Anda di halaman 1dari 19

ISU-ISU DALAM SUKAN

INSENTIF DAN ATLET

Disediakan oleh : Khairil Anwar Bin Azizan Mohd Hafiz Almuhaimi Bin Mohd Halim Nur Azirah Binti Zakaria Nurulasida Binti Daud Siti Nadawiah Binti Abd Rahman

Insentif

Merupakan ganjaran yang dapat merangsang

minda seseorang untuk mencapai sesuatu


kejayaan.

Insentif boleh berbentuk ganjaran seperti wang


tunai, harta, darjat kebesaran, hadiah dan sebagainya.
Atlet

Individu yang giat dalam arena sukan atau ahli

Isu-isu yang berkaitan dengan Insentif dan atlet :


1) Shabery akan bincang isu insentif paralimpik.
Peluang tetap ada buat atlet paralimpik yang mengondol pingat untuk menikmati insentif setanding atau sama dengan atlet lain, tetapi perlu bergantung kepada rumusan perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan dengan golongan profesional sukan dalam tempoh terdekat.

Kontroversi timbul apabila atlet paralimpik yang memperoleh pingat emas dan perak dalam Sukan Paralimpik ditawarkan insentif lebih rendah berbanding diterima atlet Sukan Olimpik.
Atlet Sukan Olimpik yang memperoleh pingat ditawarkan ganjaran RM1 juta (emas), RM300,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa), berbanding RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa) untuk atlet Sukan Paralimpik.

Pemenang pingat Sukan Olimpik juga diberikan pencen sepanjang hayat berjumlah RM5,000 (emas), RM3,000 (perak) dan RM2,000 (gangsa) berbanding tiada pencen ditawarkan untuk pemenang pingat Sukan Paralimpik.

Ahmad Shabery berkata : Atlet normal terpaksa melalui banyak lapisan ujian termasuk saringan sebelum layak ke peringkat lebih jauh dalam sesuatu acara, cukup payah kerana menerima saingan sengit daripada peserta handalan.

Tapi, dalam Sukan Paralimpik, sesuatu acara mempunyai banyak kategori yang boleh dipecahkan, lebih mudah untuk atletnya mencatat kemaraan, malah ada juga kategori yang tidak ramai penyertaan sehingga membolehkan seseorang atlet layak ke peringkat seterusnya,
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10

2) Insentif untuk Atlet dan Jurulatih (OUM)


Terbuka kepada atlet dan jurulatih yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi dan aktif dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Pemberian insentif dan dermasiswa kepada atlet adalah mengikut tahap penglibatan seperti berikut; a) Atlet mewakili negara dan memenangi pingat di peringkat antarabangsa diberi insentif diskaun sebanyak 100% yuran pengajian per kredit untuk tempoh yang ditawarkan.

b) Atlet mewakili negara diberi insentif diskaun sebanyak 20% yuran pengajian per kredit bagi tempoh yang ditawarkan. Manakala insentif kepada jurulatih diberi berdasarkan tahap Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik; a) Jurulatih kelas 3 diberi diskaun sebanyak 15 % yuran pengajian per kredit untuk tempoh yang ditawarkan.

b) Jurulatih kelas 2 diberi diskaun sebanyak 10 % yuran pengajian per kredit untuk tempoh yang ditawarkan.

Para pelajar perlu memohon insentif dan dermasiswa tersebut melalui Jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan akademik dan Bantuan Kewangan Yayasan Cansecor OUM.

Terma dan syarat i. Pelajar adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang sedang mengikuti program pengajian di OUM; dan ii. Tidak menerima tajaan daripada mana-mana agensi Kerajaan dan sebagainya; dan iii. Atlet dan jurulatih hendaklah memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan yang diceburi dan aktif dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini; dan iv. Pengecualian yuran pengajian hanya melibatkan pendaftaran kali pertama untuk setiap matapelajaran; dan

v. Mengekalkan PNG tidak kurang dari 2.00 setiap semester ditawarkan dermasiswa; dan vi. Tidak menangguh pengajian melebihi 2 semester berturut-turut di sepanjang tempoh penerimaan dermasiswa; dan vii. Bebas daripada sebarang tindakan tata tertib oleh pihak universiti di sepanjang tempoh penerimaan dermasiswa;

viii. Penerima dikehendaki menandatangi borang akujanji yang disediakan oleh pihak universiti; dan

ix. Keputusan pihak universiti berhubung dengan perkara ini adalah muktamad; dan

x. Pihak universiti berhak menarik balik Insentif dan Dermasiswa ini pada bila-bila masa, jika penerima didapati melanggar undang-undang negara yang membawa kepada hukuman dijatuhkan; dan
xi. Pihak universiti berhak pada bila-bila masa menurut budibicara mutlaknya untuk membuat pindaan, penambahan atau pengecualian kepada mana-mana syarat dan peraturan yang terdapat dalam Insentif dan Dermasiswa ini, ataupun untuk memansuhkannya.

3) Insentif Kerajaan Negeri Bakar Semangat Atlet SUKMA 2012


Atlet renang Selangor, Caroline Chan,17, gembira apabila pencapaian pingat emas ketika Sukan Malaysia 2012 (SUKMA2012) di Kuantan baru-baru ini mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Negeri. Pemberian insentif seumpama ini mampu memberi semangat kepada para atlet untuk lebih berusaha keras di masa akan datang.

Beliau menerima RM13,000 daripada insentif keseluruhan RM872,000 yang diperuntukan Kerajaan Negeri.
Seperti hari ini, dengan insentif yang diterima, secara automatik semangat saya untuk mencapai kejayaan lebih besar pada kejohanan lain melonjak naik, Beliau berjaya memecah rekod SUKMA dalam acara 50 meter kuak lentang dengan catatan masa 30.34 saat.

Kesan Pemberian Insentif


Kesan Positif
Pemberian insentif kepada para atlet yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia merupakan satu pengiktirafan kepada usaha gigih mereka.

Insentif juga penting dalam pembangunan sukan ekoran daripada persaingan sengit yang terpaksa dihadapi oleh para atlet. Pemberian insentif turut menjadi pembakar semangat kepada para atlet untuk berjuang dalam menyumbang pingat kepada negara.

Kesan Negatif
Pemberian ganjaran yang lumayan akan menyumbang kepada pembaziran wang kerajaan. Ganjaran lumayan turut mengakibatkan atlet hanya bertumpu kepada kejohanan yang menawarkan ganjaran yang tinggi.

Pemberian insentif yang lumayan juga kadang kala akan melahirkan jaguh sukan sementara. Para atlet hanya memandang kepada ganjaran dan terlupa akan misi utama iaitu berbakti kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai