Anda di halaman 1dari 22

Setiap kumpulan sosial atau masyarakat mempunyai mekanisma untuk memastikan anggotanya mematuhi norma, tradisi dan pola

tingkah laku yang sesuai, bermoral bagi melicinkan perjalanan masyarakat. Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya mematuhi norma sosial.

Ada dua bentuk kawalan sosial: Kawalan positif :


Motivasi positif Pemberian ganjaran ,hadiah dan pujian

kawalan negatif:
Ketakuatan terhadap hukuman Penjara, hukum dan sebagainya.

Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan juga tidak formal.

Kawalan sosial secara formal berlaku secara perundangan, peraturanc penguatkuasaan . Polis dan kehakiman merupakan badan yang mendidik masyarakat supaya akur kepada norma-norma sosial. kawalan sosial tidak formal adalah berbentuk pendapat umum dan dilaksanakan melalui pujian atau teguran.

Biasanya ditunjukkan dalam bentuk pendapat umum melalui pujian dan teguran Tiada penetapan khusus- berbeza mengikut situas Bentuk Kawalan Sosial Tidak Formal:
Kepercayaan dan Nilai Tekanan Kumpulan (Group Pressure)

Sejak kita dilahirkan, kita memulakan proses sosialisasi, iaitu satu proses dimana Seorang individu mempelajari kebudayaan: cara-cara hidup, nilai-nilai, dan norma-norma masyarakat bagi membentuk personalitinya supaya dapat diterima menjadi anggota masyarakatnya. Melalui proses ini, seorang individu membentuk aspek-aspek dalamannya seperti nilai dan kepercayaan.

Nilai dan kepercayaan ini telah mewujudkan pengawalan dalaman yang kukuh terhadap tingkahlaku kita. Pengawalan dalaman ini telah menjadi sebahagian daripada kepercayaan kita tentang bagaimana kita sepatutnya bertindak. Kadangkala pengawalan dalaman ini telah kukuh dalam diri kita sehingga kita tidak perlu kehadiran orang lain memberi tindakbalas kepada kita.

Kawalan yang wujud dalam kod tingkah laku moral dan sosial seseorang. Ia juga merangkumi beberapa faktor seperti:
Imej diri yang positif kawalan diri Kekuatan ego Tahap toleransi Perasaan tanggungjawab

Apabila melakukan sesuatu tingkah laku devian,mereka bukan takut ditangkap dan dipenjarakan tetapi mereka akan rasa bersalah,melanggarundang-undang atau rasa berdosa kepada Tuhan. Perasaan individu tentang betul dan salahkadangkala dirujuk sebagai conscience atau suarahati.

Let your conscience be your guide Kenyataan diatas mengandaikan bahawa kita telahmenghayati pendapat-pendapat dan kesan-kesantertentu tentang tingkah laku devian dan bukandevian.

Individu mungkin dipengaruhi oleh jangkaan dan reaksi kumpulan manusia di sekelilingnya yang dianggap sebagai kumpulan tekanan. Kajian Solomon Asch:

Dalam kajian tersebut, beliau mengarah semua responden melihat sebuah gambar yangyang dilukis dan tiga garisan tegak yang tidak sama. Gambar ini dipantulkan ke atas skrin. Beliau kemudiannya meminta responden padankan salah satu daripada tiga garisan dengan garisan tegak yang keempat. Tugasan itu mudah dan mereka semua boleh lakukannya

Asch kemudiannya meletakkan setiap responden dalam setiap kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang pelajar. Setiap responden tersebut tidaktahu bahawa tujuh orang pelajar dalam kumpulan mereka bukan responden sebenar tetapi hanya berlakon Asch menunjuk garisan yang sama dan setiap daripada mereka perlu menjawab dengan bersuara kuat.

Enam pelajar pelakon diarah oleh Asch supaya memberi jawapan salah yang sama . Apabila ini berlaku setiap responden menjadi minoriti. Asch mengulang beberapa kali kajian ini dan mendapati 1/3 daripada responden keseluruhannya mula mengubah jawapan mereka agar menjadi sama dengan enam orang pelajar yang dalam kumpulan masingmasing walaupun jawapan yang diberi itu salah.

Setelah kajian itu berakhir Asch menemubual setiap responden dan mendapati kebanyakan mereka sebenarnya tahu bahawa jawapan kumpulan adalah salah dan jawapan mereka adalah betul. Mengapakah responden mengikut jawapan kumpulan? Responden menyatakan bahawa mereka menurut jawapan kumpulan sebab mereka tidak mahu kelihatan sebagai Devians walaupun akur bermakna memberi jawapan yang salah

Solomon Asch (on the far right) and six assistants trick the test subject (third from the right with a white shirt, tie, and crew cut) into thinking he's taking a vision test.

teguran dan pujian dari persekitaran juga merupakan sesuatu tekanan yang akan mengawal tingkah laku kita.

Melibatkan sistem tatacara & kewibawaan: Undang-undang Peraturan Terdapat badan pelaksana, contoh : Polis, Hakim Sistem tatacara dan kewibawaan badan pelaksana: tentukan ganjaran @ hukuman

Hukuman kepada penjenayah Memulihkan orang yang bersalah


Contoh : kaunseling

Anda mungkin juga menyukai