Anda di halaman 1dari 19

MINGGU 15

PEMBENTANG: NURSYAKILA BINTI ROSLI SHAHRUL NIZAR BIN REDUAN SITI ASMAH BINTI MAHMUD

PROSEDUR PENGAJARAN DAN PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR


Ejaan Imlak Karangan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsipprinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah :

Ketepatan maklumat kandungan Ketepatan bahasa dan gaya Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya Sesuai dengan objektif pengajaran Sesuai dengan masa pengajaran Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahanbahan rangsangan seperti gambar,petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video, dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.

IMLAK
Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan Petikan perlu dibaca dengan jelas

CARA-CARA PENGAJARAN IMLAK


Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

TUTORIAL
Memberi bimbingan tentang proses menghasilkan bahan bantu mengajar secara berkumpulan berkaitan ciri-ciri pemilihan dan pembinaan

Membina Bahan Sumber Bahan Pengajaran Menulis

Bahan sumber daripada internet


Guru memuat turun bahan-bahan yang berkaitan daripada internet. Bahan-bahan berkenaan disimpan dalam folder. Bahanbahan berkenaan boleh dipancar tayang dengan menggunakan projektor LCD semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid berbincang dan berinteraksi dengan bahan yang berkenaan sebagai persediaan mendapatkan idea untuk menulis karangan.

Bahan sumber digital


Guru menyediakan bahan yang disediakan sendiri, bahan yang diimbas dengan mesin pengimbas, atau bahan terpilih yang diturun muat daripada cakera digital untuk di burn. Cakera padat CD rom berinformasi itu kemudian boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran karangan mereka.

Bahan audio dan audio visual


Di ambil daripada sumber media elektronik. Dirakam dan diedit untuk digunakan oleh murid-murid sebagai bahan rangsangan.

Gambar-gambar
Dalam bentuk gambar tunggal, gambar bersiri, atau gambar foto yang diambil dengan menggunakan kamera

Filem
Filem jalur atau filem slaid.

Ciri Bahan Sumber yang Baik

Sesuai dengan bilangan murid-murid di dalam kelas dan cara pengelolaan kelas guru semasa mengajar. Sesuai dengan wang peruntukan yang ada terutama yang melibatkan peralatan ICT. Mengambil kira kebolehupayaan murid-murid menggunakan bahan berkenaan terutama sekiranya melibatkan bahan-bahan berteknologi digital dan elektronik.

Mengambil kira kebolehupayaan guru untuk mengendalikan bahan yang disediakan sendiri. Sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan perlu juga diambil faktor keselamatan murid-murid. Sesuai dengan latar belakang agama dan kepercayaan murid-murid yang berbilang bangsa

Sesuai dengan objektif pengajaran yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh guru Hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 70 peratus dalam langkah pengajaranterutama sekiranya bahan berkenaan mengambil masa dan menggunakan kos yang tinggi dalam pembuatannya.

..SEKIAN .. SEMOGA BERJAYA!! ^_____^