Anda di halaman 1dari 11

STRATEGI MENGAJAR TULISAN TANGAN

Dititikberatkan agar murid berupaya menulis dengan terang, kemas dan mudah dibaca.

Guru perlu memberi latihan menulis setiap hari.


Latihan perlu diberikan secara terancang dan menarik agar murid tidak berasa bosan dan letih. Antaranya, menyepadukan aktiviti menulis dengan aktiviti melukis dan mewarna, khusus di peringkat pratulisan. Perlu ada garis panduan mengajar tulisan tangan.

Antaranya :

STRATEGI MENGAJAR TULISAN TANGAN

memberi contoh tulisan yang baik setiap kali menulis; mempamerkan model tulis yang baik di tempat yang mudah dilihat murid;

Bahan bagi aktiviti tulisan tangan haruslah bermakna dan diminati murid;
Jangka masa latihan jangan terlalu lama. Memadai 15 minit diikuti aktiviti melukis atau mewarna; Diajarkan dua bentuk tulisan tangan;

Pastikan murid kekal dengan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

PENDEKATAN PENGAJARAN MENULIS

Raimes (1983) berpendapat, terdapat enam pendekatan pengajaran kemahiran menulis, iaitu :

Pendekatan terkawal; Pendekatan bebas; Pendekatan pola-perenggan; Pendekatan tatabahasa-sintaksis-organisasi; Pendekatan komunikatif; Pendekatan proses.

PENDEKATAN TERKAWAL

Dikenali juga pendekatan audio-lingual. Mengutamakan bahan lisan daripada tulisan. Ketepatan murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis. Pengajaran penulisan murid-murid dipandu supaya tidak membuat kesalahan. Antara bentuk kawalan guru :

PENDEKATAN TERKAWAL

Antara bentuk kawalan guru...

Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan. Guru boleh menentukan perkataan atau frasa yang perlu digunakan; Guru memberi senarai frasa yang ada kaitan dengan sesuatu tajuk, murid membuat ayat untuk melengkapkan frasa;

Guru mengambil satu petikan atau teks yang menggambarkan satu peristiwa atau kejadian, murid menggambarkan keseluruhan pengalaman :

Sedang aku berjalan-jalan, tiba-tiba


rupa-rupanya aku bermimpi.

PENDEKATAN TERKAWAL

Antara bentuk kawalan guru...

Guru menggunakan bahan bantu mengajar sebagai rangka karangan dan meminta murid mengarang berpandukan bahan tersebut; Guru membincangkan rangka karangan dan meminta murid menulis berdasarkan rangka tersebut; Guru memberi arahan secara terperinci dan meminta murid menulis berpandukan arahan tersebut.

Anda diminta untuk menulis sepucuk surat kepada kawan anda di Sabah untuk mengundang beliau menghabiskan cuti persekolahan selama dua minggu bersama-sama anda di Perlis. Ceritakan kepadanya tentang program yang akan

JENIS PENULISAN

Jenis penulisan ada empat :

Penulisan terkawal;
Penulisan berpandu; Penulisan bebas; Penulisan kreatif,

PENULISAN TERKAWAL

Bahasa dan isi dikawal guru. Susunannya dikawal ketat dan sedikit dipimpin ke arah karangan bebas.
Merupakan penulisan peringkat asas atau pertama yang perlu dilalui.

Bertujuan :

Mengurangkan kesilapan kerana diselia guru;


Melancarkan penggunaan bahasa; Melontarkan idea tanpa gangguan bahasa; Menjadi asas penulisan karangan bebas.

PENULISAN TERKAWAL

Bentuk latihan karangan terkawal :

Menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu berhubung sesuatu topik;

Menulis cerita yang dibaca, didengar atau diperdengar;


Menulis surat - isi surat ditetapkan guru; Mengisi tempat-tempat kosong dalam sesebuah cerita atau karangan yang telah disediakan; Menulis isi perbualan atau perbincangan; Menulis ayat/cerita berdasarkan bahan rangsangan;

Membuat ayat secara lisan atau tulisan daripada perkataan yang diberi.

PENULISAN TERKAWAL

Terbahagi kepada tiga jenis :

Penuh terkawal :

100% terkawal; hampir menyerupai peringkat menyalin semula; bertujuan latihan mekanikal semata-mata.

Separa terkawal :

peringkat menghasilkan semula tetapi tidak sepenuhnya; misalnya, mengisi tempat kosong dalam karangan pendek.

Kurang terkawal : peringkat menggabungkan ayat-ayat; berdasarkan garis panduan atau arahan guru.