Oleh
RAIS BIN MAAT Ketua Program Kejuruteraan Elektrik Institut Latihan dan Pembangunan Infrastruktur Ikram (ITiDi)
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 1
TUJUAN
1. Melindungi nyawa manusia 2. Menghindarkan dari kecederaan 3. Melindungi bangunan, harta benda, peralatan atau mesen-mesen elektrik dari kebakaran atau kerosakan 4. Mengurangkan kerugian akibat kebakaran
IKRAM
TUJUAN
Menguntungkan majikan & pekerja Memberikan keselesaan dan keseronokan ditempat kerja Memberikan keyakinan semasa kerja
IKRAM
LANGKAH KESELAMATAN
Hanya orang kompeten sahaja boleh mengendali dan mengerjakan pemasangan elektrik. Orang yang selain dari orang kompeten hendaklah berada dibawah seliaan langsong orang kompeten.
IKRAM
LANGKAH KESELAMATAN
Langkah-langkah awasan hendaklah diambil untuk mengelakkan pepasangan yang telah dimatikan menjadi hidup kembali secara tidak senghaja. Caranya ialah dengan mengunci, menanggal fius, memasang/menggantung tanda AWAS, BAHAYA, Amaran dan sebagainya.
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 5
LABEL
Pastikan setiap suisgear, papan suis dsb. Terdapat label yang menerangkan litar yang dikawalnya supaya kerja pembaikan /senggaraan mudah dan selamat dilaksanakan dan dapat menghindarkan bahaya.
IKRAM
KUNCI
Kunci mana-mana bilik suis atau peralatan elektrik dan anak kunci hendaklah dipegang/disimpan oleh orang yang membuat kerja dan pastikan orang lain tidak mempunyai kunci simpanan yang sama.
IKRAM
BAHAGIAN BERGERAK
Hendaklah dipasang penghadang/ pelindung/penutup yang sesuai dan boleh menghindarkan bahaya tersentuh bahagian tersebut. Contohnya coupling antara motor elektrik dan pam mestilah dipasang penutup atau penghadang
IKRAM
PEMBANTU
Seorang pembantu hendaklah diperolehi apabila berkerja pada peralatan elektrik yang hidup supaya apabila berlaku kecemasan pertolongan segera boleh diperolehi
IKRAM
PAKAIAN
Jangan memakai barang-barang kemas seperti cincin, jam tangan, kalong, rantai dan sebagainya semasa bekerja dengan litar elektrik hidup
IKRAM
10
PAKAIAN KESELAMATAN
Pakai pakaian keselamatan seperti sarung tangan penebat, kasut keselamatan, topi keselamatan, penghadang muka dsb. hendaklah dipakai dimana perlu. Jangan pakai pakaian labuh dan terjuntai seperti tali leher yang boleh mengganggu dan membahayakan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 11
SEBELUM ON SUIS
Sebelum ON suis atau pemutus litar ketahuilah akibatnya jika terdapat sebarang kerosakan kepada pemasangan atau mesen tersebut terutama apabila terdapat litar pintas pada litar.
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 12
RISIKO TINDAKAN
Fikirkan dahulu apakah risiko yang akan terjadi keatas setiap tindakan yang anda ambil sekiranya tindakan itu tidak betul
IKRAM
13
LEMBAB
Pastikan tangan anda serta persekitaran yang anda akan bekerja tidak basah atau lembab atau dekat dengan puncapunca air
IKRAM
14
MENGUKUR
Gunakan hanya pembaris kayu atau pembaris plastik atau pita pengukur bukan logam bila hendak mengukur berhampiran dengan peralatan elektrik yang hidup
IKRAM
15
IKRAM
16
JANGAN PERCAYA
Jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapa yang mengatakan bahawa litar telah dimatikan sebelum anda sendiri mengesahkannya terlebih dahulu dengan mengujinya kerana risikonya anda sendiri yang akan tanggung
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 17
KABEL
Pastikan konduktor elektrik dilindungi dari kerosakan mekanikal dengan sempurna, disambung dengan baik dan kuat, ditamatkan dengan baik, tidak berada dibawah tegangan, tiada kecacatan kepada penebatnya, tidak terdedah kepada gegaran dan tidak dibengkokkan secara keterlaluan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 18
ALAT TAMBAH
Pastikan alat tambah elektrik seperti plug top, soket outlet 13A, suis dan sebagainya dalam keadaan baik dan selamat. Jangan gunakan alat yang telah pecah, retak atau keadaannya kurang selamat serta diragukan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 19
STANDAD ALAT
Gunakan alat tambah yang diluluskan oleh SIRIM, Suruhanjaya Tenaga atau badan-badan yang diiktiraf untuk memastikan mutu dan keselamatannya
IKRAM
20
PEMBUMIAN
Pastikan setiap pemasangan mempunyai sistem pembumian yang berkesan untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik kepada pengguna Sistem Pembumian hendaklah diuji secara berkala untuk memastikan keberkesanannya
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 21
SAMBUNGAN BUMI
Pastikan peralatan elektrik yang bahagian luarnya diperbuat dari logam disambungkan ke bumi dengan berkesan menggunakan wayer bumi
IKRAM
22
WAYER BUMI
Wayer bumi hendaklah berwarna hijau atau hijau berjalur kuning dengan saiz yang mencukupi
IKRAM
23
JANGAN GANGGU
Jangan mengganggu atau mengagalkan alat-alat perlindungan sedia ada seperti fius, MCB, RCCB, relay dan sebagainya jika anda kurang arif fungsinya
IKRAM
24
TAMBAH BEBAN
Jangan menambah peralatan elektrik sesuka hati jika anda tidak faham bahaya beban lebih atau tidak faham akibat dari perbuatan menambah beban itu
IKRAM
25
KAPASITOR
Alat-alat tertentu seperti kapasitor hendaklah dibuang cas terlebih dahulu sebelum membuka atau membuat sambungan kepadanya
IKRAM
26
VOLTAN TINGGI
Sesetengah mesen terdapat bahagian voltan tinggi didalamnya. Langkah awasan hendaklah diambil dan hendaklah berhati-hati dengan mesen seperti ini
IKRAM
28
KEBAKARAN
Jika berlaku kebakaran peralatan elektrik jangan sekali-kali memadamnya menggunakan air sebab elektrik boleh mengalir melalui air Gunakan pemadam jenis CO2
IKRAM
29
PENUNJUK ROSAK
Jika lampu penunjuk tidak menyala jangan terus menganggap tiada bekalan, mungkin mentolnya yang terbakar tetapi bekalan masih ada
IKRAM
30
KONDUKTOR BUMI
Jangan sentiasa menganggap konduktor bumi dan neutral tiada voltan. Jika berlaku keroskan atau tersilap sambungan kedua-duanya mungkin mempunyai voltan yang mungkin membahayakan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 31
KURANG PASTI
Jika anda kurang pasti jangan cuba berbuat sesuatu kepada litar elektrik Minta bantuan orang elektrik kompeten seperti pendawai elektrik atau chargeman
IKRAM
32
IKRAM
33
MENGGANTI FIUS
Jangan menggantikan fius dengan kadaran yang lebih besar atau menggunakan dawai konduktor biasa Dapatkan khidmat orang kompeten untuk menyiasat punca sebenar fius tadi terbakar dan ganti dengan fius yang jenis dan kadarannya betul
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 34
JANGAN GOPOH
Jangan GOPOH atau CUAI dalam mengendalikan pemasangan dan mesen-mesen elektrik kerana ia boleh mengundang bahaya
IKRAM
35
JANGAN BERGURAU
Jangan suka bergurau ketika membuat kerja-kerja elektrik hidup kerana kurang tumpuan boleh mengundang bahaya
IKRAM
36
IKAT KUAT
Tentukan semua pendawaian, peralatan, alat tambah dan sebagainya diikat kuat kepada dinding, siling, tiang, beam, lantai dan sebagainya Tentukan ianya tidak longgar, tergantung atau bergegar
IKRAM
37
KESAN HABA
Pemasangan elektrik hendaklah selalu diperiksa agar tiada kesan-kesan terlalu panas, kesan terbakar, percikan api supaya kebakaran boleh dihindarkan
IKRAM
38
KABEL MUDAHLENTUR
Hendaklah berhati-hati menggunakan extension cord yang mempunyai beberapa bilangan soket outlet 13A Sambungan longgar serta kerosakan kabel dan lebihan beban mudah berlaku
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 39
KOTORAN HABUK
Kotoran dan habuk hendaklah dibersihkan sebab apabila udara lembab kotoran tadi akan menyerap wap air dan ia boleh mengalirkan arus elektrik
IKRAM
40
UJIAN BEKALAN
Sebelum menjalankan kerja-kerja, orang yang berkelayakan atau orang yang diberi kuasa mestilah melakukan satu ujian voltan bagi mengesahkan bahawa litar yang telah diasingkan itu telah MATI dan mestilah membumikan dengan sempurna litar tersebut
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 41
TANDA AWAS
Apabila melakukan kerja-kerja di litar yang telah dimatikan, peringatan AWAS hendaklah diletakkan pada setiap tempat yang boleh menyebabkan litar yang mati boleh dihidupkan semula.
IKRAM
43
ORANG KOMPETEN
Peraturan 111 - Tiada seorang pun kecuali orang kompeten atau yang bertindak dibawah kawalan orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pembaikan, penggantian, penservisan atau pembersihan apa-apa kelengkapan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 44
LANGKAH AWASAN
Peraturan 112 (1) Orang kompeten hendaklah mengambil langkah awasan yang mencukupi untuk mencegah manamana pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa orang sedang bekerja. Beliau hendaklah mengawasi sendiri sepanjang masa akan kerja-kerja yang dijalankan
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 46
ARAHAN BERTULIS
Peraturan 113 tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga ARAHAN BERTULIS telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 47
MEMATIKAN BEKALAN
Bekalan hendaklah dimatikan, kecuali dalam keadaan yang membenarkan, dengan mengeluarkan fius atau OFF kan alatan suis, sebelum kerja-kerja boleh dilakukan. Fius hendaklah dibawa bersama. Jika pemasangan tanpa fius notis hendaklah digantung atau bilik atau peralatan hendaklah dikunci
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 48
KUNCI
Setelah bekalan diasingkan, bilik suis, peralatan suis hendaklah dikunci dengan kunci yang tak standard dan digantung padanya tanda AWAS atau KERJA-KERJA SEDANG DIJALANKAN pada alat tersebut. Anak kunci hendaklah dibawa bersama.
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 49
DISCHARGE KABEL
Setelah sah tiada bekalan, kesemua kabel hendaklah di discharge ke bumi untuk memastikan tiada bahaya dari kesan-kesan charge yang mungkin masih ada didalam kabel.
IKRAM
51
BUMIKAN KABEL
Selepas discharge, semua kabel tak bertebat hendaklah dibumikan secara sementara tetapi mestilah sempurna untuk mengelakkan bahaya bekalan datang semula secara tak senghaja atau terkena panahan kilat. Kabel bumi yang digunakan mestilah sesuai jenis dan saiznya. Elektrod bumi sementara jika perlu hendaklah digunakan.
IKRAM Peraturan Keselamatan Elektrik 52
IKRAM
55