PEMEROLEHAN BAHASA
(a) Fonologi
(b) Semantik
(c) Sintaksis
PEMEROLEHAN BAHASA
(a)Fonologi
Dalam perkembangan fonologi,
kanak-kanak menghasilkan bunyi
secara rambang. Ini berlaku di
peringkat agahan. Mula-mula ia
memperoleh fonem-fonem yang
kasar kemudian maju kepada
fonem-fonem yang halus.
PEMEROLEHAN BAHASA
(b) Semantik
• Mula-mula sepatah perkataan mungkin merujuk
beberapa benda atau makna. Ketika inilah kanak-
kanak sering membuat kesalahan, terutama
semasa memberikan makna perkataan itu.
• Sebagai hasil interaksi dengan persekitarannya
dalam pelbagai konteks komunikasi, kanak-kanak
itu akan mempelajari konsep-konsep daripada
yang konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula
dapat menyusun perkataan mengikut kelas-kelas
tatabahasa.
PEMEROLEHAN BAHASA
(c) Sintaksis
• kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri
daripada satu perkataan ketika berumur 1 tahun
dan maju kepada ujaran dua perkataan ketika
menjangkau umur 2 tahun.
• Setiap ujaran dapat merujuk beberapa makna
mengikut susunan kata atau konteks untuk
menggambarkan penafian, pertanyaan dan
sebagainya.
• Ayat-ayat padat dan ringkas, banyak
menggunakan kata inti dan kurang atau tiada
langsung menggunakan kata tugas.
PEMEROLEHAN BAHASA
Bloomfield (1887-1949)
• ahli bahasa yang telah mengembangkan
prinsip dan kaedah penyelidikan bahasa
yang diberi nama American Structturalism
(Ginlio, D.L., 1970).
• menunjangi teori psikologi behaviurisme
yang berkait rapat dengan fahaman ahli-
ahli psikologi seperti John B. Watson dan
A.P. Weiss dalam hal kaedah
menghuraikan bahasa.
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI-AHLI PSIKOLINGUISTIK
TERHADAP PEMEROLEHAN BAHASA
Bloomfield (1887-1949)
• beranggapan bahawa bahasa adalah satu
tingkah laku manusia yang sama dengan
tingkah laku yang lain. Sekiranya tingkah
laku manusia yang lain itu berpunca
daripada adanya rangsangan, maka
bahasa pun dapat dilahirkan sebagai
gerak balas terhadap rangsangan itu.
• apa yang perlu dikaji ialah tingkah laku
yang terjadi ketika ucapan dilahirkan
daripada mulut seseorang hingga ucapan
itu diterima serta difaham oleh pendengar
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner, B.F.
• seorang lagi ahli psikologi yang terkenal.
• pernah mengajar di Universiti Harvard.
• menyatakan bahawa pembelajaran
berlaku apabila adanya rangsangan dan
tindak balas yang berulangan.
• menguji seekor merpati yang disimpan di
dalam kotak, ada suis pada pintu dan
apabila pintu diketuk ada makanan datang
sebagai hadiah. Ini dibuat secara
berulangan dan merpati itu mendapat satu
tabiat dan dia belajar melaluinya.
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Skinner, B.F.
• Berdasarkan eksperimen tersebut, Skinner
telah memberi pandangan bahawa bahasa
adalah hasil proses perilaku iaitu hasil
operasi rangsangan dan tindak balas yang
berlaku, dan ini adalah bergantung kepada
ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia.
• Beliau menolak sebarang pendapat yang
menghubungkan proses penghasilan
bahasa dengan operasi mental.
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
• Seekor tikus dimasukkan ke dalam sebuah
kotak yang terdapat makanan yang
diperbuat daripada tin dan di luar kotak
terdapat satu alat untuk menjatuhkan
makanan ke dalam tin itu. Makanan yang
jatuh ke dalam tin itu akan mengeluarkan
bunyi. Tikus yang dimasukkan ke dalam
tin terpaksa memijak sebatang besi untuk
membolehkan makanan itu jatuh. Pada
mulanya, tikus yang lapar itu memijak
batang besi secara kebetulan sahaja,
tetapi setelah beberapa lama, tikus itu
mempelajari bahawa apabila batang besi
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Noam Chomsky
• Beliau telah membidas pendapat Skinner
kerana pada pandangan beliau teori
perilaku itu tidak munasabah. Dia tidak
menyetujui Skinner kerana beliau telah
menolak otak dan pemikiran manusia
dalam mempelajari bahasa.
• Chomsky menegaskan, kematangan
saraf, kematangan berfikir dan bertindak
adalah penting dalam proses mempelajari
bahasa.
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA
Jean Piaget
• bahasalah yang membentuk fikiran
manusia.
• bahasa juga menentukan cara manusia
berfikir. Piaget kemudian memperbaiki
semula teori itu dengan mengatakan 'yang
sebenarnya fikiranlah yang membentuk
bahasa; tanpa fikiran bahasa tidak akan
wujud'.
PERBEZAAN PENDAPAT AHLI PSIKOLINGUISTIK TERHADAP
PEMEROLEHAN BAHASA