan hanya diberikan kepada tingkah laku yang dirancang untuk diubah. Peneguhan diberi sebaik sahaja tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Pada peringkat awal, peneguhan perlu diberi setiap kali tingkah laku ditunjukkan. Apabila tingkah laku yang dikehendaki mencapai tahap maksimum peneguh diberi secara intermiten (guna jadual peneguhan). Peneguh sosial diberi serentak bersama peneguh tangible & edible. Peneguh seharusnya sesuai dengan pencapaian kanak-kanak. Peneguh seharusnya menjadi satu perkara istimewa kapada kanak-kanak. Kanak-kanak perlu menganggap peneguh itu sebagai ganjaran, jika tidak ia tidak akan mendatangkan kesan. Tidak semua peneguh boleh diterima oleh semua kanak-kanak. Elakkan memberi peneguh berbentuk barangan setiap masa ada perubahan tingkah laku. Sediakan pelbagai peneguh untuk mengelakkan rasa bosan dan juga untuk memenuhi pilihan yang sentiasa berubah.

PPG AMBILAN JUN 2011 62

Terdapat 3 jenis peneguh iaitu


i. Primer : ganjaran berasaskan keperluan biologikal. Mudah hilang keberkesanaannya. Contoh: makanan, minuman, suasanan yang selesa dll. ii. Sekunder/Secondary : permainan, aktiviti yang diminati, perhatian, token, wang, senyuman, pujian dll
PPG AMBILAN JUN 2011 63

2. Peneguhan Negatif
Stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. a. Melari/Escape: menghentikan stimuli yang wujud. Contoh 1: Guru menghalau murid yang membuat bising dari kelas dapat menambahkan peluang murid-murid lain belajar tanpa gangguan. Contoh2. Guru marah murid kerana tidak menyiapkan kerja rumah, untuk menghentikan kemarahan guru, murid cepat menyiapkan kerja rumah. b. Mengelak/Avoidance: berlaku apabila mengelakkan respon daripada menghentikan stimuli.( ancaman boleh dielakkan jika murid menunjukkan kelakuan yang diingini.)

Contoh: Murid mengikut arahan guru untuk mengelakkan dimarahi guru. Contoh 2: Sekumpulan murid-murid sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan apabila diberitahu oleh gurunya bahawa mereka tidak perlu menyiapkan tugasan di rumah sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan pada tempoh yang ditetapkan.
Teknik ini boleh menyakiti atau menghindari seseorang kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan individu di hadapan orang lain tidak akan mengubah sikap individu itu tetapi menambah kebarangkalian berlakunya tingkah laku operan itu lagi.

PPG AMBILAN JUN 2011

64

3. Kontrak perjanjian (contigency contracting)


Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

PPG AMBILAN JUN 2011

65

Kebaikan kontrak:
Kontrak mudah diaplikasikan dalam persekitaran biasa tanpa mengehadkan penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran. Fokus utama guru ialah memberi peneguhan positif tingkah laku yang sesuai yang dipersetujui dalam kontrak. Kontrak boleh diubahsuai / ditulis semula untuk memenuhi keperluan semasa. Kontrak boleh dilaksanakan terhadap individu, sekumpulan / seluruh kelas. Akibat darrpada mematuhi / melanggar perjanjian, difahami dengan jelas oleh murid dan guru.
PPG AMBILAN JUN 2011 66

4. Ekonomi token
Satu sistem membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan ditukarkan kepada peneguh sebenar yang diidamkan. Ia merupakan suatu sistem merit ditentukan berdasarkan kriteria respons terhadap tingkah laku yang diingini. Dalam program ekonomi token, murid-murid akan berusaha untuk mendapat skor merit, skor merit (token) ini dikumpulkan dan boleh ditukarkan seterusnya dengan pelbagai peneguh yang diidamkan.
PPG AMBILAN JUN 2011 67

Untuk membentuk program token ekonomi yang berkesan, guru pendidikan pemulihan perlu mengambil kira beberapa perkara: a. Token: seharusnya terdiri daripada benda yang dapat dibilang dan dinampak. b. Token: perlu menarik, diminati murid, mudah disimpan, sukar ditiru. c. Murid perlu jelas dengan peraturan-peraturan untuk memdapat token. Tingkah laku yang akan menyebabkan token ditarik balik juga perlu diterangkan dengan jelas. d. Sistem untuk menebuskan token perlu jelas: termasuk jumlah token dan tempoh tebusan. e. Sistem mencatat perlu lengkap dan jelas:catatan perlu dibuat terhadap setiap tingkah laku sasaran, perubahan tingkah laku, perkembangan dan keberkesanan program dan ganjaran yang diberikan.
PPG AMBILAN JUN 2011 68

Langkah-langkah pelaksanaan program ekonomi token : Pilih tingkah laku sasaran : senaraikan tingkah laku sasaran ( tempoh masa/ secara beringkat) Tegaskan tingkah laku yang telah dipilih dan nyatakan kepada murid. Menentukan peraturan-peraturan : tingkah laku yang mendapat token dan ganjaran. tingkah laku yang ditarik balik token /ganjaran dll. 4. Tentukan peneguhan untuk penukaran token. 5. Tentukan dan pamerkan menu untuk penukaran token: menu tersebut seharusnya: menyatakan nilai token, tidak perlu panjang, perlu dinilai dan ditukar dari semasa ke semasa. 6. Adakan sistem penukaran token yang mudah tetapi berkesan.
PPG AMBILAN JUN 2011 69

B. Mengurangkan/melupuskan tingkah laku negatif


1. Penghapusan/extinction Teknik ini agak sukar untuk dilaksanakan kerana tingkah laku yang tidak bersesuaian itu sukar untuk diabaikan tanpa ditegur. Cara ini hanya sesuai bagi tingkahlaku yang tidak membahayakan diri individu dan orang lain( Shea & Walker, 1995).
PPG AMBILAN JUN 2011 70

Panduan untuk melaksanakan teknik ini:


a. Apabila tingkahlaku ditunjukkan, guru perlu bertindak pasif tanpa menunjukkan apa-apa tanda yang guru nampak tingkahlaku tersebut. b. Teruskan aktiviti dengan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. c. Jika tingkahlaku berterusan, tinggalkan tempat tersebut. Namun begitu, sebagai guru kita perlu pandai mengawal keadaan dan memastikan tindakan yang kita ambil tidak mendatangkan kesan negatif kepada murid dan juga guru.
PPG AMBILAN JUN 2011 71

2. Pengasingan/time-out/ suspension
Merupakan teknik di mana guru akan meletakkan murid yang menimbulkan masalah displin di kerusi yang berasingan atau di sudut khas(Ee Ah Meng,1997). Pengasingan dilakukan adalah untuk menenangkan keadaan kelas juga lebih kepada untuk menenangkan murid tersebut agar dapat menenangkan fikiran, teknik ini diguna apabila seorang kanak-kanak berlakuan yang merbahayakan diri atau rakan-rakan lain. Jangka masa time-out adalah bergantung kepada setiap kanak-kanak, misalnya untuk kanak-kanak yang hiperaktif, masa kurang 5 minit sudah bersesuaian, manakala untuk kanak-kanak normal, mungkin ambil masa yang lebih panjang. Menurut Walker dan Shea (1986), jangka masa berkesan yang digunakan untuk time out haruslah di antara empat atau lima minit tetapi tidak melebihi sepuluh minit. Keberkesanannya akan hilang sekiranya pelajar dikenakan tindakan yang terlalu singkat atau terlalu lama. Guru digalakkan untuk menggunakan jam loceng untuk memastikan had masa pengasingan tidak dilanggar. Tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat time-out termasuk bilik kecil/tempat yang sunyi dan sudut-sudut yang jauh dari rakan-rakan lain. Setelah selesai hukuman tersebut dilaksanakan, kanak-kanak tersebut haruslah diterangkan tentang kesalahan yang telah dilakukan dan kenapa dia dikenakan hukuman. guru PPG pendidikan pemulihan perlu membuat 72 AMBILAN JUN 2011 catatan setiap kali time-out digunakan.

3. Kejemuan/Satiation kejelakan (satiation)


Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti sendiri. Bukan semua situasi boleh menggunakan teknik ini. Teknik ini sesuai diguna dalam keadaan yang boleh ditolerasi buat seketika kerana pelajar tidak dipaksa untuk berhenti atau menahan daripada melakukan tingkah laku tersebut. Sebaliknya dia digalakkan untuk meneruskannya sehingga pelajar itu sendiri merasa penat dan terus berhenti.
PPG AMBILAN JUN 2011 73

4. Hukuman/dendaan
Tujuan teknik ini diguna ialah untuk menghentikan tingkah laku yang tidak diingini. ia merupakan satu intervesi tingkahlaku yang negatif walaupun hasilnya mungkin positif. Intervesi ini berkesan apabila hak yang hilang secara natural akibat daripada tingakahlaku yang tidak sesuai( Shea& Walker, 1995). Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti: a. b. c. d. e. f. g. h. Pastikan pelajar faham kaitan antara tingkahlaku dan kehilangan hak. Pastikan pelajar faham tingkah laku yang didenda akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Aplikasikan tekhik kehilangan hak dengan adil kepada semua pelajar. Jangan mengugut pelajar. Jangan pertikaikan undang-undang dan dendaan apabila hukuman telah dijalankan. Guru jangan melibatkan emosi semasa menjalankan hukuman. Guru perlu sentiasa tegas. Beri peneguhan kepada tingkah laku yang sesuai.
PPG AMBILAN JUN 2011 74

5. Overcorrection/ pembetulan Pembetulan ditekankan setiap kali murid berlaku kesalahan sehingga tingkah laku tersebut tidak berulang lagi. 6. Response cost Murid akan ditanggungjawabkan terhadap kelakuan sendiri, ganjaran akan ditarik balik sekiranya murid tidak mematuhi peraturan. 7. Disensitisasi Mengurangkan tingkah laku secara perlahan-lahan sehingga tingkah laku tersebut lupus. Contoh: guru membantu murid menjalankan terapi dan bertindak secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan takut bercakap di depan kelas, fobia dll.
PPG AMBILAN JUN 2011 75

C. Membentuk tingkah laku baru


1. Pembentukan (shaping) Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Ia merupakan satu sistem pengukuhan yg sistematik, segera dan berturutan hampir kepada tingkah laku sasaran sehinggalah benar-benar tingkah laku sasaran dikuasai. Langkah-langkah: a. Pilih tingkah laku sasaran. Perolehi data asas / baseline data. Pilih pengukuhan yang sesuai / berpotensi. Kukuhkan secara berturutan bilamana tingkah laku sasaran ditunjukkan. Kukuhkan tingkah laku baru setiap kali ia berlaku / wujud. Pengukuhan tingkah laku dilakukan pada jadual yang bervariasi.
PPG AMBILAN JUN 2011 76

2. Prompting

Digunakan untuk mendapatkan rangsangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan (gesture) dan fizikal.

PPG AMBILAN JUN 2011

77

3. Modeling
Berasaskan teori pembelajaran sosial Bandura, iaitu menggunakan watak-watak (murid,guru ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid supaya menghasilkan tingkah laku yang diingini. Prosedurnya seperti berikut:

Attention Retention Reproduce Untuk menjalankan teknik ini beberapa panduan boleh diikuti: Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kognitif. Perlu memilih model yang sesuai, diterima oleh kanak-kanak. Model sebaik-baiknya sebaya dengan kanak-kanak.
PPG AMBILAN JUN 2011 78

TQ

PPG AMBILAN JUN 2011

79

Anda mungkin juga menyukai