Anda di halaman 1dari 20

1

Definisi Usahawan
Kamus Dewan mentakrifkan usahawan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. The Encyclopedia Americana International Edition memberi maksud usahawan sebagai ahli perniagaan yang mengambil risiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.

Contoh Usahawan yang Berjaya


1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Raja Gula) 2) Tatparanandam Anand Krishnan (Maxis) 3) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) 4) Tan Sri Syed Mokhtar Shah Nor AlBukhary (Albukhary Foundation) 5) Tan Sri Lim Goh Tong (Genting Highland) 6) Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Air Asia) 3

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Raja Gula)

Tatparanandam Anand Krishnan (Maxis)

Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank)

Tan Sri Syed Mokhtar Shah Nor Al-Bukhary (Albukhary Foundation)

Tan Sri Lim Goh Tong (Genting Highland)

Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Air Asia)

Definisi Perniagaan Kecil


Vincent A. Gabriel mendefinisikan perniagaan kecil sebagai semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan dalam skala kecil-kecilan. Zumilah Zainalaludin menyatakan perniagaan kecil boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain secara kecil-kecilan bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
10

Keusahawanan dan Perniagaan Kecil


Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Bukan semua peniaga berjaya menjadi usahawan. Semua usahawan adalah peniaga.

11

Perbezaan Usahawan dan Peniaga


FUNGSI Takrif Umum PENIAGA Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga USAHAWAN Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasi kecil tetapi berupaya berkembang maju dari semasa ke semasa
12

Membentuk Perniagaan Baru

Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil

Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan Cenderung mengambil risiko yang rendah dan cuba mengelakkan risiko Menggembleng sumbersumber untuk meneruskan perniagaan

Berkebolehan mencari, melihat dan merebut peluang perniagaan secara berterusan untuk mengembangkan usaha teroka Sanggup mengambil risiko yang sederhana atau risiko yang telah diperincikan Menggembleng sumbersumber bagi pembangunan usaha teroka

Tahap Pengambilan Risiko

Menggembleng Sumber

13

Sumbangan Perniagaan Kecil


1) Membuka Peluang Pekerjaan - Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil dan sederhana terus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya. - Industri kecil dan sederhana lebih cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk menandingi kos pengeluaran.
14

2) Tabungan Dalam Ekonomi - Industri kecil dan sederhana membeli dan menggunakan mesin peralatan yang mudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap mereka. - Dari segi ekonomi, penggunaan mesin dan peralatan seperti ini oleh industri kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan modal dan kos. - Industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahan-bahan mentah impot berbanding dengan firma-firma besar. - Hal ini membantu negara menjimatkan pertukaran wang asing dan seterusnya dapat menggalakkan pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
15

3) Pengagihan Pendapatan - Industri kecil dan sederhana lebih cenderung membayar gaji, faedah dan menawarkan pekerjaan kepada pekerjapekerja yang bukan daripada kalangan yang mahir dan profesional. - Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dan sederhana boleh membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk.
16

4) Latihan kepada Pekerja dan Pengusaha - Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. - Peningkatan mereka dalam kemahiran dan pengetahuan secara langsung membantu mengendalikan selok-belok operasi perniagaan dengan lebih berkesan dan terus bergantung hidup kepada perniagaan yang berkenaan.
17

5) Memperkukuh Struktur Asas Industri Negara - Industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang dan memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada. - Industri kecil dan sederhana, sebenarnya merupakan industri pelengkap kepada keperluan dan pembangunan kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs). - Penglibatan industri kecil dan sederhana yang giat dan dalam pelbagai sector membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu menarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.

18

Kelebihan Memiliki Perniagaan Sendiri


i. Kerja keras dengan berniaga menghasilkan kekayaan bukannya pengangguran. ii. Memiliki kemampuan dan masa untuk membantu orang lain. iii. Mempunyai lebih banyak masa untuk bersama keluarga. iv. Meningkatkan tahap keyakinan dan kebolehan diri. v. Memiliki lebih kebebasan masa dan wang.
19

Bibliografi
Aini Hayati, et.al. (2005). Pengajian Perniagaan 2. Petaling Pearson Malaysia Sdn. Bhd. M.B. Muda. (2003). Pengajian Perniagaan 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mokhtar bin Pet. (2004). Pengajian Perniagaan 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://usahawanbistari.blogspot.com/2010/02/senarai-10-individuterkaya-di-malaysia.htmln http://www.slideshare.net/zaxx/khb-ting-2-bab-8-perniagaan-dankeusahawanan http://mecd.skali.my/web/guest/advantageofasmallbusiness
20

Jaya: