Anda di halaman 1dari 34

BAHASA KANAK-KANAK

TERENCAT AKAL
 
DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL


RETARDATION (AAMR)

“Subsequence subaverage general intellectual


functioning, excisting concurrently with deficits in
adaptive behavior and manisfested during the
developmental period, that adversely affects a
child’s educational performance.”
DEFINISI TERENCAT AKAL

AMERICAN ASSOCIATION ON MENTAL


RETARDATION (AAMRD)

“Mental retardation is a disability


characterized by significant limitation both
in intellectual functioning and in adaptive
behavior as expressed in conceptual,
social and practical adaptive skills. This
disability originates before age eighteen.”
• individu yang mempunyai had
tertentu dari segi fungsi mental, di
samping kemahiran yang rendah dari
aspek tingkah laku penyesuaian.
Tingkah laku penyesuaian
melibatkan kemahiran penjagaan diri
seperti kebolehan memakai pakaian,
makan atau mengemas diri. Individu
yang dikesan mengalami kerencatan
akal ada kalanya tidak dapat
menjaga diri sendiri atau hidup
secara berdikari. Kecacatan ini
lazimnya dikesan sebelum usia 18
KESIMPULAN DEFINISI

TIGA KRITERIA UTAMA:

1. Kefungsian Intelek di Bawah Purata


2. Lemah Tingkah Laku Suaian
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak
Sehingga Usia 18 Tahun
KESIMPULAN DEFINISI

2.Kefungsian Intelek di Bawah Purata


Kefungsian intelek di bawah purata
ditunjukkan melalui kecerdasan intelek
(IQ) melebihi daripada satu sisihan piawai
di bawah min mengikut umur tertentu,
iaitu dalam lingkungan 85 atau 85
bergantung kepada jenis ujian kecerdasan
yang digunakan.
KESIMPULAN DEFINISI

2. Lemah Tingkah Laku Suaian


Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan
individu untuk mencapai kehendak sosial
dalam masyarakat bersesuaian dengan
umur kronologinya. Kanak-kanak yang
mempamerkan masalah dalam
penyesuaian tingkah laku dikatakan
mengalami terencat akal. Kriteria
kemahiran yang termasuk dalam tingkah
laku suaian adalah seperti berikut:
KESIMPULAN DEFINISI

• Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar


idea, mesej, atau maklumat dengan orang
lain sama ada secara lisan, isyarat, atau
cara-cara lain,
• Urus diri - keupayaan untuk mengurus
kebersihan diri, makan, dan perkara lain
yang berkaitan,
• Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi
dengan baik/sesuai dengan orang lain,
• Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan
mengurus aktiviti harian kehidupan di
rumah,
KESIMPULAN DEFINISI

• Kesihatan dan keselamatan - berupaya


memberi perhatian dan berjaga-jaga serta
bertindak dengan cara yang tidak
membahayakan diri dan orang lain,
• Arah kendiri - keupayaan membuat
keputusan dan melaksanakannya,
• Akademik - membaca, menulis,
matematik, dan kemahiran lain yang
diperlukan untuk berdikari,
• Menggunakan kemudahan awam -
berupaya mengenal pasti dan
menggunakan perkhidmatan awam di
KESIMPULAN DEFINISI

• Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku


suaian termasuklah belajar merangkak,
kemudian berjalan, dan belajar bercakap.
• Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku
suaian termasuk mengambil giliran,
mengikut arahan, dan bergerak bebas dan
selamat di kawasan sekolah.
• murid sekolah menengah pula, mereka
berupaya pergi ke pusat membeli belah,
makan bersama rakan, dan membuat
persediaan untuk bekerja. Pelajar yang
terencat akal minima mungkin mengalami
KESIMPULAN DEFINISI

3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak


Sehingga Usia 18 Tahun

• Ketidakupayaan intelek hendaklah


ditunjukkan atau dikesan semasa zaman
kanak-kanak sehingga umur 18 tahun.
Oleh itu, kurang upaya intelek yang
berlaku akibat daripada kecederaan atau
penyakit selepas perkembangan awal
kanak-kanak tidak dianggap sebagai
terencat akal.
PENGKELASAN TERENCAT AKAL

UKURAN IQ
ARAS STANFORD- WESCHLER SISIHAN
PENGKELASA BINET (SD=15) PIAWAI DI
N (SP=16) BAWAH MIN
Ringan 52 – 68 55 – 70 2 hingga 3
Sederhana 36 – 52 40 – 55 3 hingga 4
Teruk (severe) 20 – 36 25 – 40 4 hingga 5
Sangat teruk bawah 20 bawah 25 melebihi 5
(profound)

***Ukuran IQ adalah anggaran


Ciri-ciri Individu Terencat Akal
Marilyn Friend (2005)
1. Ciri Kognitif
mempunyai kesan ke atas beberapa dimensi
kefungsian
Ingatan kognitif
Kanak-kanak terencat :akal mempunyai masalah ingatan seperti
kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara
yang baru diajar.
Generalis Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya
asi pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-
kanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi
dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.
Metakogni kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi
si sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi
kesukaran menyelesaikannya
Motivasi mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu
meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa

Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya


mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami
konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dan
sebagainya.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

2. Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid terencat
akal selalunya perlu bekerja lebih keras,
membuat latihan yang banyak, dan
memerlukan masa yang lama berbanding
murid-murid normal yang lain Selain itu
pencapaian akademik mereka adalah
rendah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

1. Sosial
Kebanyakan murid terencat akal
menghadapi kesukaran dalam hubungan
sosial. Kebiasaannya mereka kurang
diterima oleh rakan sebaya dan mungkin
diketepikan langsung. Keadaan ini
disebabkan murid ini berkelakuan tidak
matang, tidak dapat menyesuaikan diri
dalam situasi sosial, dan mereka
mempunyai masalah menguasai kiukiu
sosial vana halus sehingga mereka kerap
kali salah tafsir aksi-aksi murid lain.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

4. Ciri Tingkah Laku Tambahan

Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat


akal mempunyai tingkah laku yang
khusus. Di antaranya adalah seperti
mahukan ganjaran tertentu, menarik
rambut, menggigit, atau tabiat suka
mencederakan diri.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

5. Emosi
Memerlukan perhatian akibat daripada
perasaan kesunyian, kemurungan, dan
juga kemahiran sosial.

4. Ciri Fizikal dan Kesihatan


mempunyai masalah kesihatan sampingan
selain kecacatan yang dialami. Misalnya
kanak-kanak Sindrom Down menunjukkan
ciri-ciri kelainan pada muka, jari, dan
badan serta penyakit penyakit seperti
jantung berlubang dan paru-paru.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Tumpuan
• Tumpuan atau fokus dalam proses
pembelajaran sangat penting untuk
memahami sesuatu tugasan yang
diberikan sebelum proses pembelajaran
berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar
untuk menumpukan perhatian terhadap
sesuatu atau sukar memberi tumpuan
dalam tempoh masa yang lama
• kanak-kanak ini juga tidak dapat
menyelesaikan masalah kerana
tidakupayaan untuk berfikir secara logik.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan
• Kajian menunjukkan kanak-kanak
terencat akal menghadapi masalah untuk
mengingat maklumat yang diterima.
Ketidakupayaan untuk mengingat
maklumat yang disampaikan
menghadkan kemampuan mereka untuk
belajar. Keadaan ini merupakan halangan
utama dalam proses pembelajaran di
sekolah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Ingatan
• Kebolehan mengingat merupakan proses
pembelajaran yang kompleks dan
memerlukan kaedah yang sesuai. Kanak-
kanak terencat akal menghadapi
kesukaran untuk mengingat konsep serta
perkara-perkara yang berkaitan teori
tentang sesuatu perkara.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Bahasa digunakan seawal usia kanak-
kanak untuk keperluan komunikasi,
menyampaikan kehendak dan perasaan
dalam sesuatu persekitaran
(Hatton,1998).
• Kelewatan perkembangan bahasa
merupakan antara bukti jelas yang dapat
dilihat pada kanak-kanak terencat akal
(Warren & Abbeduto, 1992).
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Masalah pertuturan seperti masalah
artikulasi biasa boleh dikesan pada
kanak-kanak terencat akal. Umumnya,
bagi kanak-kanak yang mengalami
kerencatan akal ringan, perkembangan
bahasa mereka adalah selari dengan
kanak-kanak normal, namun kemajuan
perkembangan bahasa mereka agak
perlahan sekiranya kategori yang dialami
terencat akal teruk.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Bahasa
• Kelewatan perkembangan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak terencat akal
mempunyai hubung kait dengan
keyakinan diri. Kanak-kanak terencat akal
sukar untuk menyampaikan bahasa-
bahasa berasaskan linguistik dan
menyebabkan penguasaan bahasa yang
lemah.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Pencapaian Akademik
• kanak-kanak terencat akal lazimnya
mempunyai pencapaian akademik yang
rendah berbanding rakan sebaya normal
yang lain. Kanak-kanak terencat akal juga
sering mempunyai jangkaan pencapaian
yang rendah disebabkan tahap
kemampuan intelek yang dimiliki (Mac
Millan, 1982).
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial
• Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih
sensitif dan emosional. Kanak-kanak ini
juga menghadapi masalah dalam
berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari
sewaktu menerima pengajaran di
sekolah. Namun begitu, kanak-kanak
terencat akal ini tidak dapat memahami
peranan menunggu giliran seperti
menunggu giliran apabila seseorang
selesai bercakap sebelum memulakan
topik perbualan.
Ciri-ciri Individu Terencat Akal

Perkembangan Sosial
• Kanak-kanak terencat akal juga
menghadapi masalah untuk memahami
konsep-konsep sosial. Sebagai contoh,
konsep wang. Mereka menghadapi
masalah untuk memahami fungsi wang
serta kegunaan wang dalam kehidupan
harian. Kanak-kanak terencat akal juga
sukar memahami kesan dan akibat
sesuatu perhubungan. Contohnya,
mengenal pasti bahawa terdapat kesan
daripada setiap tindakan yang dilakukan.
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Analisis Tugasan
Sesuatu kemahiran yang hendak diajar
dijelaskan dengan terperinci dan di
bahagikan kepada bahagian-bahagian
kecil. Kemudian, bahagian-bahagian kecil
tersebut disusun mengikut urutan yang
dapat meningkatkan kefahaman. Juga,
bagi setiap bahagian, tempoh masa untuk
menguasinya dinyatakan.
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Penilaian
Penilaian kerap dilakukan untuk memastikan
sama ada sesuatu bahagian kecil itu
dikuasai atau tidak. Sekiranya, penilaian
tidak dilakukan, kesilapan yang dibuat
oleh pelajar tidak dapat dikesan. Jika
dibiarkan, pelajar akan terus melakukan
kesilapan tersebut tanpa mengetahui. Bagi
pelajar kerencatan mental ini boleh
membawa kesan yang buruk kepada
dirinya
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Gerak Balas Aktif
Menentukan bahawa pelajar terlibat secara
aktif dan setiap gerak balas pelajar
dicatat. Contohnya, bilangan perkataan
yang disebut, dan bilangan ayat yang
ditulis oleh pelajar. Pengajaran diatur
untuk menggalakkan pelajar memberi
respons yang dipantau dengan rapi
supaya maklum balas yang bermakna
dapat diberikan
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Maklum Balas
• memerlukan makluma balas serta merta
tentang usaha mereka. Maklum balas
merupakan pujian atau peneguhan positif
lain bagi jawapan atau tingkah laku yang
betul. Bagi jawapan yang salah, pelajar
diberi galakkan dan peluang untuk
membetulkannya.
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Maklum Balas
• Maklum balas hendaklah tepat, serta
merta, positif dan kerap. Contohnya,
"Kamu dapat membaca 90 perkataan hari
ini. Itu 10 lebih daripada semalam. Bagus".
Kadang kala, pelajar kurang upaya tidak
sabar mencuba berkali-kali untuk
mendapat jawapan yang betul. Adalah
dicadangkan guru membantu pelajar
mendapat jawapan yang betul.
Lamakelamaan, bantuan itu dikurangkan
hingga pelajar mencuba sendiri
KAEDAH MENGAJAR PELAJAR TERENCAT
AKAL
Pemindahan Pembelajaran
Pemindahan berlaku apabila sesuatu
kemahiran atau tingkah laku yang
dipelajari digunakan dalam situasi yang
berlainan. Bagaimana ini dapat
digalakkan? Salah satu cara ialah untuk
memberi pelajar peluang mengamal
seusuatu kemahiran dalam situasi
berlainan. Contohnya, pelajar dibawa ke
padang permainan untuk mempraktik
kemahiran yang dipelajari dalam bilik
darjah
Masalah bahasa kanak-kanak terencat
akal
• Bentuk bahasa
• Kandungan bahasa
• Penggunaan bahasa
Implikasi Terhadap Intervensi Bahasa

• Kaedah penilaian bahasa


• Strategi/ teknik intervensi yang spesifik
• Keberkesanan komunikasi